BAB 53🥀

9.3K 560 25
                                    



FAWWAZ melangkah masuk ke dalam pejabatnya sambil meregangkan sedikit ototnya. Dia berdehem kejap lalu diletakkan coat ke atas kerusi.
Dilonggarkan sedikit tali lehernya lalu dia menghenyak punggung di atas kerusi kerjanya.

Kepala didongakkan ke atas. Dia agak penat kerana baru sahaja selesai meeting tadi. "Tak guna punya Izham. Boleh pula cuti hari ni. Semua benda aku kena buat aish!"

Marah Fawwaz lalu mengusutkan rambutnya. Boleh pulak budak tu MC mengejut macam tu?!

Geram! Sebab inilah Fawwaz taknak ambil budak muda bekerja. Kerana mereka selalu main-main dalam kerja.. konon-konon la Izham rapat dengan Fawwaz, boleh pula dia main mc mengejut macam tu.

Fawwaz berdehem kejap. Dia menggerakkan kerusi kerjanya rapat ke meja lalu berpaling ke kanan. Tersenyum dia melihat gambar isterinya bersamanya dalam bingkai gambar itu.

Fawwaz mengambil bingkai itu lalu diusap wajah berseri isterinya itu. "Cantik.. nasib baik abang simpan gambar awak dalam pejabat.. tenang sikit hati abang lepas tengok muka awak.." bisik Fawwaz dengan senyuman. Fawwaz mencium lama wajah bidadarinya itu.

Dah macam angau pun ya.. aihh..

Fawwaz meletak kembali bingkai gambar itu. Dia mengambil telefon diatas meja lalu ditekan lock screen. Berkerut dahinya melihat ada banyak mesej daripada isterinya.

From : Beautiful Angel🤍
-Abanggg..
-Abangg busy work ke?
-Maaf kalau saya ganggu..
-Dan saya minta maaf sebab terlewat inform pada abang yang saya dah ada dekat rumah walid..
-Maya yang ambil saya tadi..
-I'm sorry abang🥹 saya keluar tanpa izin abang..
-Saya minta maaf sangat..
-Saya janji takkan buat lagi.. promise 👉🏻👈🏻

Tercetus tawa Fawwaz. Digelengkan kepalanya seraya menaip skrin telefonnya. "Aihh.. pergi rumah walid je.. dia punya minta maaf tu dah macam pergi tempat terlarang pula.." gumam Fawwaz sendirian.

To : Beautiful Angel🤍
-Alright ya qalbi(wahai hatiku).
-Abang tak marah
-Hati-hati.. nanti nak abang ambil tak masa balik?

Ting!

Tersenyum Fawwaz mendengar bunyian itu. Aii laju betul si Safeeya ni menaip ya..

From : Beautiful Angel🤍
-Takpa habibi(suami)..
-Nanti Maya hantarkan balik sebelum tengahari..
-Thank you so muchhhhhh. I love youuuu🫶🏻♥️♥️

Tergelak Fawwaz melihat kenakalan isterinya itu.

To : Beautiful Angel🤍
-Love you more than you love me♡
-Take care.. jaga diri jaga hati..

From : Beautiful Angel🤍
- I I
love u love u
I love you I l I love you I l
I love you I love you I love you
I love you you I love you
I love you I love you
I love you I love you
I love you I love you
I love you I love you
I love you I love you
I love you I love
you I love
💖you❤︎
💗

- ∧,,,∧
( ̳• · • ̳)
/    づ♡ I love you

Tergelak Fawwaz melihat itu. "Allahu budak ni.. mana dia cekau emoji pelik-pelik macam tu aih.." gumam Fawwaz lalu menggeleng kepalanya dengan senyuman.

Comel sahaja pe'el isteri kecilnya itu.. suka menghantar emoji yang pelik-pelik macam tu..

Fawwaz meletak kembali telefon ke atas meja. Makin dilayan isterinya tu makin lambat la siap kerjanya tu nanti. Dia mula menaip laptopnya.

Tok tok!

Fawwaz angkat kepalanya. "Masuk." Amelin melangkah ke arah Fawwaz dengan senyuman.

