BAB 63🥀

10.7K 704 99
                                    



"KITA.. bercerai?"

Ya. Satu ayat yang mampu menoreh dua hati yang sedang bertaut. Kata-kata itu telah membuatkan diri Fawwaz seperti tiada harapan untuk bahagia. Dan wajah Safeeya seumpama sedang serius dalam hal ini.

Fawwaz menggeleng. "Jangan cakap macam tu sayang.. jangan ucap perkataan itu. Abang taknak terjadinya cerai-berai antara kita. Abang takkan lakukan itu pada Safeeya.."

Safeeya mengetap bibir kejap. Air mata dibiarkan mengalir. "Tapi saya tetap nak kita bercerai.. saya taknak kita lanjutkan hubungan kita."

Berkerut dahi Fawwaz. "But why? Abang minta maaf untuk semua ini. Abang minta maaf sebab halau Safeeya.. abang tak bermaksud macam tu.. abang.. silap. Khilaf abang waktu tu.. abang taknak kita berpisah.. tolong la Safeeya.. jangan buat abang macam ni."

Rayu Fawwaz dengan air mata menitis laju. Safeeya menggeleng. Diusap rahang suaminya. "Saya tak marahkan abang pasal tu.. saya tahu abang tertekan waktu tu.. saya minta cerai bukan kerana hal tu.. tapi hal lain."

Berkerut dahi Fawwaz. "Sebab gambar tu ke? Sebab perempuan tu kata dia mengandung anak abang ke? Sebab tu ke sayang? Abang berani bersumpah abang tak buat. Safeeya adalah orang pertama dan selama-lamanya orang pertama yang abang sentuh.. abang tak pernah bersetubuh dengan sesiapa kecuali Safeeya.. percayakan abang.. please."

Safeeya mengangguk laju. "Saya percayakan abang.. saya tak pernah percaya fitnah yang dihantar tu.."

"Habis tu? Kenapa sayang? Kenapa minta macam ni? Abang taknak.. abang taknak berpisah.. jangan buat abang macam ni.. abang merayu.. jangan minta macam ni pada abang, sayang..."

Fawwaz terus melutut dihadapan Safeeya. Safeeya terus menoleh ke arah lain. Tak betah dia melihat suaminya melutut merayu kepadanya begini. Fawwaz mendongak memandang isterinya.

"Please sayang.. jangan berpisah dengan abang.. abang tak sanggup kalau Safeeya tinggalkan abang.. Safeeya baru je tinggalkan abang seminggu yang lalu.. abang dah rindu sangat pada Safeeya.. sekarang ni Safeeya nak tinggalkan abang untuk selama-lamanya ke?"

Safeeya tersebik mendengar itu. Makin mengalir air matanya ketika ini. "Saya pun taknak perpisahan ini.. tapi saya taknak pentingkan diri saya sendiri.."

Berkerut dahi Fawwaz. "Apa maksud Safeeya ni? Abang tak faham.. abang tak faham sayang.." Fawwaz mencium-cium kedua tangan isterinya. Dia masih lagi melutut dihadapan Safeeya agar Safeeya menerima permohonan maafnya.

Safeeya menarik nafas dan hembus perlahan. Dia menunduk memandang Fawwaz yang sedang mendongak ke arahnya dengan wajah yang basah dengan air mata.

Safeeya menjilat bibirnya kejap. Diambil tangan Fawwaz lalu dilekapkan ke perut kempisnya. Berkerut kejap dahi Fawwaz namun dia hanya perhatikan sahaja.

"Saya.. tak mampu memberikan abang zuriat." Berkerut dahi Fawwaz. Makin menitis air matanya mendengar suara bergetar isterinya.

"Apa Safeeya cakap ni?"

Safeeya kemam bibirnya. "Saya pergi ke hospital di Dubai untuk periksa diri saya setelah saya asyik muntah tak henti. Tapi apabila saya bertemu doktor, doktor mengatakan bahawa saya.. saya mandul."

Fawwaz menggeleng. Dia masih menanti pertuturan isterinya.

"Saya tak mampu beri abang anak.. saya.. bukan isteri sempurna untuk abang.. saya tak mampu berikan abang keturunan. Saya minta maaf untuk itu.. saya mohon maaf kerana tak mampu memberikan apa yang abang mahu kali ni. Saya tak boleh beri keinginan abang kali ini. Saya minta maaf atas kekurangan saya.."

Ujar Safeeya dengan linangan air mata. Menitis air mata Fawwaz mendengar itu. Dia bangun dari duduknya lalu menekup kedua pipi Safeeya agar memandangnya.

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now