BAB 42🥀

9.6K 595 55
                                    



SAFEEYA senyum malu pada suaminya yang tak lepas memandangnya. Sedari tadi Fawwaz hanya merenungnya ketika dia mengesat rambut basah lelaki itu. Langsung tidak berkelip mata suaminya memandangnya. Malu Safeeya dibuatnya.

"Kenapa abang tengok saya macam tu.. malu la saya.." kata Safeeya perlahan seraya menolak perlahan pipi suaminya. Fawwaz senyum tipis. Digenggam tangan isterinya lalu dicium lama tangan lembut itu. Terpejam kejap matanya.

"Abang tertanya-tanya.. abang berkahwin dengan manusia atau bidadari? Kenapa angel mudah memaafkan abang sedangkan abang telah menyakiti hati angel semalam?" Fawwaz memandang Safeeya dengan pandangan redup.

Safeeya senyum tipis. Diusap tangan suaminya yang menggenggamnya ketika ini. "Dalam hubungan suami isteri pasti ada salah faham.. pasti ada pergaduhan kecil.. perkahwinan tak selalu indah.. ada baik buruknya juga.. tak selalu timbulnya pelangi.. kadang-kala ada ribut taufan yang tak dapat dielakkan..

...kerana itulah harus ada tolak ansur.. kalau salah seorang dalam keadaan marah, seorang lagi harus bertenang.. jika salah seorang dalam kegusaran, seorang lagi harus menenangkan dia.. kalau dua-dua tak toleransi, macam mana hubungan nak kekal lama kan?"

Bisik Safeeya dengan senyuman. Fawwaz senyum lebar mendengar itu. Dilekapkan dahi mereka berdua lalu digeselkan hidung mereka. Tersenyum Safeeya melihat wajah suaminya yang amat rapat dengannya sekarang.

"Angel lebih muda dari abang.. tapi angel lebih bersikap matang dari abang.. kadang-kadang abang malu dengan diri sendiri sebab pemikiran angel lebih terbuka berbanding abang.." bisik Fawwaz perlahan.

Safeeya senyum. Tangan memeluk ke leher suaminya seraya badan menghampiri Fawwaz. Fawwaz yang faham akan itu terus menarik pinggang isterinya menghampirinya. Ditarik kedua kaki Safeeya agar melilit pinggangnya.

Safeeya menggeleng dihadapan wajah Fawwaz. "Abang jangan malu.. abang lebih matang dari saya.. cuma semalam abang dalam kegusaran.. abang tertekan. Sebab tu abang lepaskan amarah pada saya.. saya okay.. saya tak terasa dengan abang.. saya faham keadaan abang."

Fawwaz senyum. Dicium lama puncak hidung isterinya. Terpejam mata Safeeya. "Thank you angel.. thank you sangat sebab selalu tenangkan abang.. awak selalu ada untuk abang walaupun abang marah awak.. thank you sayang.." bisik Fawwaz lalu mencium sekilas bibir isterinya.

Safeeya senyum. Dicelik matanya apabila Fawwaz melepaskan ciuman. Mereka mula merenung antara satu sama lain dengan wajah yang sangat rapat.

Fawwaz senyum dengan mata redup. Ditilik wajah isterinya ketika ini. Bulu mata lentik.. mata bulat yang bersinar.. hidung sederhana mancung.. pipi gebu yang memerah. Disertakan pula bibir kecil yang begitu menyelerakan..

"You're beautiful creation ever my angel.." bisik Fawwaz seraya menggeselkan hujung bibir mereka berdua. Safeeya senyum lebar mendengar itu.

Suka bila suami memujinya begitu.. kadang kala dia akan bermekap bila duduk dirumah di siang hari. Semuanya untuk berlawa demi sang suami.

"Abang suka saya?" Bisik Safeeya. Saja nak mengada.. semalam gaduh kan? Harini nak bermanja la pula...

Fawwaz mengangguk. Dibenamkan hidungnya ke pipi gebu isterinya. "Suka.. abang suka semua tentang awak.. dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.. you're perfect wife ever.."

Makin lebar senyuman Safeeya. Diramas lembut rambut suaminya tika ini. "Abang.. nak saya tak malam ni?"

Tercelik mata Fawwaz mendengar itu. Dia melepaskan ciuman lalu menjarakkan sedikit wajah mereka berdua. Terkedip-kedip mata Fawwaz.

"Bukan angel period ke?" Safeeya mengangguk. "Ya.. tapi saya dah mandi wajib tadi.. saya solat isyak seorang diri waktu abang mandi.. saya nak beri surprise diri saya pada abang.."

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now