♤ BAB 35 ♤

71 6 0
                                    

DAEGU, KOREA: Pihak polis dan pasukan S.W.A.T menyelamatkan 18 wanita, sembilan lelaki dan 11 kanak-kanak warga asing yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di dalam sebuah bangunan terbiar di hutan terpencil, Daegu. 

Ketua Polis Daerah Daegu, Superitenden Jeong Tae Hyun berkata pihak mereka bekerjasama dengan pasukan S.W.A.T negara telah melakukan serbuan ke sebuah bilik bawah tanah yang terletak di dalam bangunan terbiar tersebut. Seramai 63 orang suspek, 9 orang daripadanya diberkas, manakala lagi 54 orang telah ditemui mati. Segala senjata dan barangan mewah yang digunakan dalam aktiviti itu turut dirampas.

Menurut beliau, serbuan telah dilancarkan susulan menerima laporan daripada seorang lelaki warganegara Malaysia pada jam 2.30 pagi mengatakan bahawa ada kegiatan yang mencurigakan dikesan di dalam hutan tersebut. Beliau juga turut sertakan bersama koordinat tepat lokasi jenayah itu dilakukan. Turut bersama membantu ialah seorang lelaki warganegara dan seorang lelaki warganegara Malaysia serta ahli kongsi gelap Cina. Dilaporkan juga bahawa lelaki tempatan itu telah dikejarkan ke hospital kerana terkena tembakan di perutnya. Seramai 32 daripada 50 ahli kongsi gelap itu juga ditemui mati manakala selebihnya ditahan untuk siasatan lanjut.

Mangsa-mangsa yang diselamatkan berusia lingkungan 10 hingga 30 tahun. Ekploitasi seks wanita mendominasi carta dalam kes pemerdagangan manusia kali ini. Kanak-kanak pula menjadi mangsa penjualan organ dalaman manakala lelaki dipaksa kerja buruh tanpa dibayar gaji.

Siasatan awal ke atas semua mangsa mendapati semua suspek adalah ejen pekerja warga asing yang telah menjanjikan pekerjaan dengan gaji yang lumayan dan kerja yang efisien. Katanya dalam kenyataan hari ini.

Jeong Tae Hyun berkata hasil siasatan mendapati dalang kejadian pemerdagangan manusia merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia. Mangsa pelbagai negara bagaimanpun telah dibawa ke pusat tahanan negara untuk perlindungan sementara sebelum dibenarkan pulang. - Seoul Press

   

Debap!

Tablet jenama apple sudah selamat mendarat di lantai. Tinted kacanya berkecai. Kepalan tangan menumbuk meja kaca sekali terus sahaja retak. Darah yang menitis-nitis hanya diberi tumpuan kosong. Dada berombak api menyalurkan ke mata memaparkan hidangan bengis di wajah. Nafas entah bila nak stabil. Dia sedang rasa marah. Kingen sedang marah!

Lelaki bersuit hitam di hadapan sudah kecut hati dan jantung. Bila-bila sahaja dia boleh longlai mencium lantai. Sungguh! Hatinya seram memandang Kingen. Berpeluh-peluh dia. Kalau tahu begini kejadiannya, tidak akan dia sua tablet bertulisan berita itu kepada Kingen.

“Macam mana boleh kantoi? Orang kau tak reti buat kerja ke apa ni?”

Kingen sudah menyinga. Rahangnya tegang. Butang kemeja atas dibuka kasar. Panas betul hati yang sedang bersenang-senang menanti kepulangan Nurul Jannah eh, malah berita yang tidak sedap sampai dahulu. Hancurlah empayarnya jika Helmi buka mulut.

“Err... macam yang dalam berita tu tulis bos. Ada yang tolong Cik Jannah. Saya dapat tahu diaorang bawa geng pergi serang. Lepas tu, bos kedua gunakan semua anak buah kita yang ada dekat sana. Bos kedua pun dah kena tangkap!” jelas anak buahnya takut-takut.

Kingen menumbuk meja sekali lagi. Kali ini pecah kaca meja itu.

“Tak guna kau Helmi. Aku dah cakap bawak balik terus! Yang kau pergi layan binatang-binatang tu dah kenapa?” marahnya. Dah elok-elok boleh settle sekejap pergi lengah-lengah buat apa? Pantang betul aku! Gerutu hatinya.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now