♤ BAB 7 ♤

124 12 0
                                    

SUASANA rancak di kelab malam Hondae Aurora di Gangnam itu tidak sedikitpun mendatangkan ghairah di hati muda Jane. Dia keresahan. Tangan asyik bermain-main dengan kuku palsunya. Hiburan yang tersaji di kelab malam itu sangatlah tidak munasabah di fikirannya!

Dari awal dia melangkah masuk ke kelab ini, hatinya terasa jelik. Benci dengan pemandangan yang terhidang di hadapan mata.

What an eyesore! 

Sebuah booth yang tidak sepatutnya diadakan! Marketing apa lah yang mereka cuba sampaikan? Jane bingung. 

Sebuah booth dinamakan Free Hugs Booth berkonsepkan untuk memberi peluang kepada semua pengunjung kelab memeluk seorang lelaki dan seorang wanita yang ditugaskan memakai pakaian menjolok mata!

Diutamakan kepada mereka yang tidak mempunyai pasangan. Tidak masuk akal langsung! Mana perginya akal waras manusia? 

Tambahan pula, perempuan dijadikan hamba seks dan tengoklah betapa galaknya para lelaki tidak segan silu menyentuh sana-sini. Macam tidak bertamadun. Bergoyang sakan menikmati lagu rancak yang didendangkan oleh Dj club itu. 

Lagu bad boy nyanyian Billie Eillish yang disajikan menambahkan lagi keghairahan pengunjung. Tengoklah betapa terkinja-kinjanya mereka menari. Sakan!

Minuman alkohol tak usah dikata, berpuluh-puluh botol memenuhi meja. Air kencing syaitan itu diteguk rakus bagaikan tiada hari esok! 

Yang paling menghibakan hati Jane adalah apabila hampir kesemua pengunjung kelab itu terdiri daripada golongan belia! Mesti masuk club dengan fake ID ni! 

Apa hendak jadi dengan dunia ini? Sepatutnya, waktu umur mereka begini seharusnya berada di ruangan pengajian tak pun bersama keluarga di rumah.

Tidak kiralah di mana sama ada di Korea ataupun di Malaysia, masalah sosial ini tetap menjadi isu yang hebat sering diperdebatkan! Kata orang dia pun sama! Dia lain. Dia rela dalam terpaksa.

Punggung terasa kebas dek terlalu lama duduk di kerusi yang disediakan di kelab itu. Helmi yang mengarahkannya supaya tetap di situ sehingga ada yang datang menjemput. 

Tanpa memesan apa-apa dia menunggu kebosanan. Ada tugasan besar yang harus dia lunaskan dengan cemerlang pada malam ini. Dan hatinya memang tak ikhlas langsung saat ini.

Menurut Helmi, dia harus melayan seorang ahli perniagaan muda berbangsa Korea. Tajaan perhiasan seluruh tubuhnya sekarang ini adalah seratus peratus ditanggung lelaki itu. Bagaimana Helmi berurus niaga pun dia tidak tahu. 

Kata Helmi, lelaki itu adalah antara ahli perniagaan muda di Korea ini. Kiranya, golongan VIP aka Chaebol yang harus Jane layani bagaikan raja. Hati Jane ralat.

Kenapa harus dia? Kenapa bukan orang lain? Kalau begini, makin bertambah-tambahlah saham dosanya!

Pakaian yang tersarung di tubuhnya dipandang dengan perasaan berbelah bahagi. Lawa dress itu. Tetapi sedikitpun hati tak rela. Cukup seksi dia pada malam ini. 

Apa yang dikerjakan sekarang semata-mata kerana mak dan adik-adik! Ya, dia tahu niat tak menghalalkan cara tapi apakan daya? Tak ada apa yang boleh dilakukan selain kerjakan juga perkara itu. Nak lari? Maut di hadapan menanti!

Dress hitam tanpa tali cukup mendedahkan bahu dan lekuk belakang tubuhnya yang putih melepak ditambah pula dengan gaya rambutnya disanggul tinggi menampakkan lagi lehernya yang jinjang.

Walaupun labuh paras betis namun potongannya sangat ketat malah terdapat belahan pada sisi dress tersebut yang mampu mendedahkan pahanya. 

Warna dress yang hitam sangat kontra dengan warna kulitnya sememangnya cukup untuk melemahkan pandangan mata lelaki-lelaki di kelab itu tidak kira usia. Menggoda sekali dia pada malam ini.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now