♤ BAB 59 ♤

53 3 0
                                    

“ABANG, Jannah doakan moga hari ini semuanya berjalan dengan lancar.” Jane membetulkan kedudukan tali leher pada tuxedo navy suaminya itu.

Dia juga anggun dengan abaya berwarna ash blue yang dipadankan dengan selendang yang berwarna senada.

Hari ini merupakan hari istimewa mereka. Hari di mana usaha Daniel mungkin mendapat penghargaan dan perhatian daripada mummy.

“Cantik, Jannah Abang ni,” bisik Daniel di telinga Jane sambil-sambil itu mengelus-elus pipinya.

Jane hanya tersenyum malu.

Tangan kemudiannya menyapu seurat benang yang menempel pada bahagian bahu kanan tuxedo suaminya.

“Abang pun bergaya habis hari ni,” pujinya ikhlas.

“Tengoklah suami siapa?” dabik Daniel.

Jane malas nak layan. “Dah. Kita dah lambat. Mak pun dah lama tunggu dekat luar.”

Daniel menarik nafas dalam-dalam. Semoga majlis hari ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

●●●●●

“HABISLAH!” Kedengaran suara seorang lelaki merungut di belakang pentas. Hal itu mendapat perhatian Jane memandangkan dia pun turut sibuk bertugas di sebalik tabir.

“Apa yang habislah?” tanyanya dengan nada risau kepada Khairul Jamaludin sementelah lelaki itu yang kelihatan kalut mundar-mandir.

“Duta hilang!” jawab Khairul cemas.

“Apa? Macam mana boleh hilang?” Suara Jane naik seoktaf. Melihat semua orang di belakang tabir dalam keadaan tergesa-gesa mengusarkan hatinya.

“Tak tahu. Tiba-tiba takde dalam bilik menunggu!” jawab Khairul sambil mengintai di sebalik tirai pentas. Kelihatan Daniel sedang berucap memperkenalkan produknya kepada tetamu yang hadir.

“Macam mana ni? Tuan Daniel dah nak habis berucap. Kejap lagi duta dah kena keluar. Aduh, masalah. Masalah!” Khairul meramas kulit kepala kerana kebuntuan.

Jane turut cemas. Lagi beberapa minit ucapan CEO akan tamat, macam mana kalau duta tidak ditemui. Apa akan jadi pada syarikat mereka?

Khairul terdiam sambil memerhati Jane atas bawah dan Jane tidak sedar akan hal itu. Tidak lama kemudian, tangannya mengenggam bahu wanita itu. Spontan.

“Apa ni?” marah Jane dan menolak tangan Khairul serta merta.

“You! You kena naik jadi spokeperson! Tolong Tuan Daniel. You. Dah takde orang lain dah!” beritahu Khairul dengan nada cemas.

“Awak dah gila ke Khairul?” marah Jane. Aku kena ganti jadi duta? Apa punya penyelesaian masalah lelaki ini?

“Jane, you tengok sekeliling you sekarang. Ada orang lain tak yang sesuai? You aje. You kena bantu Tuan Daniel. I bagi skrip, just baca aje,” pinta Khairul sambil-sambil itu mata tetap di sebalik tirai langsir pentas. Daniel dah selesai dan mula turun. Sekarang adalah masanya, model-model dan duta untuk menonjolkan diri.

“Tapi saya...”

“Takde tapi-tapi. Tuan Daniel dah turun tu. Jom, I bawak you bersiap segera,” tegas Khairul seraya menolak batang tubuh Jane ke sebuah bilik make-up.

Jane hilang kata-kata. Dia memang nak tolong suaminya itu tetapi benarkah dengan cara begini? Hatinya sedikit risau jikalau tindakannya memberi masalah besar kepada syarikat dan kepada lelaki itu.

●●●●●

JANE melangkah dengan berhati-hati memandangkan lantai pentas yang dipijak itu nampak bersinar licin. Risau hatinya sekiranya rebah atau melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah syarikat.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now