♤ BAB 20 ♤

79 6 0
                                    

“SIAPA yang kau borak tadi Ana? Kawan lama kau ke?” Saleha menerjah soalan sebaik sahaja terpandangkan Jane melangkah masuk ke dalam apartmen. Tangan Jane, Saleha tarik dan gadis itu dibawanya duduk di sofa.

Jane diam sahaja. Dia masih dikuasai dengan lafaz rindu yang tiba-tiba daripada Ha-Joon. Dah terjatuh hati ke?

Bukan. Jane, saat ini terasa kusut. Kenapa lelaki itu dengan beraninya meluahkan rasa rindu kepada wanita seperti dia? Soalan itu yang berlegar-legar di dalam fikirannya. Jane bukan malu akan tetapi dia rasa tidak layak untuk menerima sebarang perasaan romantik daripada sesiapa.

Saleha memandang Jane dengan penuh tanda tanya. Kawan serumahnya itu sudah kenapa? Balik-balik terus lagaknya bagai zombie. Lemau semacam.

Saleha melambai-lambai tangannya di hadapan wajah Jane setelah melihat gadis itu ibarat roh terpisah dari badan.

“Ana, kau dah kenapa? Tak jawab lagi soalan aku!”

Jane masih tidak menjawab. Fikirannya terlalu penuh dengan persoalan mengenai lelaki yang melafazkan rindu kepadanya tadi. Macam mana nak reject? Ah! Jane tidak pernah berpengalaman menolak sesiapa dalam hidupnya! Dia buntu.

Saleha pula makin geram. Nampaknya teman serumahnya itu minta dia main kasar. Dalam kiraan tiga, tangannya mengoncang kuat tubuh Jane. Memanggil semula roh gadis itu. Menyedarkan semua khayalannya. Dan... Saleha berjaya.

“Eish, Leha kau ni dah kenapa? Tersampuk?” Jane akhirnya bersuara. Menerima goncangan daripada Saleha telah memusingkan kepalanya sekali. Pening dibuatnya.

“Eh, eh, kau! Kata orang tersampuk. Kau tu mengelamun sampai tak ingat dunia! Aku tanya pun tak jawab!” marah Saleha.

“Ye ke? Hehehe... sorry, kau tanya aku apa?” Jane tersengih-sengih bersalah.

Saleha mengeluh berat. Ni yang malas nak ulang tayang soalan ni!

“Tadi tu kau berbual apa dengan mamat hensem tu? Lama giler!”

“Mamat hensem? Siapa? Yang mana satu?” tanya Jane kalut.

Saleha mengecilkan pandangan. Budak ni ‘sesuatu’. Fikirnya. “Banyak betul mamat hensem yang kau jumpa hari ni sampai-sampai tak tahu yang mana satu?”

Jane buat-buat garu kepala.

“Erk, sorang aje!” bohong Jane saat dia menyedari situasi. Takkan lah aku nak bagitahu yang aku ada jumpa mamat Korea sekali. Kang tak pasal-pasal Leha tanya aku banyak soalan. Eish, aku nak lupa... nak lupa! Jerit hatinya. Jane betul-betul nak lupakan pasal Kang Ha-Joon.

“Jadi, siapa mamat yang kat kedai tadi? Hensem giler!” Mata Saleha sudah bersinar-sinar.

“Oh, dia tu lah yang buat aku tak balik seharian hari tu!” jelas Jane.

“Orang sini?” soal Saleha.

“Orang kita,” jawab Jane lemah.

“Waw, orang kita bukan dongeng hensemnya! So, dia nak apa daripada kau? Dia ada buat jahat ke? Tapi berdasarkan first impresion aku, dia nampak baik aje. Wei, cakap lah dengan aku dia buat apa jumpa kau? Dia jatuh cinta dengan kau ke?” Macam peluru Saleha menembak soalan.

“Kau jangan nak buat andaian ya. Takde hal perasaan pun yang terjadi antara kami. Kau kata dia nampak baik? Yes, memang dia baik sangat-sangat! Dia bayar aku tapi tak sentuh aku pun malam tu malah kami hanya berbual-bual biasa,” ujar Jane. Apa yang dia kata, semua betul. Memang Daniel baik sangat dengan dia sampai-sampai dia rasa yang dia tak layak untuk jumpa orang sebaik itu.

“Wow! Tak sangka, kucing lepaskan ikan yang terhidang depan mata. Aku pelik. Kenapa dia tak make a move kalau dia memang dah jelas bayar kau?”

Kali ini Jane mengeluh berat.

