♤ EPILOG ♤

282 7 0
                                    

TANGAN menggenggam erat dua tangan anak kecil menuju ke tanah perkuburan. Setibanya di hadapan kubur yang sudah berusia lima tahun itu, kedua-dua kanak-kanak itu mulai melabuhkan punggung di atas hamparan tikar.

“Assalamuaalaikum mama, papa.” Becok kedua kanak-kanak itu mengucap salam. Mulut comel kedua-duanya mula mencium batu nisan. Sekuntum bunga rose putih yang dibawa mereka dipacakkan di sisi kubur itu.

Di bibir Ha-joon tersisa satu senyuman sayu. Tangan naik mengelus rerambut dua anak kecil itu. Hari ini, dia hadir lagi di sini.

“Sayang mama, papa tak?” tanya Ha-joon.

"Sayang!” Serentak dua bibir kanak-kanak itu berbicara.

“Kalau sayang, jom sedekahkan al-fatihah,” ujar Ha-joon seraya membuka senaskah yasin dan mula membacanya.

Beberapa ketika, tangan mencapai satu jag air bersih. Disirami kubur itu dengan penuh tertib. Batu nisan yang tertera nama seorang insan yang pernah bertahta di hati suatu masa dahulu diusap perlahan. Bersama nama itu juga ada nama seorang teman. Teman yang baik.

Daniel Hazim bin Zamarul (1991-2020)

Asbab kematian: Jatuh bangunan dan kecederaan organ dalaman yang parah.

dan...

Nurul Jannah binti Muhammad Ridhuan. (1996-2020)

Asbab kematian: Meninggal selepas melahirkan (gumpalan darah menghalang pembuluh darah pada paru-paru).

Mata Ha-joon melekat lama pada nama dua insan itu. Seketika senyuman manisnya terkumpul. Terkenangkan masa-masa indah bersama.

Jasad pasangan itu disatukan bersama dalam satu liang lahad. Tanda cinta mereka hingga ke syurga.

Ha-joon hela nafas yang terasa lega.
“Damailah kat sana. Aku akan jaga anak-anak korang macam anak aku sendiri. Aku janji, kasih sayang aku takkan berkurang untuk diaorang...” Itu janjinya sambil memandang kedua kanak-kanak itu. Tubuh mula bangkit.

“Jom, daddy bawak makan ais-krim nak?” gamitnya kepada kedua kanak-kanak itu.

“Nak!”  jawab mereka serentak.

Ketiga mereka mula meninggalkan tanah perkuburan itu.

Angin laju tetapi lembut menyapa telinga Ha-joon. Buat seketika, hatinya benar-benar tenang. Bibir kembali menguntum senyum. Tangan kedua kanak-kanak itu digenggam erat.

Semoga roh kamu berdua dicucuri rahmat olehNYA. Desis Ha-joon sayu.

●●●●●

“MUMMY!” jerit kedua kanak-kanak itu selepas menolak pintu cafe yang tertera nama Cafe J & D’s Pastries. Sebuah cafe perkongsian bersama tiga rakan karib.

“Ya, anak-anak mummy. Mummy kat sini!” Laila muncul dari dapur sambil memegang tray yang dipenuhi roti baru yang telah dibakar. Usai sahaja meletakkan roti-roti tersebut di kawasan display, tubuh kedua kanak-kanak itu didekati.

“Anak mummy nakal tak dengan daddy Ariq?”

“Tak! Iyad baik aje!” cebik Daiyan Jiyad.

“Daneen?” soal Laila. Tangan menguak rambut anak gadis kecil itu ke belakang.

“Daneen pun tak!” cebik Daneen Jinan seperti mahu menangis.

Good! Anak-anak mummy memang baik. Lapar tak? Nak makan?” soal Laila lagi.

“Daddy dah bagi ais-krim tadi!” jawab kedua kanak-kanak itu serentak.

“Iya? Sedap tak?”

“Sedap... Iyad makan yang rasa pisang. Adik makan yang vanila.” Petah Daiyan Jiyad menerangkan.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now