♤ BAB 42 ♤

36 4 0
                                    

HARI berganti hari. Sudah dua bulan lebih mereka berempat tinggal di pusat tahanan tersebut. Lagi dua hari, mereka akan dibenarkan untuk kembali ke tanah air.

Sepanjang di sini, banyak benda yang mereka diberi tunjuk ajar. Terutamanya, tentang kemahiran-kemahiran asas untuk meneruskan kembali kehidupan di luar sana.

Setiap hari juga mereka mula untuk tidak meninggalkan solat. Mengaji bersama-sama lebih-lebih lagi di bulan puasa yang mulia. Meluahkan perasaan bersama-sama, tidak lagi memendam sendiri. Di mana-mana pasti akan bersama-sama. Jangan ada lagi yang bersendirian. Itu janji mereka.

Segala proses dokumentasi untuk pulang ke tanah air juga telah diselesaikan. Kos makan minum mereka sepanjang di depot tahanan ini pun ditanggung oleh negara Malaysia sendiri termasuk tiket penerbangan mereka. Segala-galanya berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah.

Jane juga ada bertemu dengan Kevin yang dikatakan sebagai kawan milik Daniel. Setiap seminggu sekali pasti Kevin akan menjenguknya untuk memberi khabar tentang Ha-joon. Baik benar Daniel sanggup meminta tolong Kevin semata-mata untuk berita itu.

Setiap kali melawat, Kevin turut membawa buah tangan berupa susu pisang kegemarannya. Pasti Daniel juga yang memesan.

Keadaan Ha-joon masih lagi sama. Tiada tanda-tanda akan sedar. Jane semakin hari semakin risau. Risau jika Ha-joon memang tidak akan bangun untuk selama-lamanya. Setiap hari Jane tidak lupa untuk berdoa buat lelaki itu.

Kini, mereka berempat sedang bersiap untuk mengambil gambar kenang kenangan pada hari raya Aidilfitri bersama mangsa-mangsa lain yang sudah pun dianggap sebagai sebuah keluarga.

Ada dalam kalangan mereka yang dibenarkan pulang lebih awal iaitu pada hari ini. Termasuklah Thuy Lam dan Veronica bersama mangsa berbangsa Vietnam yang lain. Rina pula akan pulang pada hari yang sama dengan mereka. Lupa pula tentang Rina. Rina merupakan mangsa yang berasal dari Kemboja.

Jane memakai hanbok berwarna soft pink campuran pink terang pada bahagian skirtnya. Hanbok miliknya telah dijahit oleh Laila dan Qistina. Begitu cantik apabila dikenakan pada tubuh.

Tangan membetulkan tudung bawal yang bewarna cream di dada cermin. Tudung bawal itu yang diulang ganti setiap hari dengan tudung bawal berwarna hitam. Nak beli lebih banyak, sukar untuk dicari di negara Korea ini. Tidak mengapalah janji menutup aurat. Pujuk hatinya bersama segaris senyuman di bibir.

“Semua dah siap?” tanya Laila yang baru keluar dari tandas. Dia dari awal lengkap berpakaian hanbok berwarna campuran biru muda dan biru indigo. Dia juga telah mengenakan tudung tetapi masih tidak sempurna menutupi kesemuanya. Lehernya masih kelihatan.

“Qis dah siap! Tapi akak dua orang tu belum lagi!” Qistina memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah Saleha yang sedang mengenakan blusher di pipi manakala Jane masih sibuk membetulkan pin di tudungnya. Susah pula tudungnya nak dibentuk pada hari ini!

Hanbok Saleha dan Qistina berwarna sama iaitu gabungan warna ungu dengan lilac. Bezanya hanya pada corak bunga pada bahagian dada kanan.

Qistina dan Saleha masih tidak bertudung. Belum terbuka hati katanya. Jane ada beri nasihat tetapi tidak mahu memaksa. Mungkin suatu hari nanti mereka akan berubah sendiri juga. Dia sebagai kawan akan terus berdoa. Hati sangat faham bahawa tidak mudah untuk istiqomah. Dirinya juga masih bertatih untuk kembali istiqomah. Apa yang penting usaha nak berubah.

Laila menggeleng kepala melihat kedua rakannya itu. “Photographer dah ada kat dewan. Kalau lambat, marah pula dia nanti. Jomlah pergi sana cepat!” beritahunya.

Mendengarkan itu, cepat-cepat Jane dan Saleha menyegerakan kerja mereka. Risau juga kalau-kalau hanya mereka sahaja yang lambat. Malu sekiranya menjadi tumpuan ramai.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now