“Dia kata dia bayar aku sebab nak selamatkan aku. Dia tak nak rosakkan aku lagi. Dan dia ajak aku balik Malaysia!” terang Jane senafas.

Saleha terkejut. Seketika kemudian, dia menampar paha Jane kuat. Matanya memandang Jane tajam.

“Leha, kenapa kau tampar paha aku?” tanya Jane sambil tangan mengosok pahanya perlahan. Perit dan pijar pahanya menerima penangan Leha. Kuat mengalahkan Thor!

“Itu untuk kau yang bengap sikit. Ana, peluang baik tu! Kita boleh mintak tolong dia. Kau ada nombor dia? Dail sekarang biar aku cakap!” Saleha terus mencari-cari telefon milik Jane.

Jane mengelengkan kepala tanda tiada nombor telefon Daniel. Tangan Saleha dia raih.

“Leha... dengar sini. Memang Daniel pernah kata yang dia nak tolong aku, tapi aku tak nak. Bigboy lagi cepat. Dia ugut aku Leha. Dia kata kalau aku libatkan Daniel, dia bunuh Daniel. So, aku tak boleh bahayakan nyawa orang yang tak bersalah!” kata Jane.

“Ya Allah, Bigboy ni tak habis-habis. Aku tak tahu la kenapa dia berdendam sangat dengan kita! Daniel?” tanya Saleha selepas mendengar nama yang asing di telinga.

“Nama lelaki yang aku sembang tadi!”

“Oh... jap, aku pelik. Kau tak mintak tolong Daniel tapi kenapa Daniel tiba-tiba nak tolong kau? Baik betul hati dia! Siap ajak kau balik Malaysia lagi. Dia pun tak sentuh kau sedangkan dia bayar penuh. Orang macam kita ni Ana, ada ke orang nak pandang? Mesti ada agenda ni!” kata Saleha dengan gaya buat-buat berfikir.

“Entah la. Tapi Daniel lain Leha.” Jane membela baik Daniel. Dia yakin dengan rasanya tentang lelaki itu. Dan Saleha perlu tahu yang ada ramai orang baik dalam dunia ni walaupun mereka berempat pernah percaya yang dalam dunia ni, orang yang baik itu adalah orang yang ambil kesempatan.

“Mana kau tahu? Kenal pun tidak! Entah-entah lagi teruk daripada Bigboy!” sangkal Saleha.

“Firasat aku, hati aku, fikiran aku dan mata aku yang kata Daniel seorang yang baik. Kalau tak malam tu dia dah sentuh aku macam lelaki-lelaki lain. Lagipun, kenapa kau sangsi sedangkan kau jugak yang cakap tadi yang dia nampak baik?”

“Hmmm... wajah memang la nampak baik tapi hati? Hatinya kita tak nampak Ana! Kau tak cerita lagi kenapa Daniel nak tolong kau?”

“Daniel tahu pasal aku. Pasal apa yang kita buat selama ini!” jelas Jane.

“Kau bagitahu dia? Ana! Kau ni terlalu cepat percaya orang la!” marah Saleha.

Jane geleng kepala. “Aku sedar masa aku cerita tu Leha. Dan aku percaya Daniel. Seperti apa yang aku kata, Daniel lain daripada yang lain,” tutur Jane lembut dan yakin.

Saleha yang mendengar terkebil-kebil matanya. Secepat itu kau Ana? Tapi mungkin firasat kau betul kali ini. Orang baik sentiasa ada dan aku mungkin terlalu buta untuk menilai. Saleha menarik nafas dengan tenang. Kalau Ana dah cakap macam tu aku kena percayakan dia! Bisik hatinya.

Seketika kemudian... “Ana, kau beria pertahankan Daniel tu, kau dah tangkap rasa cinta ke?” Saleha mula mengusik.

Mendengarkan itu, terus tangan Jane menampar kuat lengan Saleha. Pipi Jane tiba-tiba memerah. Jane sendiri terasa bahang panas di wajahnya. Kenapa dengan aku ni?

“Ah, kau, jangan nak pelik-pelik ya! Takdenya!” kata Jane. Sejurus itu, segera tubuh dibawa ke biliknya. Tidak mahu lama-lama dengan Saleha, nanti ada saja yang perempuan tu andai-andaikan yang tidak-tidak. Cinta? Dalam kamus hidup Jane?

Tiada.

“Malulah tu! Macam la aku baru kenal kau hari ni Ana...” getus Saleha sambil ketawa kecil.




TBC...

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now