♤ BAB 73 ♤

93 3 0
                                    

MATA Jane terbuka perlahan. Samar-samar melihat cahaya lampu melintasi. Aku kat mana ni?

“Puan... Bertahan ya. Puan kehilangan banyak darah. Puan perlu melahirkan sekarang, kalau tak, bayi puan takkan selamat...” Sayup-sayup kedengaran suara nurse menyapa telinga. Mata digagahkan untuk dibuka luas.

“Suami saya mana, misi? Suami saya mana?” raung Jane tidak menghiraukan kata-kata nurse itu. Abang kat mana? Rasanya sebelum mata tertutup, dia nampak Daniel telah jatuh. Tak semena-mena air mata kembali berair. Tubuh cuba dibangunkan namun ditahan oleh nurse itu.

“Saya nak jumpa suami saya. Abang kat mana?” esak Jane.

“Jane, Daniel tengah dirawat.”

Suara Ha-joon menyapa telinga. Dalam pandangan dikaburi air mata, dia sudah nampak Ha-joon. Semakin deras air matanya mengalir. “Mana Daniel, Ha-joon? Saya nak jumpa dia...”

Kepala Ha-joon terangguk sayu. “Sabar Jane. Doktor tengah rawat dia. Dia takkan apa-apa,” pujuknya.

“Abang....” rintih Jane sayu. Suatu ketika, tangan naik menyentuh perut yang mula kekejangan. Mula terasa ngilu kontraksi. Nafas tiba-tiba terasa laju. Perlahan-lahan rasa sakit itu menyeluruhi segenap tubuh. Jubahnya juga terasa basah.

“Puan mesti melahirkan sekarang. Puan sudah kehilangan banyak darah,” ujar doktor yang baru tiba.

Jane kesukaran untuk bernafas dengan baik. Tangan mula menarik-narik cadar.

Ha-joon mendekatkan diri ke telinga Jane. “Awak kena kuat demi Daniel dan anak korang. Awak mesti boleh, Jane.” Memberi kekuatan.

Sayup-sayup kedengaran suara Ha-joon itu.

Argh!” teriak Jane kuat. Kesakitan makin maksima. Tangan entah bila sudah mendarat ke atas rambut Ha-joon. Terdorong ke hadapan seketika lelaki itu. Air mata tak pernah berhenti mengalir.

Ha-joon cuba melepaskan rambutnya dari cengkaman tangan Jane namun kesukaran kerana pegangan itu kuat.

“Mak!” jerit Jane lagi. Sudah tidak tertahan-tahan sakitnya.

Mereka tiba di hadapan labour room. Rambut Ha-joon masih tidak lepas.

“Mak dengan adik-adik awak pun sedang dirawat, Jane. Nanti diaorang akan ke sini. Awak boleh Jane. Anak awak dah tak sabar nak melihat dunia. You can do it, Jane!” Ha-joon tetap memujuk sambil menahan rasa sakit rambut yang menegang.

Doktor yang melihat mengeluh berat. “Encik masuk ikut kami. Kami tak boleh lama membiarkan Puan Jannah dalam keadaan begini,” ujarnya.

Wajah Ha-joon terkebil-kebil sebentar. “But, I'm not her husband...”

“Saya tahu tapi tangan dia pegang rambut encik pun tak lepas. Saya rasa dia nak pinjam kekuatan encik untuk melahirkan. Saya difahamkan suaminya pun cedera parah kan?”

Kepala Ha-joon mengeyakan kenyataan itu. Daniel parah.

“Dah! Cepat tolak katil ni. Lambat nanti, saya risau pada ibu dan anak,” gesa doktor itu lalu membantu mendorong katil itu menolak pintu labour room.

Jane berlawan dengan rasa sakit yang semakin menyengat. Ha-joon pula hanya kalut bertahan dengan rambutnya masih dalam genggaman gadis itu. Hati sedikit gusar tetapi Jane perlu segera melahirkan. Maafkan aku Daniel... Pinjamkan kekuatan kau, Daniel. Semoga Jane dipermudahkan.

Push puan! Push! All out!” suruh doktor.

“Argh!” Jane meneran sehabis tenaga namun kepala bayi masih belum muncul.

| C🐧|TOGETHER حيث تعيش القصص. اكتشف الآن