"Tuan, saya nak minat dokumen agent di Sarawak. Sepatutnya kita hantar file tu hari ni.." berkerut dahi Fawwaz. "What? Takde ke dengan kau?"

Amelin menggeleng. "Takde tuan."

"Pelik.. dengan aku pun takde.. habis tu ke mana file tu?" Tanya Fawwaz dengan riak berkerut. Haa ni nak marah ni.. sudahlah file tu amat penting untuk syarikatnya.

Amelin menggigit bibirnya. "Cuba tuan call Izham.. mungkin ada dengan dia? Sebab dia juga bertanggungjawab uruskan file tu." Fawwaz mengangguk.

"Alright. Kau keluar dulu. Aku call Izham jap." Amelin mengangguk lalu menunduk sebelum dia melangkah keluar dari ruangan pejabat Fawwaz.

Fawwaz mendengus. Diambil telefonnya lalu mencari nama Izham. "Menyusahkan aku betul.. dahlah tak datang kerja, menyakitkan hati pula tu.." gumam Fawwaz lalu melekapkan telefon ke telinganya.

Tutt tuuttt..

'Hel..hello pakcik?'

Berkerut dahi Fawwaz mendengar suara Izham yang agak.. errr.. seperti menahan sesuatu. Tengah tengok cerita lucah ke apa budak ni?

"Kau ada dekat mana? Apahal kau cuti mendadak? Kau memang--"

'Pakcik! Pll..please.. sa..saya tengah ses..sesak ni pakcik.. si..sikit lagi nak terkeluar ni urghhhh!'

Berkerut dahi Fawwaz. "Kau buat apa? Kau buat perkara tak senonoh ke apa?!"

'Bu..bukan pakcik.. Sa... saya tengah..tengah melepa..melepaskan najis.. saya.. cirit biritt ni pakcik..'

Ujar Izham dengan nafas tercungap-cungap. Yang sebenarnya dia tengah berak tak henti dirumah ketika ini. Kerana itulah dia mc. Dia cirit birit sebab semalam.

Dia kena pedajal oleh Maya.. dia mengajak Maya makan. Jadi, Maya pun on je la kan.. dah orang nak belanja makan, dia pun pergi je la.

Tapi Maya tu nakal.. diletaknya ubat cirit birit dalam air Izham sewaktu Izham tengah cuci tangan. Hampir tersembur gadis itu ketawa semalam melihat wajah kemerahan Izham menahan sakit perut.

Fawwaz menayangkan riak jijik. "Pengotor betul la kau ni.."

'Ken..kenapa pakcik call? Ad..ada perkar..perkara mustahak ke..ni?'

Fawwaz menggeleng. Bukan main susah lagi si Izham tu nak bercakap.. mesti tengah meneran lagi tu.

"File Sarawak. Mana?"

'Haa?! Takde dekat pejabat ke?!'

"Kalau ada, buat apa aku call kau? Kau ingat aku takde kerja sangat nak call kau masa kau melabur tahi ni?"

'Ish pakcik tak senonoh.. tapi kan pakcik.. saya rasa.. err saya tertinggal file dekat rumah walid la.. haritu kan kita pergi makan tengahari kan? Saya ada bawa file tu untuk buat kerja disana.. jadi saya ya--urghhh !'

CRETTTTTTTT

Fawwaz memejam mata kejap. Keluhan berat dilepaskan. Dia terus menutup panggilan.

"Tch. Pengotor betul bercakap time berak aihh.. sekarang ni aku kena ambil file la ni?" Tanya Fawwaz sendirian lalu mengusutkan rambutnya. Dia mendongak kejap. Namun terbit senyuman di bibirnya apabila teringat bahawa isterinya berada disana.

"Kejap.. Safeeya ada dekat rumah walid kan? Elok juga kalau aku bagi surprise pada dia.." ujar Fawwaz dengan senyuman.

Dia mengambil coat serta dompet dan kunci kereta. Hewhew nak jumpa Safeeya.. asalnya nak ambil file je. Tapi tak sangka dapat jumpa buah hati pula.

Tak jadi la nak marah Izham. Thank you Izham kerana tinggalkan file dekat sana!

Dan thank you juga sebab cirit birit!

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now