BAB 10🥀

10.5K 618 76
                                    



FAWWAZ fokus dalam kerjanya. Dia hanya meneliti sahaja apa yang tertera dalam laptopnya ketika ini. Fokusnya hanya pada kerjanya sahaja. Namun ada perasaan gusar dalam hatinya apabila teringat mesej yang dihantar oleh Safeeya pagi tadi.

'Walid dah terima abang.. tapi walid dah tanya saya tarikh nikah.. nanti abang beritahu walid tau.. sebab walid nak abang berbincang dengan dia..'

Fawwaz melepaskan segugus keluhan. Dilempar kasar pen keatas meja lalu disandarkan badan ke kerusi kerjanya. Serabut kepalanya memikirkan itu.

Sudah dia kata dia inginkan masa kerana dia ingin berubah perlahan-lahan.. namun Safeeya pula ingin jawapan yang cepat.. jika Fawwaz lambat, Safeeya pasti akan diambil orang.. nak taknak Fawwaz kena percepatkan segalanya.

Dia harus berubah dengan segera. Dia tidak boleh main-main lagi dalam hal ini kerana Safeeya sedang menunggunya.

"Stress betul.. macam terburu-buru pula.." gumam Fawwaz perlahan selari meraup kasar wajahnya.

Tok tok!

Tercelik mata Fawwaz. Dia terus duduk tegak lalu mengemaskan sedikit coatnya. Fawwaz berdehem. "Masuk!"

Pintu dikuak dari luar. Shafiq senyum lalu masuk kedalam ruangan pejabat rakannya.

"Wahh. Aku baru nampak kau harini.. apa citer semalam? Kenapa kau tolak panggilan aku? Aku pun tak nampak kau di kelab semalam. Banyak sia awek-awek cun baru masuk.. kau taknak test market ke?"

Tanya Shafiq yang sedang menghenyak punggung dikerusi hadapan meja Fawwaz. Fawwaz mengeluh. Digelengkan kepalanya.

"Aku takde mood semalam."

Shafiq mengangguk. "First time kau takde mood nak pergi kelab. Tapi malam ni nak pergi tak? Aku simpan awek untuk kau. Semua body montok-montok wehh. Kau taknak beri teruna kau pada diorang ke? Apa kerlass pergi kelab tapi tak ratah diorang?"

Ujar Shafiq sinis. Geram dengan kawannya itu. Langsung tak menyetubuhi mana-mana perempuan walaupun hampir setiap malam mereka ke kelab. Fawwaz hanya cium, peluk, menari dan teman mereka tidur sahaja. Tak lebih.

Fawwaz mendengus. Diraup kasar wajahnya.

"Aku rasa.. aku nak berubah la Shafiq.. sampai bila aku nak buat kerja haram tu? Aku dah tua.. dah 34 tahun ni.. aku rasa.. aku banyak habiskan masa dekat situ.."

Gumamnya dengan riak kecewa.. setelah dua kali menunaikan solat iaitu semalam dan subuh pagi tadi, barulah dia sedar bahawa perbuatannya selama ini hanyalah sia-sia sahaja. Tiada kebaikan langsung dia pergi berfoya-foya tanpa hala tuju seperti itu..

Tercengang Shafiq mendengar itu. Dia mula ketawa terbahak-bahak sambil menyentuh perutnya yang sedikit senak. Fawwaz menjeling rakannya dengan hujung mata. Dilepaskan keluhan melihat rakannya mengejek kepadanya.

"Serius ah? Kau? Berubah? Tch. Tak percaya la aku.. aku percaya yang kau berubah ni kejap je.. lepastu jadi setan balik.. Kau dah sebati dengan kehidupan ni. Susah untuk kau berubah ke pangkal jalan dalam waktu yang singkat."

Fawwaz mengeluh. "Aku tahu.. sebab tu aku cuba perlahan-lahan.. aku taknak lagi lakukan hal diluar kawalan macam ni.. aku.. rasa hina.."

Shafiq senyum sinis mendengar itu. "Really? Nanti kau gak rugi sebab tak nikmati syurga dunia tau? Come on la Fawwaz.. kau baru 34.. tak masuk 40 lagi. Enjoy la dulu masa muda kau.. tak best langsung hidup tanpa hiburan tau?"

Ujar Shafiq dengan senyuman kemenangan apabila melihat Fawwaz yang sedang berfikir. Fawwaz menyandarkan badan ke kerusi lalu dipicit batang hidungnya.

"Keluar Shafiq. Aku stress."

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat