BAB 62🥀

10.4K 691 49
                                    



TOK TOK!

SAFEEYA terus menoleh ke bunyi ketukan itu. Dia hanya perhatikan sahaja pintu biliknya yang berbunyi.

"Ni walid."

Safeeya mengeluh perlahan. Dia bangun dari duduknya lalu melangkah ke pintu bilik. Pintu dikuak perlahan. Haji Saqeef menayangkan senyuman tipis kepada si anak.

"Boleh walid masuk?" Safeeya mengangguk dengan senyuman tipis. "Masuklah.." jawab Safeeya lalu dia terus memusingkan tubuh melangkah ke katil. Haji Saqeef senyum. Dia menutup pintu lalu melangkah mengikuti Safeeya.

Mata menoleh ke katil anaknya. Berkerut dahinya melihat ada tuala kecil yang lembap disitu.

"Safeeya muntah lagi ya?" Tanyanya seraya duduk di kerusi dihadapan katil. Safeeya mengangguk.

"Perut Safeeya tak boleh terima makanan.. Safeeya muntah nasi ayam tadi.."

Haji Saqeef mengeluh perlahan. "Perut Safeeya tak boleh terima makanan ke? Tapi tak elok la untuk kesihatan Safeeya.."

Safeeya senyum tipis. "Tak apa.. nanti Safeeya cuba makan gula-gula.. biasanya Safeeya makan gula-gula, perut Safeeya tak meragam."

Haji Saqeef mengangguk. Diperhatikan sahaja riak mendung anaknya.

"Safeeya.. masih marahkan Fawwaz ke?" Safeeya mengeluh. Tak digeleng. Dan tak diangguk. Diam tak bersuara sahaja wanita itu. Haji Saqeef mengangguk faham.

"Tak apa.. walid tak paksa.. walid faham perasaan Safeeya.. tapi.. dia suami Safeeya.. walid dah beritahu kan? Berbincang. Berkomunikasi itu penting.. Fawwaz juga perlu tahu keadaan Safeeya sekarang.. Safeeya tak boleh rahsiakan hal Safeeya dari suami.. berdosa tu.."

Safeeya mengemam bibir. Diramas perlahan kedua tangannya diatas riba.

"Safeeya.. tak bersedia lagi.."

Haji Saqeef senyum kelat lalu mengangguk. Dia bangun dari duduknya lalu dilabuhkan punggung di sisi Safeeya. Diambil kedua tangan Safeeya lalu diusap lembut.

"Walid faham situasi Safeeya.. Safeeya masih marahkan Fawwaz.. dan Safeeya masih tidak bersedia untuk bersemuka dengan dia. Baik.. walid faham situasi tu. Walid tahu apa perasaan Safeeya.. tapi jangan sampai terlambat.. kita manusia ni hidup sementara..

...walid pernah nasihatkan Safeeya kan? Bila azan berkumandang, Safeeya harus menunaikan solat dengan segera. Tak baik melambat-lambatkan seruan Allah. Jangan buat Ia tertunggu-tunggu untuk Safeeya bersujud kepadaNya. Begitu juga dengan manusia..

...tak baik buat manusia tertunggu-tunggu.. ia adalah harapan. Dan Safeeya adalah harapan Fawwaz. Fawwaz ingin bertemu Safeeya.. ingin berbincang.. ingin lebih terbuka dengan Safeeya..

...walid tak salahkan Safeeya jika Safeeya membenci Fawwaz. Memang sepatutnya Safeeya mempunyai perasaan itu setelah kelakuan Fawwaz pada Safeeya. Kalau walid jadi Safeeya, walid pun akan benci orang yang walid sayang tu apabila dia menghalau walid dari hidupnya sedangkan kita tak sanggup tinggalkan dia."

Safeeya tersebik mendengar itu. Menunduk sahaja dia ketika ini. Haji Saqeef senyum. Dia kenal anaknya. Anaknya bukanlah seorang yang memberontak. Anaknya juga bukanlah seorang yang degil.

Anaknya mendengar kata.. anaknya baik.. anaknya lemah lembut.. dan Haji Saqeef bersyukur kerana Allah kurniakan anak yang solehah seperti Safeeya kepadanya.

Haji Saqeef mendongakkan dagu anaknya lalu diusap lembut pipi Safeeya yang sudah basah dengan air mata. Anaknya itu diam sahaja menangis.. langsung tak dengar esakan darinya.

"Safeeya anak yang baik.. Safeeya anak yang mendengar kata.. Safeeya adalah anak kesayangan walid.. jika dengan walid pun Safeeya hormat, walid yakin Safeeya juga akan menghormati suami sepertimana Safeeya menghormati walid..

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now