♤ BAB 41 ♤

46 3 0
                                    

JANE menunggu dalam debar. Diri sekarang berada di penjara di mana Helmi ditempatkan. Tangan menongkat dagu menunggu ketibaan lelaki itu. Banyak benda yang hendak ditanya dan diluahkan pada lawatannya hari ini.

Mujurlah, dia diberi izin dan jaminan oleh pihak Datuk Lim sendiri yang membolehkannya menjejakkan kaki ke penjara tersebut.

Kes mereka masih dalam siasatan. Mahkamah belum menjatuhkan apa-apa hukuman kepada pihak jenayah. Jane mengeluh lemah.

Pasti. Pasti Helmi menyorokkan hal sebenar tentang Kingen. Terlalu tinggikah tingkat kesetiaan Helmi terhadap penaungnya itu?
Adakah Kingen terlalu berbahaya orangnya?

Itu Jane masih tidak tahu. Hari ini, segala-galanya perlu didedahkan oleh Helmi. Hanya Helmi. Jika tidak, di mana lagi dia hendak mendapatkan maklumat tentang Kingen? Sedikit informasi sudah memadai. Bolehlah dia berwaspada di kemudian hari. Jane yakin kejahatan mereka semua ini akan menemui jalan penamatnya.

Helmi tiba dengan senyuman sinis. Sebelum masuk ke dalam bilik lawatan itu, dia sudah nampak siapa pelawatnya. Tangannya bergari dan diiringi seorang pegawai bertugas namun wajah jelas masih sombong dan bangga.

Jane membetulkan posisi tubuhnya. Mata memerhati tajam setiap langkah Helmi sehinggalah lelaki itu selamat duduk di hadapannya. Kedudukan mereka dipisahkan dengan dinding berkaca yang dilengkapi lubang pendengar. Hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik tersebut sambil dipantau pegawai penjara dari luar.

Helmi menyandarkan badan pada kerusi. Senyuman sinisnya masih tidak lepas. “Rindu aku, sweetheart?”

Wajah Jane tidak beriak mendengarnya. Telinga sudah lali. “Kau tahu benar kenapa aku nak jumpa kau. Aku nak tahu semua pasal Kingen!” Dia malas nak berbasa basi.

Ketawa Helmi lepas. Kepala dipanggung memandang tepat ke arah Jane. “Kingen? Haa... apa yang buat kau yakin sangat yang aku akan bagitahu semua pasal dia?”

Jane tarik nafas perlahan. “Aku tahu dia dalang semua ni. Kenapa kau nak kena sorok pasal dia daripada polis? Kau sanggup tanggung semua hukuman sedangkan dia masih bebas? Aku tak tahu kau ni buat-buat bodoh atau kau memang bodoh, Helmi. Kalau kau bagitahu aku atau polis pasal Kingen tu, aku yakin hukuman kau takkan berat sangat!” beritahu Jane. Cuba memancing Helmi untuk berterus terang.

Tawa Helmi mati. Tajam mata memandang Jane. “Aku tak tahu apa-apa pasal Kingen,” katanya bersahaja. Tubuh kembali bersandar.

Jane mengenggam penumbuk. “Kau masih nak sorok hakikat pasal dia? Kau tak kisah pasal hidup kau ke Helmi? Kau sedar tak yang Kingen dah gunakan kau! Kau sedar tak?” Jane separuh menjerit. Geram.

Helmi buat-buat tidak dengar. “Kau bawak vape tak? Aku haus!” pintanya selamba.

Jane pejam mata. Dia sudah hilang sabar. Apa yang menghalang Helmi untuk berterus terang pun dia tidak tahu. Sayang sangat pada Kingen dia tu!

Hati kembali bertenang. Susah macam mana pun dia kena dapatkan serba sedikit maklumat tentang Kingen. Hari ini juga!

“Aku tanya sekali lagi. Siapa Kingen tu? Siapa sebenarnya dia? Apa yang dia dendam sangat dengan aku?”

Keteguhan Helmi masih utuh. Kali ini dia buat-buat korek telinga pula. “Aku dah kata aku tak tahu apa-apa pasal Kingen tu. Ish, bosanlah!”

Kesabaran Jane semakin tipis. “Fine! Kalau macam tu, kau bagitahu aku, kenapa harus aku? Kenapa kawan sepermainan kau ni kau hancurkan? Apa kehendak Kingen sampai gunakan kau untuk balas dendam pada aku? Kau kena ugut dengan dia ke Helmi? Bagitahu aku hal sebenar!” gesa Jane.

Kali ini, Helmi kembali tertawa. “Aku gunakan kau untuk aku naik aje. Ana, kau tak lebih macam anjing pada aku! Kalau kau takde, kerja aku semua ni takkan hebat sampai ke sini!” jelas Helmi sinis.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now