BAB 27🥀

13.7K 574 20
                                    



FAWWAZ mengesat rambutnya yang basah selari turun dari tangga rumahnya. Mereka sudah sampai dari tadi lagi. Dan sekarang Fawwaz baru sahaja bangun dari tidurnya. Penat punya pasal shopping tadi.

Asalnya Safeeya nak melihat sekeliling rumah suaminya itu. Namun dia juga terlena setelah mendodoi suaminya tadi. Dan sekarang Fawwaz tercari-cari dimanakah isteri kecilnya itu kerana setahunya mereka tidur berpelukan di katil tadi.

Celik je mata, terus tiada bayangan isterinya. Itu yang Fawwaz duk melilau cari macam anak kucing hilang ibu ni..

"Angel?"

"Saya kat sini, abang.." tersenyum Fawwaz mendengar suara buluh perindu itu dari arah dapur. Dia melangkah menuju ke dapur dengan senyuman lebar apabila retina matanya dipenuhi figura isterinya yang sedang memasak.

Fawwaz mendekati isterinya lalu memeluk badan Safeeya dari belakang. Terhinjut kejap bahu Safeeya namun dia hanya membiarkan sahaja. Dia tidak mahu suaminya terasa hati jika dia menunjukkan riak tidak selesa.

"Masak apa ni sayang?" Bisik Fawwaz ditelinga isterinya. Sempat dia mengucup sekilas telinga isterinya.

"Saya masak lauk tomyam.. masak simple je sebab kita dah lewat untuk makan tengahari. Abang makan tomyam kan?" Tanya Safeeya yang sedang mengacau tomyam yang sudah mendidih.

Fawwaz menyembamkan mukanya ke ceruk leher isterinya. Dianggukkan kepalanya. Digoyangkan badan mereka berdua. Tercetus tawa Safeeya dengan kenakalan suaminya.

"Makan.. abang makan semua yang angel masak.. tanah liat pun abang makan juga.."

Safeeya tergelak kecil. Ditepuk perlahan tangan suaminya yang berada diperutnya.

"Eeyy ni mesti abang ingat zaman dulu-dulu waktu saya kecik kan? Kelakar pula bila ingat balik.."

Safeeya tidak mempunyai kawan ketika kecil kerana Haji Saqeef sangat tegas. Bapanya tidak membenarkan Safeeya berkawan dengan mana-mana budak kerana dia takut rakan-rakan itu membawa pengaruh yang buruk kepada Safeeya.

Dia tidak mahu Safeeya terikutkan perangai yang tidak bermoral seperti mengejek, mencarut serta mengutuk orang lain. Ramai budak berperangai begitu kerana itulah Haji Saqeef harus menapis.

Jadi, Safeeya hanya berkawan dengan Fawwaz sahaja dulu.. sudahlah umur mereka jauh beza.. boleh pula Safeeya buat kawan.

Bila diingatkan balik, rasa kelakar pula cara Fawwaz melayan Safeeya. Bukan main lagi Safeeya masak olok-olok dengan bersungguh-sungguh. Selepas itu, dia akan memaksa Fawwaz untuk makan masakannya yang diperbuat dari tanah liat.

Hampir menangis Safeeya apabila Fawwaz tidak makan betul-betul. Akhir sekali Fawwaz terpaksa mengunyah tanah liat itu dihadapan Safeeya namun dia membuang kembali sewaktu Safeeya berpaling kearah lain.

Fawwaz menjeling isterinya yang terkekeh ketawa. Dia mencuit pinggang isterinya. Meliuk badan Safeeya ketika ini.

"Hehehhe abang nakal la dulu.."

"Eleh. Dia lagi nakal.. sibuk paksa abang makan tanah liat tu.. angel tahu tak abang hampir loya tekak masa nak balik rumah tu? Sampai mama asyik tanya je dah kenapa dengan abang.."

Safeeya gelekek ketawa. Fawwaz menjeling. Dicucuk-cucuk pinggang isterinya dengan jarinya.

"Ahh.. abang..."

Terjungkit kening Fawwaz. "Ahh? Ahh apa tadi? Macam lain macam je bunyi tu.." ujar Fawwaz dengan senyuman sinis. Safeeya kemam bibir.

Alamak. Bukan niat dia nak buat bunyi lucah tu.. tapi dia tersasul kerana suaminya mencucuk tempat sensitifnya tadi..

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now