♤ BAB 54 ♤

68 3 0
                                    

"AKU terima nikahnya Nurul Jannah binti Muhammad Ridhuan dengan mas kahwin tersebut," lafaz Daniel lancar dan tenang.

Pundaknya terasa ringan usai sahaja lafaz akad nikah itu disahkan saksi yang terlibat dan hatinya benar-benar melonjat kesyukuran sebaik sahaja Jane sudah menjadi isterinya. Nurul Jannah mutlak miliknya kini.

Tangan menadah bacaan doa namun mata melirik si isteri dari ekor mata. Cantiknya Jane berbusana pengantin serba putih menaikkan serinya. Hatinya berdebar sejak dua minggu lalu kini sudah lega. Kolam matanya mula bergenang namun masih ditahan daripada gugur. Dua minggu yang lalu, gadis itu dilamar kini sudah sah menjadi pemilik tulang rusuknya.

Jane pula mengesat air mata yang telah gugur. Mendengar namanya dilafaz Daniel mendatangkan sebak di hati. Tak sangka keputusannya untuk menerima lamaran Daniel pada dua minggu yang lalu menghasilkan rasa bahagia yang tidak mampu diluah. Pegangan tangan emaknya di sebelah dieratkan.

Berwalikan adiknya, Akif dia kini sah bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang jauh beza darjatnya berbanding dirinya namun dia mencintai lelaki itu. Daniel turut mencintainya, itu hal yang terindah telah menjadi kenyataan yang selama ini hanya bermain di alam mimpi.

Dua minggu yang lalu, Jane gelisah kerana waktu untuk Daniel pulang ke KL semakin menghampiri. Kepada mak, tentang lamaran lelaki itu dinyatakan dan ternyata mak sangat berkenan untuk bermenantukan Daniel.

Pada malam sebelumnya, solat istikarah telah dilaksanakan namun tempohnya amat singkat untuk memberi jawapan kepada lelaki itu. Jane masih buntu jawapan tetapi mak ada untuk menenangkan.

Ketika itu, tangannya digenggam erat oleh mak.

"Siapa jodoh kita memang kita tak tahu, tapi ada tanda untuk kita jelas tentangnya," ujar mak.

"Apa tandanya mak?"

"Cuba tanya hati. Adakah bila kamu dengan dia, kamu rasa selamat? Adakah dia buat kamu rasa tenang dalam setiap keadaan? Adakah dia rela terima kamu sebagai pasangan hidupnya?"

Tangan Jane naik menyentuh dada. Kerana hatinya mula rasa berdebar. Setiap soalan itu ditanya dalam hati dan benar semua jawapannya adalah ya.

Daniel buat dia rasa selamat. Daniel buat dia rasa tenang. Daniel tidak pernah hina masa silamnya. Dan... Daniel pernah luah perasaan padanya.

Tatkala itu dia berdiri. Telefon mula mendail nombor telefon lelaki itu kerana waktu sudah menginjak ke senja. Mak ketika itu hanya tersenyum setelah melihat Jane kelam kabut mencapai kotak cincin dan terus berlari menuruni anak tangga rumah. Moga tepat jodohmu anakku. Doanya.

"Daniel!" jerit Jane ketika melihat Daniel sudah menunggu di pantai.

Daniel menanti dengan penuh debaran bersama harapan agar Jane menerima lamarannya namun senyumannya kendur pabila mendapat huluran kotak baldu daripada gadis itu lebih-lebih lagi setelah melihat jari manisnya yang masih kosong.

Jane mengawal pernafasan. Penat dia berlari selepas turun dari motorsikalnya.

"Daniel... saya..."

"Saya faham Jane," ucap Daniel lirih.

"Hah?" Jane pelik.

"Saya faham awak tolak lamaran saya."

Jane mengeleng kepala laju. " Siapa cakap saya tolak?"

Daniel beriak aneh. "Tapi awak tak pakai cincin tu."

Jane tersenyum lucu. Tangan mula mengeluarkan cincin belah rotan tersebut dan menayangkannya di hadapan Daniel.

"Saya tak nak pakai sekarang, saya nak awak yang sarungkan cincin ni pada hari pernikahan kita nanti." Bibir dikemam menahan malu. Pipi kebas.

Daniel tergamam sekejap namun tidak lama kemudian dia memusingkan diri daripada menghadap Jane membuatkan gadis itu kehairanan.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now