♤ BAB 34 ♤

55 4 0
                                    

DIA tidak rasa sakit pun. Dia tidak rasa ada apa-apa yang menyapa. Dia membuka mata. Melihat ke sekeliling. Keadaan masih sama seperti tadi. Tetapi dia tidak mati.

Dia... Masih... Hidup.

Daniel masih bernafas!

Ha-joon juga terkejut melihat ke arah Daniel. Daniel masih hidup. Jadi, tembakan itu kepada siapa?

“Argh!!! Tangan aku!” Helmi menjerit kuat ketika melihat tangannya berlumuran darah. Menitis-nitis ke lantai. Pistol sudah terbang ke lantai. Helmi terduduk.

Eva yang melihat menjerit ketakutan. Dalam takut-takut itu, dia cuba mencari kain untuk membalut tangan Helmi yang telah berkecai.

Daniel pandang Bonny yang ralit memerhati bosnya yang terluka. Tidak menunggu lama, lalu kaki kanan diangkat tinggi dan terus menujah kuat belakang leher Bonny. Cukup kuat untuk menidurkan Bonny dalam beberapa jam.

Ha-joon juga sama. Dia nampak peluang di depan mata. John tidak lagi meletakkan daya tinggi ke atas belakang badannya. Dia pun terus berpusing lalu memeluk kaki lelaki itu.

Sesaat, John telah tumbang, Ha-joon mengeraskan kepalanya lalu menanduk kuat kepala John. Cukup kuat untuk memberi rasa pening yang melampau. Akhirnya, John pengsan dengan mata terbeliak menampakkan mata putihnya sahaja.

Daniel dan Ha-joon berpandangan sesama sendiri. Mengangguk serentak dan terus langkah dipasang untuk mendapatkan Jane yang sedang menangis menekur lantai.

Kemaraan anak-anak buah Helmi yang lain bagaimanapun menyekat mereka untuk terus bergerak. Daniel dan Ha-joon mula bersatu untuk tumpaskan lawan.

“Alex! Daniel! Pergi selamatkan kawan kau tu. Biar aku dengan Jang Nai settle dekat sini!” jerit satu suara.

Mendengarkan itu, Daniel dan Ha-joon terpana. “Leng Hor! Jang Nai! Korang datang?” jerit Ha-joon suka. Daniel juga senyum. Bantuan telah sampai! Bisiknya.

Leng Hor memapah Jang Nai yang kakinya telah tempang. Mereka sedang berdiri dengan bergayanya di muka pintu, tersenyum megah. Nasib baik mereka cepat sampai, jika tidak pasti Daniel tidak tertolong.

30 minit yang lalu selepas Leng Hor berjaya menumpaskan lawan sepadannya di aras satu, dia terus berlari untuk mencari Jang Nai. Di setiap jalan yang dilalui, ramai anak buah musuh telah berjaya ia bunuh bersama pertolongan anak buahnya yang masih tersisa.

Usai memastikan tiada lagi musuh, terus Jang Nai dijejaki. Cari punya cari jumpalah orang kanannya itu di sebuah bilik yang tertutup rapat di aras ketiga bangunan. Apalagi, terus dia rempuh kuat pintunya dan menyelamatkan Jang Nai serta anak buahnya yang lain.

Dia papah Jang Nai menuju ke tempat Daniel dan Ha-joon. Jang Nai lah yang tunjukkan jalan.

Sampai-sampai sahaja, sudah terhidang di depan mata, Helmi memegang pistol untuk menembak Daniel. Menyorok sebentar mereka di sebalik dinding.

Leng Hor juga sudah bersedia dengan pistol di tangan. Nampak sahaja tangan Helmi hendak menarik picu, dia tidak segan silu terus menembak tepat pada tangan Helmi. Dan di sinilah dia sekarang.

“Dah! Kau pergi sekarang! Tunggu apa lagi?” jerit Leng Hor apabila melihat kedua lelaki itu masih berlengah-lengah.

Ha-joon dan Daniel mengangguk laju.

Leng Hor dan Jang Nai serta anak buahnya kembali beraksi. Menumbuk, menendang dan menyepak serta menampar lawan yang tiba.

Leng Hor senyum puas. Senang sahaja kali ini, sebab tidak sekuat lawannya yang di bawah. Wajah lawannya itu telah pecah teruk akibat senjata besi buku lima yang dia gunakan. Kali ini juga sama digunakan untuk lawan yang ramai.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now