BAB 37🥀

10.9K 636 36
                                    



TOK TOK!

TERGANGGU konsentrasi Izham dan Fawwaz yang sedang berbincang apabila ada seseorang mengetuk pintu.

Izham berdehem. "Pakcik, kalau boleh saya nak pakcik rahsiakan hal kita berdua ni. Biar Safeeya je yang tahu pekerjaan saya ni. Saya taknak pekerja pakcik tahu hal ni.. sebab saya yakin pasti ada antara mereka yang akan rosakkan rancangan kita jika dia tahu saya hacker."

Fawwaz menjungkit kening. Wow. Pertama kali kut Izham serius. Selama ni perangai macam beghuk.

Fawwaz mengangguk. "Alright."

"Termasuk kawan pakcik tu.." berkerut dahi Fawwaz. "Kenapa Shafiq tak boleh tahu? Dia kawan baik aku."

Izham menjungkit bahu. "Terserah pakcik. Macam yang saya kata, musuh dalam selimut masih belum diketemui. Jadi saya cuma nak berhati-hati sahaja."

Fawwaz menolak isian pipinya dengan lidah. Ada betul juga apa yang dikatakan Izham itu. Lebih baik dia diam sahaja buat masa ini.

"Masuk!"

"Fawwaz Fawwaz.. sorry aku mc semalam tak beritahu." Ujar Shafiq yang melangkah memasuki pejabat Fawwaz. Sempat dia mengerling seorang lelaki muda dihadapan Fawwaz ketika ini.

"Shafiq.. duduk ah. Patutlah aku cari kau tak jumpa semalam." Shafiq senyum sinis. Dia duduk disofa yang sama dengan Izham.

"Apahal lak cari aku? Bukan kau dah ada isteri ke? Kau dah lupakan aku sejak dah ada isteri ni." Berkerut dahi Fawwaz.

"Apa benda la kau cakap ni.. kau tu yang menjauh dari aku. Kau tak datang majlis aku. Asal?"

Shafiq meraup wajahnya. "Aku sakit waktu tu." Alasan. Dia tidak mahu ke majlis perkahwinan Fawwaz kerana dia benci melihat kebahagiaan Fawwaz.

"By the way ni siapa? Aku tak pernah nampak pulak budak ni?" Tanya Shafiq seraya mata memandang Izham. Izham sengih.

"Nama saya Izham bang.. saya orang terapat pakcik Fawwaz masa dekat Australia dulu." Shafiq mengangguk faham.

"Apasal kau ada dekat sini? Tak sekolah ke?"

Fawwaz gelak mendengar itu. "Nak sekolah apanya.. dia muda 2 tahun je dari kau." Shafiq menjungkit kening seraya memandang Izham dari atas ke bawah.

"Ea? Macam budak mentah je aku tengok. Muka jambu." Izham menjulingkan mata. Dia dah biasa dengan panggilan jambu hanya kerana muka dia babyface.

Nak buat macam mana kan? Papa dia keturunan Australia.. ada mix. Memang la nampak jambu sikit..

Shafiq berpaling semula ke arah Fawwaz. Dia berdehem kejap.

"By the way, aku dapat gaji semalam. On time. Kiranya masalah syarikat kita dah selesai la kan?" Fawwaz panggung kepala. Dianggukkan kepalanya.

"Yup. Dah selesai."

Shafiq mengangguk. "Mana kau.. dapat duit-duit tu? I mean, berjuta-juta kot kita rugi.. lepas tu kau boleh bayar pada client hanya dalam masa seminggu. Kau ambil dekat mana duit juta-juta tu?"

Fawwaz menggaru kepala yang tidak gatal. Izham masih dengan teknologinya. Langsung tidak mahu campur hal orang tua muahahahha.

"Bapa mertua aku tolong aku."

Berkerut dahi Shafiq. Berlakon kejap walaupun dia dah tahu jawapan itu.

"What? Baiknya mertua kau.. juta-juta siot.. dari mana dia dapat duit sebanyak tu?"

Fawwaz mengeluh kejap. Banyak tanya pula si Shafiq ni aih..

"Dia kaya. Tak pelik pun kalau ada duit juta-juta."

Shafiq mencebik. "Kau tak pelik ke? Tiba-tiba mertua kau datang hulur bantuan kepada kau. Tepat pula tu bantuan sampai.. seolah-olah semuanya dirancang."

Terhenti jari Izham di skrin telefonnya. Dia mencerlung Shafiq yang sedang memandang Fawwaz. Hold on hold on. Wadehek? Kenapa Shafiq seumpama menyalahi Haji Saqeef dalam hal ni?

