BAB 9🥀

11.1K 680 75
                                    



TERDIAM kaku Fawwaz ketika ini apabila Safeeya mengatakan itu. Ia bermakna.. jika Yusri meminang Safeeya sekali lagi, Safeeya akan terima kerana Haji Saqeef memaksanya menerima lamaran itu.

Dengan kata lain, mereka berdua akan berkahwin dengan ikatan yang ditetapkan oleh Haji Saqeef.

'Abang.. macam mana?'

Tanya Safeeya lagi apabila Fawwaz hanya diam membisu. Fawwaz menggigit bibir kejap. Dia berdehem.

"Angel.. memang nak terima Yusri jadi suami angel ke? Kalau angel nak pada Yusri, abang akan terima je. Ab--"

'Apa abang ni? Kan saya dah janji nak tunggu abang.. ia bermakna saya nak abang jadi suami saya.. abang.. putus asa dengan saya ke?'

Fawwaz beria menggeleng. "Bukan.. bukan macam tu. Tapi abang rasa, Yusri lebih sesuai jadi suami Safeeya.."

Fawwaz berasa bersalah. Pada awalnya dia mempunyai keyakinan yang tinggi. Namun sekarang keyakinannya makin menurun apabila lawannya adalah Yusri. Semestinyalah dia kalah.. kerana dia mempunyai banyak kekurangan dari segi agama.

'.....'

Berkerut dahi Fawwaz apabila Safeeya diam membisu. "Angel? Kenapa dia--"

'Saya nak abang...'

Tersentak Fawwaz mendengar itu. Dia berdehem kejap. Berbunga juga hati ni apabila Safeeya mengatakan itu.

"Walaupun abang banyak kekurangan?"

'Saya pun banyak kekurangan juga.. apa salahnya kalau kita saling melengkapi?'

Tersenyum Fawwaz apabila Safeeya pertahankan hubungan mereka berdua.

'Abang.. betul ke abang nak berkahwin dengan saya?'

"Betul la.. kenapa?"

'Sebab.. jika pasangan itu berjanji untuk berkahwin, dan kedua-dua pihak telah bersetuju walaupun hanya secara lisan, ia bermakna kita dah bertunang abang.. jangan berjanji kalau abang nak main-main dengan saya.'

Sayu hati Fawwaz mendengar itu. Dia terlupa pula akan itu.. bertunang ini mudah. Hanya lafazkan ingin berkahwin dan diterima oleh kedua pihak sudah dikira bertunang.

"Baik. Kalau macam tu, angel beritahu walid yang abang akan berkahwin dengan angel. Beritahu walid yang abang akan.. datang melamar angel.. beritahu walid yang.. kita dah bertunang."

'Betul abang? Betul ni?!! Saya boleh beritahu walid ni?!!'

Tercetus tawa Fawwaz mendengar jeritan teruja Safeeya. "Yes my angel.. beritahu la walid.. walid berhak tahu hubungan kita."

'Ok abang! Esok saya beritahu walid.. sekarang walid dah tidur..'

Fawwaz mengangguk. "Alright angel.. abang pun nak tidur juga ni. Angel sambung la mengaji tu.. nanti tidur mimpikan abang okay?" Ujar Fawwaz dengan sengihan nakal.

'Tak boleh.. tak baik mimpikan orang bukan mahram.'

Terus mati senyuman Fawwaz. Ohmy. Dia lupa Safeeya ni kuat agama. Nak bergurau pasal hal dalam kain pun tak boleh.

Fawwaz berdehem. "Ok.. kalau macam tu angel tidur la.. mimpi yang baik-baik.. abang nak tutup dah ni.."

'Baik abang.. selamat malam, Assalamualaikum.'

"Waalaikumsalam." Jawab Fawwaz lalu dia menutup telefonnya. Dia mengeluh lalu menyandar kembali badan ke kepala katil. Didongak kepala ke siling sambil memikirkan sesuatu.

'Abang dah solat?'

Terpejam kejap mata Fawwaz apabila suara Safeeya terngiang-ngiang dalam kepalanya. Fawwaz mengeluh perlahan. Dia bangun dari duduknya lalu melangkah kearah bilik air didalam biliknya.

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now