♤ BAB 33 ♤

69 4 0
                                    

DANIEL merenggangkan otot dan sendi-sendinya di seluruh badan. Letup-letupkan jari. Membetulkan urat-urat leher sebelum dia buka kekuda Muai Thainya. Dia sudah bersedia untuk menerima apa-apa sahaja serangan daripada lawannya, Bonny. Daniel senyum sinis sebelum tangannya mengajak lawan untuk masuk gelanggang.

Bonny juga sama. Menumbuk-numbuk genggaman tangan kanannya ke dalam telapak tangan kiri. Dia menjerit keras sebelum menolak kuat penumbuknya ke arah wajah Daniel.

Daniel tangkas menggelak ke bawah lengan Bonny itu. Sekarang Daniel! Sebelum dia pusing balik. Jeritnya di dalam hati.

Kaki kiri dibuka ke arah jam sepuluhnya lalu kaki kanan yang di belakang diangkat tinggi. Dengan kekuatan tulang kering kakinya, dia menyepak kencang belakang bahu Bonny.

Daniel senyum puas tatkala melihat Bonny menggosok bahunya sendiri. Mesti sakit.

"Itu baru sikit!" getus Daniel selamba.

Dalam menahan sakit, mata Bonny sudah membuntang marah. Dia bangkit dan terus mara lagi. Daniel juga menunggu.

Bonny lancarkan serangan dengan tujahan tumbukan sekali lagi. Berkali-kali tangannya menghayun kuat untuk menyentuh wajah Daniel.

Daniel tidak kalah untuk menepis. Muka jangan main! Bisiknya.

Sesekali dapat juga dia rasa tumbukan daripada Bonny itu. Di cuping telinga. Di bahu. Dia masih menjaga wajahnya dari sebarang celaan. Ketika ada ruang, Daniel masuk. Begitu juga Bonny. Skala kekuatan mereka sekarang adalah sama.

Sementara itu, Ha-joon menggunakan kedua-dua kakinya untuk melompat tinggi. Lompatan itu memberi nyawa pada kaki kanannya untuk laju keluar menendang perut John yang sudah terbuka ruang.

Saat kakinya sedikit sampai, John telah berjaya mengurung kaki kanannya itu dengan menggunakan tangan. Terus kaki kanan Ha-joon digunakan untuk memusing kuat tubuh itu sehingga Ha-joon terhenyak ke dinding.

"Argh!" Ha-joon mengaduh sakit belakang. Kuat betul hentakkan itu. Tetapi dia tidak tunggu lama dan terus bangun untuk menyerang balas.

Kedua-dua tangannya digunakan untuk menumbuk pula. Kali ini, dada John jadi pilihan. Ke kiri dan ke kanan tangannya bergerak tetapi tetap berjaya ditepis John.

Berbalik kepada Daniel. Daniel menggunakan kekuatan otot pinggangnya untuk menendang pinggang Bonny. Dalam masa yang sama tangan bergerak menepis setiap kemaraan tumbukan Bonny.

Pinggang Bonny sudah ditanda dengan mata tajamnya. Nampak sahaja peluang, kaki mula diangkat untuk menendang pinggang kanan lawannya itu. Terdorong Bonny ke kiri ketika menerimanya. Tika itu juga, Daniel melihat Ha-joon yang terhenyak ke dinding.

"Ha-joon kau okay, tak?" jeritnya bertanya.

Ha-joon hanya angkat kening dan pamer senyum sinis.

Hmmm... Okay la tu kut! Cetus hati Daniel. Dia kemudian kembali untuk fokus kepada Bonny. Namun begitu, sebaik sahaja pusing, telah singgah sebuah tumbukan ke tulang pipinya. Kali ini, dia pula yang terkebelakang.

Daniel mengerang kesakitan. Rasa hanyir darah telah menyentuh lidah. Bibirnya pecah berdarah. Dia mengumpul kesemua darah itu di dalam mulut lalu meludahnya ke sisi. Tangan menyentuh bibir. Peritnya rasa!

"Boleh tahan!" ujarnya.

Daniel kumpul semula kekuatan. Dah cakap muka jangan dibuat main!

Melihat Bonny sudah bersedia menunggu di hadapan membuatkan darahnya semakin mendidih. Daniel menyalurkan nafas di lutut kakinya. Terus kakinya menyentak laju dan berlari ke arah Bonny yang sedang tersenyum sinis.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now