♤ BAB 27 ♤

55 5 0
                                    

JANE menolak daun pintu apartmennya perlahan berniat agar tidak mengeluarkan bunyi yang kuat kerana dia pasti rakan serumah masing-masing sudah beradu memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 1.45 pagi. Sebaik sahaja menekan suis lampu, hampir luruh buah jantungnya tatkala melihat Helmi yang sedang berdiri bersandar di dinding bersebelahan rak kasut mereka.

Jane panik. Automatik tangan memegang dada. Dia tertanya-tanya akan tujuan Helmi menjenguknya pada malam hari sedangkan esok pagi adalah hari sepatutnya dia dibawa pergi. Helmi yang dilihat masih dalam keadaan diam namun Jane boleh rasa api kemarahan.

“Kau buat apa kat sini Helmi?” soal Jane selepas berjaya mengumpul sel-sel ketenangan dan keberanian.

Helmi herot senyum sinis.

“Kau rasa?” soal Helmi dengan nada mendatar.

“Err, kau nak bawa aku pergi dah ke? Bukan pagi esok ke?”

“Ada orang lupa apa yang dia dah janji dengan aku.” 

“Err... Siapa?” Jane buat-buat tidak faham. Faham benar apa yang dimaksudkan lelaki itu. Pasti Helmi dan konco-konconya telah lama mengesan kehadiran Daniel dan Kang Ha-Joon di sisinya.

“Kau bodoh atau kau buat-buat bodoh?” jerkah Helmi kuat. Sudah tidak peduli lagi tentang jiran-jiran apartmen yang lain.

“Bukan seorang. Tapi dua jantan kau angkut! Kau nak dedahkan semuanya pada diorang ke? Kau tak kisah ke kalau aku lakukan apa-apa dekat diorang? Dekat mak kau? Kau tak kisah?” sambung Helmi dengan leher Jane sekali lagi menjadi mangsa cekik tangannya.

Sememangnya tubuh Jane yang ringan terasa terbang selepas lehernya dicengkam besar oleh tangan kasar Helmi. Jane meronta-ronta. Boleh rasa nafas sukar ditarik. Air liur di tekak tak terasa mudah untuk ditelan. Benar, Helmi telah dirasuk.  

Mata Helmi merah melepaskan kemarahan. Kalau boleh detik itu juga dia ingin tamatkan riwayat Jane tetapi Helmi sedar yang jika Jane tewas pada saat itu, nyawanya juga melayang. Atas dasar apa, Jane tidak boleh dihapuskan. Gadis itu seakan-akan mendapat naungan bosnya sendiri. 

Helmi melepaskan Jane yang semakin lemah.

“Kau siap sekarang! Bawa beg kau, aku tunggu dekat luar.”

Jane meraba-raba lehernya. Perit rasa dicekik masih belum hilang sudah mendapat arahan yang sukar untuk difahamkan.

“Siap sekarang? Kita nak pergi mana gelap-gelap masa ni?” soal Jane terketar-ketar.

“Ke tempat yang sepatutnya kau pergi.”

No!” jerit Jane. 

“Kau jangan nak melawan.”

Air mata Jane laju merembes keluar. 

“Bukan sekarang. Tolonglah!” jerit Jane lalu kaki Helmi dipegang bagi merayu agar tidak membawanya pergi. Bukan untuk saat tersebut. Helmi perlu bagi peluang untuk dia jumpa rakan serumahnya buat kali terakhir.

Helmi mendengus kasar. Rayuan Jane tidak dia hiraukan. Kaki menolak kasar tubuh Jane yang teresak menangis.

Helmi meluru laju ke bilik Jane. Dicapai bagasi yang sudah terisi pakaian di atas katil. Helmi menarik bagasi empat roda tersebut dan segera menarik kasar lengan Jane agar bangun mengikutinya. 

●●●●●

“ANA! Lari! Jangan tengok belakang. Terus lari. Tinggalkan aku! Kau kena selamat.”

“Aku tak nak tinggalkan kau, Kinah!” raung Jane. Tangan mengenggam erat tangan sahabatnya itu namun Sakinah tetap menepis kasar. 

“Helmi dah dekat! Aku dah tak larat,” ucap Sakinah sambil mata ke perut.

| C🐧|TOGETHER Donde viven las historias. Descúbrelo ahora