♤ BAB 62 ♤

79 3 0
                                    

KELOPAK mata dibuka perlahan. Pinggang terasa berat ditindih oleh tangan seseorang. Jane terasa seram pada awalnya namun dia mula sebak setelah hidungnya tercium bau wangian suaminya. Bauan minyak wangi Paco Rabanne-Invictus, sentiasa membuatkan dia tenang dan nyaman.

“Hmm, sayang Jannah Abang ni,” rengek Daniel tiba-tiba membuatkan air mata Jane tidak tunggu lama untuk mengalir. Terasa hangat ciuman Daniel singgah pada rambutnya. Benarkah suaminya ada di belakangnya sekarang?

“Abang rindu sayang,” ucap Daniel lunak bersama tangan memeluk erat tubuh isteri.

Jane masih keras namun dia teresak bisu. Benarlah suaminya sudah datang.

Daniel yang perasan akan tangisan isterinya itu mula memusingkan tubuh itu mengiring berhadapan dengannya. Tangan naik mengesat air mata di pipi gebu itu.

Mata Jane berkaca-kaca tetapi wajah suaminya sekarang sangat dia rindui. Namun, kepalanya teringat tentang berita yang dia bakal berkongsi Daniel dengan orang lain. Dan lantas itu, dirinya terus bangun terduduk. Menyeka air mata dengan laju.

Daniel terpana dengan tingkah Jane. Terus dia juga terbangun. Wajah Jane yang menunduk dicari.

“Bila awak sampai?” soal Jane tanpa nada dengan suara yang serak.

Daniel semakin terkejut. “Sayang, ni abang sayang!” ujarnya kerana aneh mengapa Jane menukar panggilan.

“Saya nak mandi.” Jane tidak menjawab soalan Daniel lantas dia bangun mencapai tuala untuk ke bilik air memandangkan lagi beberapa minit waktu subuh.

Daniel termangu dan keliru. “Sayang marah abang?”

Jane masih diam dan terus hilang ke bilik air. Di dalam bilik air itu, dia longlai dengan sendirinya. Menangis kerana sedar diri yang bukan hanya dia yang bertahta di hati Daniel kini.

●●●●●

“MAKAN pulut bakar ni, Daniel. Mak baru beli. Makan panas-panas sedap! Nak-nak lagi kalau kena dengan air kopi.” Mak menolak perlahan pinggan yang terisi pulut bakar itu ke hadapan Daniel. Bibir menguntum senyum.

Menantunya itu nampak tidak sabar sangat ketika tiba pada jam empat pagi tadi. Mujurlah dia bangun untuk solat tahajud, jika tidak Daniel pasti terpaksa menunggu matahari meninggi baru dapat berjumpa dengan isterinya.

“Sedap ni!” kata Daniel lalu mencapai pulut tersebut dan memasukkannya ke dalam mulut. Sambil-sambil itu mata mengerling Jane di sebelah.

Isterinya sedang menuang air kopi ke dalam cawan untuknya namun wajah itu masih tanpa riak. Sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab.

“Ana, nanti bawaklah Daniel ke pantai. Daniel pun dah lama tak ke pantai tu.”

Mak cuba merapatkan semula hubungan suami isteri itu. Dia tahu yang anaknya terluka tetapi mesti ada sebab menantunya juga bertingkah begitu.

Jane tersenyum pendek. Diri lantas bangun untuk ke bilik tidur namun terhenti setelah mendengar ada orang memberi salam. Mujur dia memakai tudung sekarang kerana dirasakan tetamu yang muncul itu merupakan Kang Ha-joon.

“Assalamualakum... mak, laparnya!” Serentak kelihatan tiga figura lelaki menerjah masuk ke ruangan dapur.

Mak menggeleng kepala melihat anak kembarnya lencun dengan peluh larian. Dia turut melemparkan senyuman kepada Ha-joon.

Kedua kembar itu juga telah hilang untuk membersihkan diri.

Daniel yang melihat Ha-joon memang jelas terkejut. Sejak bila lelaki itu ada di sini? Pantas wajah Jane dicari. Semerta wajahnya berubah dingin.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now