♤ BAB 46 ♤

52 3 0
                                    

"NAH!" Daniel letak satu beg kertas di atas riba Jane selepas gadis itu selamat mendarat di kerusi sebelah pemandu.

Terkejut Jane menerima pemberian yang tiba-tiba itu.

"Apa ni?"

"Your welcome home gift, bukalah!" suruh Daniel.

Tangan Jane akhirnya menarik keluar sebuah kotak dari dalam beg kertas itu. Dibuka penutupnya. Terus terbuntang luas matanya pabila melihat isi dalam. Perlahan-lahan dia mencari wajah Daniel.

"Telefon?"

"Iyalah telefon. Awak ingat susu pisang?" Selamba Daniel memerli. Sudah terang di situ terpapar telefon. Takkanlah Jane tak kenal.

Jane mengetap bibir. Tahulah benda ni telefon! Getus hatinya.

"Kenapa bagi saya? Lagipun nampak mahal." Tangan membelek-belek telefon pintar tersebut. Ada logo buah epal. Dia tak bodoh untuk tahu jenama telefon canggih itu. Memang kegilaan ramai. Idaman semua orang. Dan dia sekarang dapat percuma aje? Besarnya tuah dia!

"Untuk awaklah! Senang siapa-siapa nak call nanti. Err... nombor saya pun dah save dalam tu," beritahu Daniel seraya mengambil telefon tersebut lalu mengunjuk kepada Jane tatacaranya.

"Saya tak boleh terima..." tolak Jane tegas.

Terangkat kening Daniel. "Kenapa? Awak tak suka brand ni?"

Jane pejam mata. Daniel dah salah faham ni. "Saya tak boleh terima lagi apa-apa hadiah daripada awak, Daniel. Banyak sangat dah saya terima. Duit seratus ribu itu pun belum terbayar lagi inikan pula telefon canggih ni. Saya okay aje guna telefon nokia cikai saya tu."

Giliran Daniel mengetap bibir. Dia terasa geram dengan budak Jane ini. "Kan saya dah cakap yang duit tu tak payah bayar sebab nak hentikan awak buat kerja ni semua. Kenapa awak ungkit lagi?"

"Hari tu saya tak tahu yang saya akan dapat balik hari ini. Hari tu memang saya tak boleh bayar sebab tak mampu. Duit gaji kerja haram pun dicatu mana nak cukup. Tapi sekarang saya dah balik, saya nak cari kerja halal. Saya dah janji dengan diri saya, yang saya akan bayar balik duit awak," jelas Jane.

"Tak boleh ke awak tak bayar? Tak boleh ke awak teruskan hidup tanpa ingat pasal duit tu? Saya tak kisah pun," ujar Daniel ikhlas.

"Tak boleh. Saya tak tenang, Daniel. Sebab ia dah jadi hutang. Saya pun tak nak awak menyesal suatu hari nanti sebab dah leburkan duit itu pada wanita seperti saya."

Daniel mengeluh lemah. "Jadi, awak tak kisah ke kalau impian awak tersekat kalau seumur hidup hanya nak bayar hutang pada saya?"

Jane angguk kepala. "Saya tak kisah."

"Awak nak kerja apa?"

"Saya carilah kerja dekat mana yang orang nak pakai saya. Saya tak kisah janji halal. Kerja cleaner ke buruh kampung ke, takpe. Asalkan duit awak saya lunaskan."

Daniel terdiam sejenak. Jane pun bersandar di kerusinya. Dia sudah penat tetapi Daniel masih tidak memandu kereta. Kereta masih di ruang parkir. Disebabkan topik itu, tergendala semuanya.

"Kerja dengan saya." Daniel kembali berkata.

Kening Jane bertaut rapat. "Hah?" Inginkan kepastian daripada lelaki itu.

"You heard me. Be my personal assistant!"

Terkebil-kebil mata Jane. Dalam hati suka untuk menerima kerana ianya peluang bagus tetapi memikirkan kelulusan pendidikannya segera dia mematikan niatnya.

"Saya takde kelulusan untuk berpangkat tinggi. Awak takde ke kerja tea lady atau cleaner saja?"

"Jadi, awak setuju nak kerja dengan saya?" Garis bibir Daniel ternaik di hujungnya.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now