♤ BAB 19 ♤

83 9 0
                                    

DANIEL mengangkat kedua bahu gaya tak tahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DANIEL mengangkat kedua bahu gaya tak tahu. Sengaja mendera perasaan gadis itu.  

“Daniel, jangan ikut saya lagi! Keputusan saya takkan berubah!” Jane beri amaran.

“Saya tak ikut awak. Saya pun tinggal sini.” Daniel jawab tanpa riak. Mata mengisyaratkan bangunan di hadapan mereka. Dia kembali bersilang tangan di dada.

Dahi Jane berkerut seribu. 

“Awak duduk rumah Melisa, ex girlfriend awak tu?” Jane bertanya langsung.

Kali ini, Daniel pula mempamerkan wajah pelik. Matanya tajam memandang Jane.

“Macam mana awak tahu Lisa pernah tinggal dekat sini dulu? Saya rasa saya tak pernah cakap pasal tempat tinggal Lisa pada awak. Adakah awak...” 

Daniel sengaja melambat-lambatkan bicaranya. Tubuh Jane mula menggeletar.

“...dengar kitorang bergaduh hari tu? Jadi, memang dari awal awak tahu pasal kita orang?” 

Dush!!! 

Tepat betul tekaan Daniel menusuk ke hati Jane. Mulut dah terlopong luas. Spontan mulut ditutup dengan tangan kecilnya.

Membimbingnya daripada mempamerkan reaksi yang lebih pelik. Dia sedar yang dia dah terlepas bertanya. Hati menjerit kesal.

“Err... err...” Jane jadi gagap dibuatnya. Tubuh sudah dalam keadaan tak tentu hala.

Daniel menanti dengan penuh minat akan ayat yang bakal keluar dari mulut kecil itu. Urat bibir cuba dikawal daripada membentuk senyum. Hakikat sebenar dia tidak kisah pun, saja dia ingin mengusik si gadis.

Jane menunduk merenung selipar putih di kakinya. Malu tempoh hari kembali menerjah ke pipi. Panas pipinya terasa. Macam manalah aku boleh terlepas cakap? Gerutunya dalam hati. 

Jane akhirnya menarik nafas dalam-dalam, bersedia untuk berkata jujur. Wajah Daniel kembali menjadi tatapan

“Saya nak min...” Belum sempat Jane meneruskan kata, ada tangan kekar yang terlebih dulu menariknya dari belakang. 

Sesaat. Jane terasa wajahnya terhenyak ke dada yang terasa bidang. Erat. Tubuhnya terasa ketat dalam lingkaran tangan itu. Dapat Jane dengar jelas irama yang berdetak hebat yang hadir dari dada lelaki yang memeluknya. 

Hampir 30 saat juga Jane dalam keadaan begitu. Perlahan-lahan dia mengangkat wajah untuk melihat siapa gerangannya.

Dia? Jane terkelu.

Daniel tak usah dikata. Bara api sudah terasa di kepala dek memandang perilaku lelaki itu yang tiba-tiba. Pantas tangan Jane ditarik dari terus berada dalam pelukan lelaki tersebut. Tangan yang terkepal buah penumbuk, bila-bila masa sahaja boleh dia lepaskan. 

“Kau buat apa dekat sini?” Daniel bertanya keras selepas berjaya menarik Jane ke belakang tubuhnya. Dia menghalang jarak antara Jane dan lelaki itu.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now