♤ BAB 69 ♤

66 3 0
                                    

SUDAH beberapa bulan peristiwa itu berlalu. Namun, keberadaan Kingen masih tidak dapat dijejaki. Entah ke mana lelaki itu pergi. Bagai ditarik magnet angkasa, hilang terus ke lohong hitam.

Setiap hari boleh dikatakan, perasaan Daniel dan Jane sentiasa gundah. Dibuatnya Kingen tiba-tiba munculkan diri, apa yang perlu mereka lakukan? Persediaan bagaimana jika rancangan Kingen sedikit pun tidak boleh dijangka?

Akif dan Arif juga sudah habis SPM. Mak akhirnya kembali ke kampung namun keselamatan mereka tetap dipantau polis.

Jane menyalami tangan suaminya usai sahaja doa selepas solat isyak diaminkan. Dahinya tetap menerima kucupan hangat lelaki itu setiap kali selepas solat. Syukur benar hati, dia dan Daniel menjadi teman dalam melaksanakan ibadat. Hadir ke kuliah di masjid pun sering. Moga-moga nikmat ibadah ini berterusan.

“Abang...” gamit Jane pada suaminya yang mahu bangkit dari tikar sejadah.

Daniel kembali duduk. Wajahnya penuh berseri melihat si isteri yang anggun dalam telekung putih bersih itu. “Ya sayang, apa dia?”

Pandangan berlabuh pula ke perut Jane yang sudah membesar. Baru tujuh bulan lebih, tapi besarnya macam bawa kantung empat orang.

“Sejak mengandung ni, kita tak ke rumah mummy pun lagi. Abang tak nak ke jumpa mummy? Jannah dah tak lama nak melahirkan, itu yang Jannah ingat nak jumpa mummy. Restu ibu itu kan penting jugak?” Lunak suara Jane. Lontaran kata-katanya tetap berhati-hati.

Garis senyuman Daniel melengkung ke bawah. Pandangan matanya juga.

“Abang...” Jane gigit bibir sendiri. Suaminya sudah keras hati kalau perihal mummy dijadikan topik.

Daniel angkat wajah. Seketika senyumannya kembali terbentuk tapi tiada keikhlasan. “Kita pergi bulan depan ajelah. Bulan ni abang sibuk, lagipun sayang kat academy baking tu dah nak habis kan? Kita settle mana yang patut dululah?”

Jane angguk laju dan sengih. Tangan suaminya ditaut erat. “Terima kasih abang. Saaayang abang.”

“Sayang banyak ke sikit?”

“Banyak... tak terkata!” Mata Jane bersinar-sinar. Hidungnya digeserkan dengan hidung Daniel.

“Abang minta maaf sebab belum lagi boleh bawak sayang pergi honeymoon. Kita tak pernah pun honeymoon mana-mana lepas kahwin,” lirih Daniel tiba-tiba.

Jane mengapit kedua-dua belah pipi suaminya. “Jannah tak kisah. Hari-hari dengan abang pun dah macam honeymoon dah!”

Kata-kata itu membuatkan Daniel sengih lebar. Wajahnya dengan isteri disatukan. Hidung berlaga. “Abang nak bawak mak buyung ni jalan-jalan, tapi tunggu mak buyung meletup dululah. Barulah masa tu rasa macam pengantin baru!” bisiknya syahdu.

“Erk... habis tu, anak siapa nak jaga?”

“Hariz ada!” jawab Daniel selamba.

Perut Daniel menjadi mangsa cubitan ketam tangan isterinya. “Bagi Hariz, jadi ultraman tak pun jadi kamen rider anak kita nanti dibuatnya...”

Ketawa Daniel meledak besar. Lucu dengan penyataan Jane. Yelah, dia akui. Hariz memang pandai jaga budak-budak terutama sekali adik-adik kecilnya. Tapi itulah, semuanya jadi lain. Diajar adiknya yang bukan-bukan!

“Hmmm, tengoklah macam mana nanti. Abang bukan tak sayang anak tapi abang nak kita berdua honeymoon. Abang nak kita bersama hayati apa yang ada kat luar sana. Nanti bila anak kita dah besar sikit, kita bawak sekali... okay?”

Tautan tangan isteri dikemaskan. Kasihnya benar-benar tumpah kepada wanita ini sejak mengenal apa itu keikhlasan sebenar. Walau dia sendiri rasa tak pernah cukup untuk Nurul Jannah ini, tetapi wanita ini menutupi ruang yang longgar itu dengan belaiannya. Kasih sayangnya. Semestinya, Nurul Jannah ditakdirkan untuknya.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now