BAB 16🥀

9.6K 603 62
                                    



SAFEEYA menarik handbrake keretanya. Berkerut dahinya melihat lokasi yang dihantar. Dia memandang kelab serta lokasi silih berganti.

"Kenapa lokasi dia dekat sini? Waze ni silap ke?" Bisiknya perlahan selari menilik telefonnya. Dikerling sekilas Ikhwan yang sedang lena di seat tepinya. Safeeya menggeleng.

Tadi bukan main lagi gembira dapat mengikutinya. Safeeya ada mengatakan pada Haji Saqeef bahawa dia perlu membeli barangan wanita bersama Ikhwan. Haji Saqeef membenarkan jika ada seseorang menemani Safeeya dimalam hari. Kerana itulah Safeeya terlepas malam ni.

Safeeya berdecit. diramas kedua tangannya. Diperhatikan sahaja kelab yang masih bercahaya dengan lampu lip-lap itu.

"Betul ke dekat sini? Tapi waze dah betul dah.. mungkin abang ada sekitar tu kot? Kena cari abang la ni.." bisiknya perlahan selari mencabut tali pinggangnya.

Dia mengerling Ikhwan yang sedang tidur. Safeeya menggigit bibirnya. Dia menurunkan sedikit tingkap kereta agar angin luar masuk kedalam kereta untuk mengelakkan Ikhwan lemas dalam kereta. Dia membuka pintu kereta lalu mengunci kereta dari luar.

Safeeya menarik nafas dan hembus perlahan. Digosok kedua lengannya yang agak dingin dek angin malam.

"Kena lalu situ ke? Aku tak pernah lalu dekat kelab.." bisiknya dengan riak takut. Kalau.. ada orang apa-apakan dia macam mana? Haa tu yang dia takut tu..

Safeeya melangkah perlahan-lahan kesana. Dia hanya ingin lalu sahaja kerana ingin mencari tunangnya. Sikap ingin tahu membuak-buak apabila seseorang menghantar pesanan kepadanya tadi.

Safeeya memanjangkan leher mencari tunangnya. Dia menunduk apabila ada lelaki yang bertatu memandangnya. Tachoddd.. nak telan aku ke apa?

Safeeya berjalan sambil menunduk. Kepala diangkat kejap mencari gerangan yang ingin dijumpai.

Dia berpaling ke kirinya. Safeeya menggigit bibir apabila kelihatan ada pasangan yang sedang bercumbu diluar kelab. Safeeya menggeleng seraya beristighfar.

Safeeya menunduk lalu menekan nombor telefon Fawwaz. Dia menelefon nombor tunangnya itu. Berkerut dahinya apabila nada deringan telefon Fawwaz bergema berdekatan dirinya.

Dia kenal akan nada dering Fawwaz kerana dia pernah dengar sewaktu seseorang menelefon Fawwaz di tahfiz dulu.

Safeeya mengangkat kepalanya perlahan-lahan kekirinya. Diintai sedikit lelaki yang sedang enak bercumbu dengan seorang gadis diluar kelab itu.

"Takkanlah.." gumamnya seraya menekup mulutnya. Mata mula berkaca apabila telahannya benar setelah dia ternampak kening lelaki itu.

Safeeya mula bernafas tercungap-cungap. Deruan nafasnya mula tidak teratur. Retak hatinya sekarang jika lelaki tersebut adalah gerangan yang dicari.

Airmata mula merembes laju.. hatinya makin berkecai melihat tunangnya bercium serta menyentuh perempuan lain.

"A..abang.." panggilnya dengan suara bergetar.

Fawwaz panggung kepala kearah suara itu. Terbeliak matanya melihat wajah Safeeya yang sudah basah dengan air mata. Fawwaz menolak kasar perempuan tadi. Dikesat bibirnya yang sudah basah ketika ini.

Gadis itu senyum senget. Dia menjeling Safeeya lalu dia melangkah memasuki kelab malam.

Fawwaz meneguk liur kesat. Keningnya mula berkerut melihat Safeeya yang menangis teresak-esak. Fawwaz menggeleng. Dia mendekati Safeeya namun Safeeya mengundur menjauh.

"Angel... abang.. ini bukan.. aban--"

"Apa abang buat ni? Kenapa abang jadi macam ni?" Tanya Safeeya dengan linangan air mata. Fawwaz mengeluh mendengar suara bergetar tunangnya.

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now