BAB 61🥀

8.8K 614 30
                                    



MAYA menutup pintu kereta. Mereka sudah sampai dihadapan rumah Haji Saqeef. Tangan kanan membawa bagasi mereka berdua manakala tangan kiri merangkul bahu rakannya yang seumpama sudah tiada harapan untuk hidup.

Safeeya hanya diam membisu sahaja. Tiada lagi senyuman di wajah itu. Pucat sahaja wajah wanita itu dari tadi. Maya pula hanya setia memujuk Safeeya.

"Kau okay? Nanti kau rest je.. mesti badan kau penat." Safeeya mengangguk sahaja. Dia sudah tiada tenaga untuk semua ini. Penat.. letih.. kecewa.. segalanya datang serentak. Dan ia membuatkan Safeeya tiada keinginan untuk pulang ke sini lagi.

Kerana di sini.. banyak kenangannya bersama sang suami..

Maya panggung kepala tatkala merasakan ada seseorang sedang memandangnya. Yusri yang sedang menunggu di pintu masuk senyum tipis kepada Maya. Maya hanya mengangguk sahaja.

Dia memberikan bagasi kepada Yusri. Yusri pula hanya perhatikan wajah sugul Safeeya. "Safeeya okay?"

Safeeya menggeleng. Yusri mengeluh. Safeeya langsung tak bercakap. Ada kalanya Yusri menelefon Maya untuk bercakap dengan Safeeya namun ditolak mentah-mentah oleh Safeeya. Padahal selama ini wanita itu ceria.

Namun sekarang tidak lagi. Safeeya berubah 100%.

"Assalamualaikum.." ucap Maya seraya melangkah memasuki rumah Haji Saqeef. Dia terus menoleh ke kanannya. Maya senyum tipis kepada Haji Saqeef namun mati senyumannya tatkala terpandang jejaka yang sedang berdiri di sebelah Haji Saqeef.

Fawwaz.

Fawwaz memandang isterinya dengan mata berkaca. Sayu hatinya melihat wajah mendung isterinya ketika ini. Safeeya langsung tidak memandang ke arahnya kerana sedari tadi wanita itu menunduk.

Safeeya tahu kedatangan Fawwaz kerana dia nampak kereta suaminya itu di luar. Mana mungkin dia lupa akan kereta lelaki itu.

"Angel.." gumam Fawwaz. Dia melangkah perlahan-lahan mendekati Safeeya. Maya ingin menghalang namun Haji Saqeef menggeleng tanda mengizinkan. Maya melepaskan segugus keluhan. Dia melangkah mendekati Haji Saqeef serta Izham yang masih berdiri ditepi sofa.

Izham senyum tipis kepada Maya. Maya membalas senyuman itu. "Awak okay?"

Maya mengangguk sahaja.

Bibir Fawwaz mula bergetar. Air mata mengalir hiba melihat keadaan isterinya. Pucat sahaja wajah itu. Mata wanita itu langsung tidak memandangnya.

"Angel.. maafkan abang.." ujar Fawwaz seraya ingin mendongakkan dagu Safeeya namun Safeeya memandang ke arah lain seolah-olah menepis sentuhannya.

Tersentak kejap Fawwaz. Tahu la dia Safeeya masih memarahinya.

"Sayang.. abang tahu abang salah.. semua ni terjadi sebab abang.. sebab tu abang datang pada angel.. abang nak baiki segalanya.. abang sedar abang silap. Abang sedar abang bukan suami terbaik untuk Safeeya.. tapi abang mohon.. berikan abang peluang kedua. Sekali ni je. Please Safeeya?"

Safeeya diam membisu. Langsung tiada riak di wajah itu. Yang ada hanyalah riak tanpa perasaan seolah-olah dia langsung tidak mendengar apa yang diucap oleh Fawwaz.

Fawwaz menggigit bibir melihat sang isteri seumpama amat membencinya. Fawwaz terus menjatuhkan lutut dihadapan Safeeya. Dia tidak kisah maruahnya sebagai seorang lelaki tercalar. Sudah ramai orang dia melutut harini demi kemaafan.

Maya terus berpaling ke arah lain. Sebak melihat orang melutut begitu.

"Ampunkan abang.. jangan buat abang tergapai-gapai macam ni.. abang janji abang jaga Safeeya elok-elok lepas ni.. abang akan berkomunikasi dengan Safeeya.. abang akan buat segalanya demi Safeeya. Please sayang.."

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora