BAB 6🥀

9.4K 579 63
                                    



TERCENGANG Fawwaz dengan soalan yang tidak munasabah dari Haji Saqeef itu. Dia menoleh kearah Safeeya namun Safeeya hanya menunduk sahaja.

Fawwaz mendengus perlahan. Dia berpaling kearah Haji Saqeef semula.

"Maaf walid.. Fawwaz tak pernah anggap Safeeya lebih dari seorang adik.. tak permah terlintas pun di fikiran Fawwaz untuk berkahwin dengan Safeeya. Jadi, Fawwaz menolak permintaan walid."

Kecewa sahaja riak Safeeya mendengarkan itu. Mengendur bahunya tika ini apabila dia ditolak mentah-mentah dihadapannya sendiri.

Haji Saqeef senyum hambar. Diusap tangan anaknya yang digenggam erat.

"Macam yang walid kata tadi, walid akan beri Fawwaz masa dulu.. jangan jawab terburu-buru.." Fawwaz gelak sinis lalu menggeleng.

"Maaf sangat walid. Ramai lagi lelaki yang baik dan okay di luar sana.. Yusri.. Yusri pun okay apa dengan Safeeya? Umur pun hanya berbeza beberapa tahun.. sedangkan Fawwaz ni? 12 tahun beza dia.. tak sesuai walid.."

Haji Saqeef senyum. "Perbezaan umur walid dengan umi Safeeya pun dalam 15 tahun.. tapi perkahwinan kami kekal sahaja. Cuma ajal sahaja yang memisahkan kami.. walid tak nampak salah pun.."

Fawwaz bangun dari duduknya lalu menggeleng. "Maaf jika Fawwaz bersikap kurang ajar. Tapi Fawwaz taknak berkahwin dengan Safeeya. Dia tak sesuai untuk Fawwaz. Fawwaz bukanlah lelaki terbaik. Sekali lagi Fawwaz mohon maaf."

Ujar Fawwaz lalu memusingkan tubuh ingin melangkah pergi dari situ.

"Abang... tak suka saya ke?" Terhenti langkah Fawwaz mendengar suara lembut itu dari belakang. Dia memusingkan tubuh kearah Safeeya lalu menggeleng.

"Bukan macam tu.. tapi Safeeya berhak dapat seseorang yang lebih baik. Dan orang itu bukan abang. Jika Safeeya ingin mencari lelaki terbaik, Yusri adalah orangnya. Bukan abang."

Hampir menitis air mata Safeeya mendengar itu. Baru sekarang dia rasa sakit ditolak mentah-mentah.. baru sekarang dia faham betapa sakitnya hati Yusri apabila dia menolak cintanya.

"Tapi.. saya dah lama pendam perasaan pada abang.." ujar Safeeya perlahan. Fawwaz memejam mata kejap lalu dihembus kasar nafasnya.

"Kalau macam tu, Safeeya boleh berhenti berharap. Kerana abang takkan kahwini Safeeya."

Menitis air mata Safeeya ketika ini. Fawwaz hanya merenung wajah basah Safeeya. "Abang.. jangan la jawab lagi pertanyaan walid tadi.. abang.. buat solat istikharah eh? Mana tahu kita ada jodoh.. kan?"

Tanya dia dengan nafas tersekat. Fawwaz mengeluh kasar. Istikharah? Apa benda pula tu?

Fawwaz berpaling semula kearah Haji Saqeef. Dia senyum tipis kearah Haji Saqeef.

"Maaf walid. Fawwaz terpaksa menolak. Kerana Fawwaz mempunyai seseorang dalam hati Fawwaz.. jawapan yang Fawwaz beri tadi hanyalah tipu semata-mata. Sebenarnya Fawwaz akan bertunang dengan orang lain. Jadi, tolong beritahu Safeeya bahawa.. pernikahan Fawwaz dan dia tidak akan terjadi."

Ujar Fawwaz lalu memusingkan tubuh melangkah keluar dari rumah mewah tu. Terjelumpuk jatuh Safeeya keatas lantai mendengar itu.

"Walid.. abang Fawwaz.. abang Fawwaz dah berpunya.. dia dah nak bertunang.. jadi.. jadi.. Safeeya takde.. takde harapan ke walid?" Tanya Safeeya dengan esakan.

Haji Saqeef mengeluh. Dia melangkah menghampiri Safeeya lalu memeluk badan anaknya itu.

"Shh.. Safeeya sabar ya? Mungkin betul apa yang Fawwaz cakapkan tadi.. Safeeya dan Fawwaz mungkin tiada jodoh.. Safeeya jangan lah terlalu berharap sangat.. jika dia berjodoh, pasti dia jadi milik kita.. kalau bukan, Safeeya terima dengan hati terbuka ya?"

Safeeya mula menangis teresak-esak. Dibalas pelukan bapanya selari melepaskan esakan didada bapanya.

"Walid..."

"Ya sayang.. shh. Walid ada.." bisik Haji Saqeef seraya menggosok kepala anaknya. Safeeya hanya mengeluh. Semalaman dia menangis di pangkuan bapanya.

Tak sangka pula.. dia ditolak mentah-mentah begini dihadapan bapanya sendiri..

*:・*:・゚✧

FAWWAZ melangkah laju memasuki kelab malam. Diambil gelas ditangan Shafiq lalu diteguk rakus air keras itu.

"Wo woo. Lewat kau datang? Aku dah minum banyak gelas tadi.. kau baru datang? Hahahha." Ujar Shafiq yang sudah mabuk. Dia menari-nari bersama gadis seksi di kelab tersebut.

Salah seorang gadis seksi disitu bangun dari duduknya lalu melangkah menghampir Fawwaz. Dipeluk leher Fawwaz dengan riak menggoda.

"Miss me?" Tanya gadis itu menggoda. Fawwaz menjeling gadis itu. Dia mencengkam rahang gadis itu lalu dicium kasar bibir munggil gadis itu.

Gadis itu senyum bahagia lalu mendalamkan lagi ciuman mereka berdua. Fawwaz mendalamkan lagi ciuman haram mereka. Dipeluk erat badan gadis itu sehingga di dapat merasakan lekuk badan gadis itu.

'Abang.. tak suka saya?'
'Tapi saya dah lama pendam perasaan pada abang..'

Tercelik mata Fawwaz. Dia terus melepaskan ciuman lalu ditolak kasar badan gadis seksi tadi. Dikesat kasar bibirnya. Dia mendengus lalu meraup kasar wajahnya apabila suara Safeeya terngiang-ngiang dalam fikirannya.

"Aku balik dulu Shafiq. Aku takde mood." Ujar Fawwaz lalu melangkah keluar dari kelab. Shafiq mencebik lalu menjungkit bahu sahaja. Dia kembali menari bersama gadis-gadis di kelab itu.

*:・✧*:・゚✧

FAWWAZ menghempas kasar badannya keatas sofa rumahnya. Dipicit batang hidungnya ketika ini. Sungguh dia pening dengan segalanya. Mood dia elok sahaja tadi namun setelah wajah Safeeya terbayang-bayang dimatanya, terus hilang rasa nikmat dunianya tadi.

Fawwaz mendengus. Diraup kasar wajahnya. Mata dicelik seraya mendongak melihat silingnya.

"Safeeya.. kau terlalu baik dan suci untuk aku.. sebab tu lah aku tolak kau.. kau terlalu sempurna.. dan aku terlalu kotor dan jijik untuk kau.. kalau la kau tahu siapa diri aku yang sebenarnya, aku yakin yang kau akan menjauh dari aku.."

Gumamnya lalu mendengus perlahan. Dia mengusutkan rambutnya lalu duduk menegak dari bersandar. Diramas kedua tangannya selari memandang kedua tangannya itu.

"Kalau lelaki bukan mahram sentuh kau pun kau dah rasa jijik, ia bermakna aku lebih menjijikkan kerana tangan ni... dah sentuh ramai perempuan.. bibir aku ni.."

Fawwaz menyentuh bibir nipisnya. "...dah cium ramai perempuan diluar sana.. jadi, apa beza aku dengan lelaki-lelaki yang kau jumpa tadi Safeeya? Kalau kau bukan kenalan aku, kemungkinan kau pun akan aku kacau tadi.."

Gumamnya dengan riak bersalah. dihembus kasar nafasnya. Fawwaz bangun dari duduknya lalu melangkah menghampiri almari. Diambil sebotol arak lalu diteguk rakus.

Fawwaz memejam mata kejap selari memandang almari dihadapannya. Ya, dia peminum arak yang tegar. Juga penghisap rokok yang tegar.

Dan Safeeya? Seorang perempuan yang tiada dosa baginya.. umpama kain putih yang tiada kotoran.. seorang bidadari bagi Fawwaz.

"Kau bidadari.. aku ni syaitan.. kita langsung tak sesuai, Safeeya.. aku... bukan manusia yang baik. Dah bertahun-tahun aku minum arak.. hisap rokok.. bercumbu dengan perempuan.. berpeluk dengan perempuan.. menari di kelab.. tinggalkan solat.. Al-Quran? Langsung aku tak sentuh.. dan aku langsung tak berpuasa di bulan ramadhan..."

Fawwaz mengeluh kasar. "...dan kau datang pada aku nak mengajak aku kahwin? Tch. It's nonsense.. perkara itu takkan berlaku.."

Gumam Fawwaz perlahan.

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now