BAB 11🥀

9.3K 554 78
                                    



SAFEEYA perhati sahaja Fawwaz yang sedang menyuap nasi kepada Ikhwan. Bibir melorek senyuman tipis melihat Fawwaz melayani Ikhwan dengan baik. Setahunya Fawwaz seorang yang tidak gemar akan budak.

Kecuali dirinya lah hehehehe.

"Abang.. nak beli cincin harini terus ke?" Tanya Safeeya yang sedang mengelap bibirnya. Fawwaz panggung kepala kearah Safeeya lalu mengangguk.

"Ya.. abang nak pakaikan ke jari Safeeya harini.. abang nak cop angel dulu. Abang takut orang lain caras angel pula."

Safeeya terkekeh ketawa mendengar itu. "Mana ada la.. Saya dah beritahu walid pasal ni.. walid pun dah setuju abang jadi menantu dia.. tak mungkin la walid akan terima lelaki lain pula."

Fawwaz mengangguk. "Yelah.. mana la tau angel bertemu dengan lelaki yang lebih baik kan? Abang tak tahu apa yang ada dalam hati Safeeya.."

Safeeya melepas keluh mendengar itu. Dia menongkat dagu dimeja makan. "Abang.. kenapa abang cakap macam tu? Masa kita bercakap dalam telefon pun abang cakap macam tu.. seumpama abang ni banyak kekurangan pula.. padahal saya tengok abang ni seorang yang sempurna je.."

Fawwaz senyum kelat. Memang la nampak sempurna.. kerana Fawwaz hanya berlakon baik dihadapan Safeeya.. Safeeya masih tidak tahu kisah silam Fawwaz..

"Abang?" Panggil Safeeya selari melambai dihadapan wajah Fawwaz apabila kelihatan Fawwaz seperti mengelamun. Tersentak kejap Fawwaz. Dia terkebil-kebil dihadapan Safeeya.

"Haa? Apa dia?"

Safeeya gelak perlahan. "Mengelamun pula dia.." gumam Safeeya. Fawwaz senyum tipis.

"Safeeya.."

Safeeya menjungkit kening. Fawwaz berdehem kejap. "Kalau abang ada kekurangan, angel.. boleh terima ke?"

Safeeya senyum tipis. Dianggukkan kepalanya. "Saya pun tak sempurna juga.. lebih banyak kekurangan dari kelebihan.. sepatutnya saya yang tanya soalan tu pada abang.. abang boleh ke terima kekurangan saya?"

Tersentuh hati Fawwaz mendengar soalan itu. Safeeya yang sempurna dimata Fawwaz pun menganggap dirinya banyak kekurangan.

Sedangkan Fawwaz? Terlalu banyak kekurangan namun masih sempurna dimata Safeeya..

"Drop the topic. Abang akan terima segalanya tentang Safeeya." Jawab Fawwaz menutup gusarnya. Safeeya senyum tipis lalu mengangguk.

"Abang.. abang tak cerita lagi pada saya tentang kematian ibubapa abang.. kalau abang tak keberatan, boleh ke saya tahu sebabnya?"

Fawwaz senyum kelat. "Papa abang meninggal kerana kanser otak.. mama abang pula meninggal dihari yang sama papa meninggal kerana..." Fawwaz mengetap bibir apabila mengenangkan peristiwa buruk itu.

Safeeya merenung Fawwaz dengan pandangan sayu. "Kerana.. apa abang? Kalau abang tak boleh teruskan, saya takkan paksa abang.."

Fawwaz senyum tipis lalu menggeleng. "Angel kena tahu semua ni.. mama abang.. meninggal kerana dia kelar tangan dia selepas dia tahu papa abang meninggal.. dia tak boleh terima kenyataan."

Terkejut Safeeya mendengar itu. Dia terus menekup mulutnya. "Allah.."

Fawwaz mengangguk. "Teruk kan? Sanggup mati kerana cinta.. padahal semua itu ketentuan.. tapi mama tak boleh terima ketentuan sehingga dia sanggup bunuh diri sendiri semata-mata ingin bersama papa di alam lain.."

Safeeya menggeleng. "Bagi saya ia tak teruk.. mungkin mama abang stress sebab tu lah dia bunuh diri dia.."

Fawwaz senyum kelat. "Abang pun nak bunuh diri juga waktu tu.. tapi.. kawan abang, Shafiq datang pada abang.. dia pujuk abang.. dia selalu bersama abang.. dan masa tulah--"

Terhenti percakapan Fawwaz.. masa itulah semuanya berubah.. dia mengikut jalan Shafiq.. dia mengikuti Shafiq kehulur kehilir.. dia bebas. Terlalu bebas.. terlalu ikut kata Shafiq sehingga dia terjerumus dalam dosa..

Semuanya kerana Shafiq.. fikirnya Shafiq adalah kawan yang akan menunjukkan jalan lurus.. namun telahannya salah.

Shafiq la yang mengajarnya melepaskan tekanan di kelab malam.. semuanya berubah sekelip mata apabila Fawwaz sebati dengan keadaan itu.

Safeeya senyum. "Mesti Shafiq tu baik kan? Sebab dia sanggup pujuk abang walaupun dia tahu waktu tu hati abang terluka.. saya bersyukur abang mempunyai kawan rapat yang baik.."

Fawwaz senyum hambar. Baik? Sebab Shafiq la dia jadi setan seperti sekarang.. celah mana baiknya pun Fawwaz tak tahu..

Safeeya merenung Fawwaz dengan senyuman lebar. "Saya tunggu abang.." Fawwaz menoleh semula kearah Safeeya dengan kerutan didahi. Safeeya senyum lebar.

"Saya tetap tunggu abang.. sebab abang dah janji untuk bersama dengan saya.. jangan mungkiri janji abang tau? Kalau tak, saya akan lari.. saya akan pergi pada abang Yusri."

Fawwaz menjeling manja kearah Safeeya yang sedang menjungkit kening berulang kali kearahnya. Fawwaz gelak perlahan lalu menggeleng.

"Jangan tinggal abang ea.. angel dah jadi tunang abang.. kalau angel tinggal abang, abang akan cari sampai lubang cacing."

Safeeya terkekeh ketawa mendengar itu. Ditekup bibirnya menahan ketawanya. Fawwaz senyum lebar melihat senyuman bahagia Safeeya.. nampak indah sahaja di matanya..

Shafiq yang kebetulan lalu disitu mengerutkan dahi melihat seseorang yang amat dia kenali. "Fawwaz?" Gumamnya perlahan selari mengecilkan mata melihat gerangan yang sedang makan bersama Fawwaz.

Shafiq mencebik melihat pakaian Safeeya yang bertutup likup. "Perempuan kampung mana pulak tu?" Tanyanya perlahan. Namun matanya mula terbuntang luas apabila mengingati sesuatu.

Shafiq menekup mulutnya dengan mata terbeliak. "Faham.. jadi, Fawwaz nak berubah sebab perempuan tu la ni? Tch.. patutlah nak berubah sakan.. rupanya sebab perempuan.. lemah betul iman kau ni Fawwaz.."

Ujar Shafiq sinis dengan gelengan. Shafiq menggigit bibir kejap memikirkan sesuatu. Dia senyum senget apabila ada sesuatu dalam fikirannya ketika ini.

Shafiq mengeluarkan telefon lalu menelefon seseorang. "Kita tengok.. sejauh mana kau boleh berubah.. aku nak tengok kau konsisten tak dengan perubahan kau jika kau hadapi masalah besar.."

Gumamnya dengan senyuman sinis. Mata masih memandang Safeeya dan Fawwaz silih berganti.

"Hello Ridwan.. kau ada dekat pejabat ke? Haa bagus. Aku nak kau keluarkan beberapa ribu duit syarikat lepas tu kau buat-buat lah ada orang pecah amanah. Tapi jangan libatkan aku.."

Shafiq senyum senget. "Aku nak tengok Fawwaz jatuh.. berani sangat nak berubah sebab betina kampung tu..." bisiknya perlahan.

Dia tidak puas hati kerana dialah yang mendorong Fawwaz ke jalan yang sesat. Dan dia takkan sewenang-wenangnya melepaskan Fawwaz.. dia ingin melihat Fawwaz jatuh..

Jatuh di tangannya.. nilai persahabatan langsung tiada dalam dunia Shafiq.. dia.. ingin membalas dendam pada Fawwaz kerana itulah dia mengajar Fawwaz benda yang bukan-bukan..

"Angel, walid okay ke kalau abang tak jumpa dia ni? Abang.. belum lalui ujian dia lagi.. kan?"

Safeeya senyum lalu mengangguk. "Walid okay.. walid dah terima abang dah pun.. dan yes, tanpa ujian. Sebab walid percayakan abang.." jawabnya dengan senyuman manis.

Fawwaz senyum kelat. Percaya? Semudah itu Haji Saqeef mempercayainya? Padahal lelaki lain bukan main susah mengorat Safeeya..

Tapi dia? Terus dapat Safeeya tanpa bantahan dari Haji Saqeef.. sebanyak itukah kepercayaan Haji Saqeef terhadapnya?

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now