BAB 67🥀

8.4K 602 66
                                    



MAYA menggeleng melihat Izham yang sedang bermain bola baling bersama anak tahfiz. Bukan main agah lagi dia tu kerana selalu menang melawan anak-anak kecil itu. Sudahlah asyik senyum bangga kepada Maya pula tu.

Maya hanya senyum melihat sikap Izham. Izham tu comel sebenarnya walaupun kadang-kadang Maya rasa menyampah. Tapi dalam menyampahnya, ada sekelumit rasa bahagia melihat cara Izham melayan anak-anak tahfiz.

Dia juga suka cara Izham melayaninya. Walaupun Maya melayannya kasar, namun Izham langsung tak ambil hati. Malah jejaka itu boleh pula main-main dengan kemarahannya. Tak jadi Maya nak memarahi budak tu..

"Maya.. buat apa sini?" Maya panggung kepala ke suara garau itu. Dia senyum tipis kepada Yusri yang sedang berdiri ditepinya.

"Abang Yusri.. duduklah.." ajak Maya seraya menepuk bangku ditepinya. Yusri mengangguk. Dihenyak punggung disebelah Maya seraya mata memandang anak tahfiz.

Izham yang nampak betapa rapatnya Maya bersama Yusri terus mendengus kasar. Dihentak kakinya sekuat mungkin. Cemburu juga melihat adegan itu dihadapan mata ni.

Yusri menarik nafas dan hembus perlahan. Dikerling Maya yang sedang menguis baju tshirtnya sendiri.

"Abang nak ucapkan terima kasih pada Maya sebab jaga Safeeya sepanjang berada di Dubai.. Maya memang kawan yang baik.. abang suka sikap Maya yang itu.."

Maya senyum mendengar pujian itu. Diangguk perlahan kepalanya.

"Memang peranan Maya sebagai kawan Safeeya untuk menjaga serta memujuk Safeeya.. lagi pula biasanya Safeeya yang selalu pujuk Maya. Kali ni giliran Maya pula la yang pujuk Safeeya."

Yusri mengangguk. Dia tidak faham maksud tersirat Maya. Lupakah dia pernah menyakiti Maya? Waktu itulah Safeeya memujuk Maya kerana dirinya..

Yusri menggigit bibirnya. "Abang.. nak minta maaf pada Maya sebab abang layan kasar sebelum ni.. bila difikirkan balik, tak sepatutnya abang layan Maya macam tu.."

Maya senyum tipis. "Tak apa.. Maya tak ambil hati pun.. Maya dah biasa.." jawapan Maya membuatkan Yusri rasa serba salah. Jawapan Maya seolah-olah sedang memerlinya saat ini.

"Bukan niat abang untuk benci Maya.. tapi abang ada sebab tersendiri kenapa abang tak suka sikap Maya.."

Maya panggung kepala. Terkedip-kedip matanya memandang Yusri. Kadang-kadang dia mengerling Izham yang sedang menjerit kesakitan kerana jatuh. Acah je dia tu. Nak dapat perhatian Maya la katakan.

"Kenapa? Maya.. ada buat salah ke pada abang di masa lalu?" Yusri senyum lalu menggeleng. Ditongkatkan tangan ke belakang badannya seraya mata mendongak memandang langit yang agak mendung menandakan hujan bakal turun sebentar nanti.

"Bukan sebab Maya.. tapi sebab diri abang sendiri.. abang.. trauma dengan kisah silam abang.." berkerut dahi Maya. Namun dia hanya diamkan diri sahaja. Nak juga mendengar cerita Yusri. Jarang sekali Yusri bercerita dengannya. Yang ada hanya maki hamun sahaja.

Yusri mengeluh. "Maya nak tahu tak sebab apa abang lari rumah dan menetap di tahfiz walid?" Tanya Yusri seraya mata menatap wajah bersih Maya. Maya mengerdip mata kejap.

"Maya hanya tahu abang lari dari rumah waktu kecil dulu je.. sebab dia Maya tak tahu.. walid tak cerita pada Maya.."

Yusri senyum lalu mengangguk. Kepala kembali mendongak memandang langit.

"Abang.. trauma dengan keluarga abang sendiri.. dari kecil sehingga abang berumur 15 tahun, abang selalu tengok cara mak abang layan ayah abang.."

Maya mengangguk. Dia hanya setia mendengar.

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now