BAB 54🥀

9K 576 31
                                    



FAWWAZ keluar dari keretanya. Ditanggalkan kaca mata hitamnya seraya melonggarkan tali lehernya. Berkerut dahinya melihat keadaan sunyi di tahfiz serta rumah bapa mertuanya.

"Aik? Mana semua orang?" Bisiknya perlahan. Kaki mengorak langkah ke pusat tahfiz. Terjungkit keningnya melihat hanya ada Ikhwan sahaja yang sedang melukis sekarang ini.

"Ikhwan? Ikhwan sorang je ke?" Tanya Fawwaz seraya melangkah mendekati anak kecil itu. Dia melabuh punggung ditepi Ikhwan yang sedang melukis. Ikhwan menoleh ke kanannya. Dibalas senyuman Fawwaz.

"Ha'ah.. walid dan kawan-kawan keluar dengan abang Yusri.. " Fawwaz mengangguk faham. "Ikhwan lukis apa ni? Macam menarik je.." Fawwaz memandang lukisan Ikhwan yang agak.. menarik dimatanya.

Ikhwan senyum. Dia bangun dari meniarap lalu ditunjukkan lukisan itu. "Ikhwan lukis akak Safeeya.. cantik kan akak dalam gambar ni?"

Berkerut dahi Fawwaz. "Akak Safeeya? Tapi kenapa naik kuda? Akak tak pandai naik kuda la.." ujar Fawwaz lalu mencuit hidung Ikhwan.

Ikhwan memuncung. "Akak pandai la pakcik.. akak pandai tunggang kuda.. akak pun pandai memanah..Ikhwan ada tangkap gambar akak dalam telefon Ikhwan haritu.."

Fawwaz menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia masih tertanya-tanya apakah maksud Ikhwan..

"Ok.. lepas tu ni siapa?" Tanya Fawwaz lalu jari telunjuk menunding ke arah seorang wanita yang sedang taekwondo serta bergusti.

"Akak Safeeya." Jawab Ikhwan tanpa ragu-ragu. Terkedip-kedip mata Fawwaz sekarang ini.

"Boleh beritahu pakcik tak, akak dekat mana sekarang? Pakcik nak jumpa akak Safeeya. Pakcik nak buat surprise.." ujar Fawwaz sambil mengusap kepala Ikhwan.

Ikhwan mengangguk. "Boleh-boleh! Akak tengah lawan taekwondo dengan akak Maya dekat belakang tahfiz sekarang.." ujar Ikhwan lalu menyimpan peralatan melukis.

Fawwaz mengeluh. Dia tidak faham.. apa maksud Ikhwan ni? Tunggang kuda.. memanah.. taekwondo..bergusti.. Safeeya pandai? Bukan ke.. Safeeya lemah lembut je orangnya?

"Wait.. taekwondo? Pakcik tak faham apa maksud Ikhwan ni.. boleh tak Ikhwan beritahu pakcik tentang apa yang Ikhwan ungkapkan tadi? Ikhwan ada kata Ikhwan tangkap gambar akak kan? Boleh tunjukkan pada pakcik tak?"

Ikhwan mengangguk laju. "Boleh! Kejap." Ikhwan mengambil telefon diatas meja lalu ditekan telefonnya itu. Fawwaz pula hanya setia menunggu Ikhwan.

"Nahh. Ikhwan ada tangkap gambar dan video. Pakcik tengok lah. Banyak sangat gambar akak Safeeya.."

Ujar Ikhwan lalu menghulurkan telefon kepada Fawwaz. Fawwaz mengambil telefon itu. Ditekan video yang tertera dalam telefon itu.

Berkerut keningnya melihat seorang wanita yang sedang menunggang kuda sambil memanah. Ternganga mulut Fawwaz ketika ini.

"Safeeya.. pandai memanah?" Gumamnya perlahan. Dia menekan video lain. Fawwaz mengetap bibir melihat Safeeya yang sedang berlawan taekwondo bersama orang lain. Ditekan pula gambar seterusnya.

Fawwaz mengetap rahang melihat isterinya yang sedang bergusti diruangan gusti. Dan.. terdapat Haji Saqeef, Maya dan Yusri dalam video itu.

Maknanya.. Safeeya ada rahsia.. dan hanya dia sahaja yang tidak tahu akan rahsia itu.. sedangkan orang lain tahu akan hal itu. Kecuali dia..

"Ikhwan.. bawa pakcik pada akak Safeeya. Now." Ujar Fawwaz mendatar. Mata masih tertancap pada video Safeeya yang sedang berlatih meninju.

"Siapa awak sebenarnya Safeeya?" Gumam Fawwaz perlahan.

*:・゚*:・゚✧

SAFEEYA mengesat peluh didahinya. Kadang-kadang tangan mengibas baju putih taekwandonya yang sudah basah dengan peluhnya. Maya juga tak kurang hebatnya. Berpeluh sakan mereka berdua ketika ini.

Safeeya menarik nafas dan hembus perlahan. Dia panggung kepala ke arah Maya dengan nafas tercungap-cungap.

"Saya rasa.. saya berdosa sebab rahsiakan hal ni dari abang Fawwaz.. patut ke saya beritahu?" Berkerut dahi Maya. Dikesat peluh di pelipisnya. "Perlu.. dia suami kau.. aku pelik dengan kau. Kenapa kau tak beritahu lagi pasal ni pada dia?"

Safeeya mengeluh. Dia meregangkan sedikit otot sebelum dia melawan semula Maya dalam taekwondo. "Saya takut.. saya takut dia tak suka saya.. lelaki suka perempuan yang lemah lembut.. tapi saya agak kasar.. abang Yusri pun ada kata dia suka perempuan lembut kan?"

Maya senyum hambar. Tangan mengikuti pergerakan Safeeya. "Abang Yusri dan Fawwaz lain.. cuba la beritahu Fawwaz.. tak elok la kau rahsiakan macam ni. Dia suami kau. Dia harus tahu segalanya tentang diri kau.."

Safeeya mengeluh. Sedikit sebanyak dia takut jika Fawwaz tidak boleh menerima keadaannya. Tapi nak buat macam mana kan? Dia pun taknak jadi kasar macam ni.. dia terpaksa jadi seperti ni kerana dia harus menyambung keturunan ibunya.

"Kalau dia tak terima macam mana?" Tanya Safeeya dengan riak gusar. Maya tergelak. "Kalau kau boleh terima keadaan dia, kenapa pula kau rasa dia tak boleh terima keadaan kau? Lagipun korang saling mencintai.. aku tak rasa la dia akan benci kau."

Safeeya mengangguk sahaja. "Saya cuba.. tapi saya tetap tak--"

"Wow. Dua wanita sedang bertaekwondo diatas sana. Goodjob."

Safeeya dan Maya berpaling ke arah suara itu. Terbeliak mata Safeeya melihat suaminya yang datang bersama Ikhwan ke tempat itu.

"A..abang.." gumam Safeeya perlahan. Fawwaz senyum tipis. Dia perhatikan sahaja Safeeya dan Maya berpakaian taekwondo.

Safeeya senyum segaris melihat suaminya. Dia terus berlari meluru ke arah suaminya dengan senyuman.

"Abang.. saya.. saya boleh--"

"Balik." Ujar Fawwaz mendatar lalu memusingkan tubuhnya melangkah ke pintu. Safeeya menggigit bibir. Kenapa.. dia rasa tak sedap hati?

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now