BAB 32🥀

12K 616 57
                                    



SHAFIQ keluar dari keretanya. Dia menanggakan kaca mata hitamnya lalu diperhatikan sahaja tahfiz yang berwarna hijau dihadapannya ketika ini. Dia mengecilkan mata melihat sekeliling. Shafiq senyum senget selari menyangkut kaca mata hitam ke kolar bajunya.

"Tch. Miskin je tempat ni. Celah mananya si bapak Safeeya tu kaya? Apasal aku tengok macam orang miskin je.. rumah diorang pun tak mewah.. penuh dengan bunga-bunga je.." kutuknya perlahan.

Rumah Haji Saqeef tidaklah semewah seperti jutawan lain. Rumahnya hanya sederhana dari luaran namun dalamannya sangat mewah. Luaran rumah Haji Saqeef hanya biasa-biasa sahaja.

Dipenuhi dengan pokok bunga serta kolam ikan sahaja. Namun kawasan rumahnya sangat bersih tanpa daun yang berguguran. Rumah Haji Saqeef serta tahfiz amat bersih tanpa kotoran kerana mereka sering bergotong-royong.

Haji Saqeef tidak suka kotoran. Dia lebih gemar dengan kebersihan kerana itulah dia mendidik anak-anak tahfiz serta anak buahnya untuk membersihkan kawasan mereka.

Shafiq mengibas wajahnya yang sedikit merah. Panas. Kawasan ni sangat panas berbanding di tempat lain. Mungkin baginya je kot panas. Sebab dia kan setan. Mana boleh duk di kawasan rumah ahli-ahli surga.. ahak!

"Assalamualaikum encik.." ujar satu suara lembut dari belakangnya. Shafiq menoleh ke belakang. Dia menjungkit kening melihat seorang gadis yang memakai baju tshirt longgar serta berkain dan bertudung labuh di belakangnya.

Shafiq senyum senget. Perempuan kampung.. ujarnya dalam hati.

Maya senyum tipis. Bukan nak senyum sangat pun. Cuma yelahh.. dah Haji Saqeef suruh dia buat baik pada orang kan? Jadi dia pun TERRRpaksa lah menayangkan senyuman palsu.

"Ya encik? Encik cari siapa ya?" Tanya Maya basa-basi. Rasa geli pula bercakap macam ni. Dia terbiasa bercakap kasar.. mana mahunya dia nak cakap baik-baik macam ni sedangkan dengan Safeeya pun dia bercakap kasar.

Kecuali Haji Saqeef serta abang Yusri dia la hehehhe.

"Pemilik tempat ni. Aku nak jumpa Haji Saqeef." Berkerut dahi Maya. "Err tapi, walid tak balik dari surau lagi.. kalau encik tunggu sekejap boleh?"

Shafiq melepaskan keluhan. Berkerut dahi Maya. Gila kurang ajar dia ni..

"Lambat lagi ke? Aku takde masa nak tunggu lama-lama macam ni. Aku banyak kerja lagi nak kena settle."

Maya memejam mata kejap. Senyuman olok-olok ditayangkan. "Encik.. saya minta maaf. Kalau encik kenal Haji Saqeef, encik pasti tahu pukul berapa walid keluar ke surau. Sekarang baru pukul 1.30 petang. Ia bermakna walid saya tengah memberi ceramah di surau...

...kalau encik nak bertemu dia dengan segera, saya sarankan encik pergi ke surau di hujung lorong sana dan pergi dengar ceramah dia sekejap. Lepas tu encik panggil la dia, beritahu dia yang encik nak jumpa dia. Mudah kan? Dapat juga pahala."

Ujar Maya sinis. Dia bukan apa. Dia geram dengan jejaka dihadapannya ini. Tiberr datang nak berhangin. Period ke apa jantan ni?

Shafiq mencerlung. "Menyemak betul.." bisiknya perlahan. Berkerut dahi Maya.

"Pardon? Siapa yang menyemak sekarang ni? Saya atau encik? Siapa yang tiba-tiba datang tanpa appointment lepas tu nak mengamuk sebab kena tunggu sebenarnya ni?"

Shafiq berdecit. Serabut! Maya mengetap bibir menahan marah. Rasa amarahnya hingga kemuncak melihat wajah menyampah Shafiq.

"Maya? Siapa tu?" Tanya Yusri yang baru sahaja pulang dari surau. Maya berpaling kearah Yusri. Dia senyum tipis kearah Yusri namun Yusri hanya memandang Shafiq sahaja. Mana mahunya Yusri nak pandang dia...

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now