Berkerut dahi Fawwaz. "Apa benda kau ni? Rancang apanya? Mertua aku tiada kaitan dalam hal syarikat aku. Lagipun dia hulurkan bantuan bukan saja-saja. Nanti aku akan bayar balik selepas ekonomi aku stabil."

Shafiq menjungkit bahu. "Aku hanya beritahu je. Kau tak pelik ke mertua kau jemput kau ke rumah dia? Lepas tu jodohkan kau dengan anak dia? Dan bila kau terima anak dia, tiba-tiba sahaja syarikat kau dilanda masalah. Dan dia tiba-tiba jadi hero...

...dalam fikiran aku mengatakan bahawa mertua kau adalah dalang disebalik semua ini. Dia pun ada syarikat kan? Jadi dia mesti tahu dimanakah tempat penyimpanan duit di seluruh syarikat. Atau.. dia tolong kau guna duit kau sendiri? Hm?"

Fawwaz menolak kasar meja dihadapannya. Tersentak kejap Izham.

"Apa benda kau mengarut ni sial?! Kenapa nak libatkan mertua dan isteri aku?! Kenyataan kau tu langsung tak relevan la! Aku kenal mertua aku macam mana. Dia takkan buat perkara macam tu!"

Shafiq mencebik. Dia bangun dari duduknya lalu menyeluk kedua tangan didalam poket. "Well aku tak tahu. Aku tak kenal mertua kau. Dan kau.. kenal ke mertua kau tu?"

Mengendur ketegangan riak Fawwaz. Benar apa yang dikatakan Shafiq. Dia tidak kenal akan mertuanya. Kenal pun waktu dia muda dulu.

Well. Manusia boleh berubah kan? Jadi.. betul ke Haji Saqeef  masih Haji Saqeef yang dia kenal dulu?

Shafiq senyum senget. "Tak kan? Kau baru berjumpa dia seminggu sebelum kau kahwin dengan anak dia. Kau tak rasa pelik ke semua ni adalah kebetulan?"

Fawwaz diam membisu. Dia masih terfikir apa yang dikatakan oleh Shafiq tadi. Shafiq gelak sinis. Dia menepuk bahu rakannya lalu melangkah keluar dari situ.

Izham memerhati Shafiq dari belakang. "Rasa macam nak sepak je bontot dia tu." Gumam Izham sendirian.

Fawwaz mendengus kasar. Ditolak kesemua file diatas mejanya kini. Tersentak kejap Izham. Dia berpaling ke arah Fawwaz. Serabut sahaja riak wajah itu sekarang.

"Sabar pakcik.. tak semua apa yang dikatakan oleh Shafiq tadi tu betul. Dia hanya memberi pandangan je. Ia tak bermakna semua itu betul.

Fawwaz hanya diam. dada berombak kasar ketika ini. Dia masih belum ketemui apa-apa dalam hal ini. Itu yang membuatnya lebih tertekan.

Izham memuncungkan bibirnya kejap. "Biasanya orang yang lebih banyak bercakap adalah orang yang bersalah." Gumam Izham sendirian. Berkerut dahi Fawwaz.

Dia panggung kepala ke arah Izham. "Apa maksud kau ni?"

Izham membuka tabletnya. "Apa nama penuh Shafiq?" Fawwaz berdecit. "Apahal kau nak tahu? Nak jadi FBI pulak?"

Izham memutarkan biji matanya. "Beritahu je la pada saya.. nama penuh dia apa? And.. dia rapat tak dengan pengurus kewangan pakcik?"

Fawwaz mengerdip mata memikirkan sesuatu. "Aku tak perasan pula hal tu.. aku tak tahu dia rapat ke tak dengan Ridwan. Tapi tak pernah pula aku tengok diorang lunch atau bercakap sesama sendiri."

Izham mengangguk. "Alright. Something fishy about your friend. Saya akan aim dia dahulu sebelum saya aim mertua pakcik. Tapi saya yakin mertua pakcik tiada kaitan dalam hal ni.. takkan lah orang sebaik Haji Saqeef tu ada niat jahat kan?"

Fawwaz hanya diam. dia menyandarkan badan ke sofanya. Dia tiada jawapan untuk itu kerana...

Dia pernah berlakon jadi baik dihadapan Safeeya dan Haji Saqeef dahulu.. dan lakonannya sangat menjadi.. mereka mempercayai dirinya.

Jadi tidak mustahillah jika orang lain boleh berlakon alim seperti dirinya..

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now