♤ BAB 8 ♤

94 12 0
                                    

DANIEL mengintai jam di pergelangan tangan. Waktu sudah menginjak ke pukul 12 pagi. Namun, bayang sepupunya masih belum kelihatan. Sudah dua jam dia menunggu di bar kelab malam Hondae Aurora itu.

Sapaan mesra daripada gadis-gadis seksi di situ tidak dihiraukan langsung olehnya. Biasalah orang ada rupa! Memanglah laku! Bartender di situ pun agaknya sudah naik bosan melihat muka dia sahaja.

Sudah beberapa gelas coke habis diteguknya. Sengaja dia tidak memesan minuman beralkohol kerana sepupunya masih belum muncul. Khuatir yang dia akan hilang pertimbangan di bawah pengaruh minuman syaitan itu sehingga mendorongnya melakukan hal yang tidak sepatutnya. Tambah-tambah lagi di saat hati yang sedang terluka dicurangi kekasih.

Telefon bimbit jenama iPhone X miliknya ditarik keluar dari kocek seluar jean hitam yang dipadankan bersama t-shirt lengan panjang berwarna navy blue. Nombor sepupunya, Hariz Qhairan didail lalu menunggu dengan sabar.

Talian bersambut. Graf suara cuba dikawal supaya tidak melonjak naik. Dalam hati ingin sahaja dia membasuh otak sepupunya yang tidak reti-reti hendak menepati waktu.

“Kau dekat mana? Kita janji pukul berapa? Dan sekarang pukul berapa?”

“Err... Errr...”

“Apa errr... Errr?” Sejak bila kau gagap ni?” marah Daniel.

Sorry, aku lambat... err... tadi aku tertidur! Tapi sekarang aku dah on the way. Five minutes!” Hariz menjawab kalut.

What?! Kau gila? Dah hampir dua jam aku melanguk sekor dekat sini dan boleh kau kata kau tidur?” Daniel menyinga.

Pandangan serong yang dilemparkan oleh pengunjung di sebelahnya tidak dihiraukan. Lupakan sahajalah niatnya hendak mengawal suara tadi. Sepupunya dah parah!

“Ala, sorry la bro! Aku tertidur pun bukan saja-saja! Kau lah tadi lama sangat kat rumah Lisa tu. Aku penat. Dah la aku tengah drive, bye!” kata Hariz lalu mematikan talian.

Daniel terkedu. Salahkan aku pulak? Apa punya kepala kelapa budak Hariz ni! Dia mengerutu tidak puas hati dengan sepupunya.

Tangan diangkat kepada pelayan bar. Air coke menjadi pilihannya lagi. Dah naik muak tekaknya. Tapi itu sahajalah syaratnya supaya tak mabuk menunggu si Hariz.

Selang beberapa minit air yang dipesan tiba lalu terus disisip perlahan ke mulut. Nikmat rasanya. Dalam sabar menunggu Hariz tiba, fikiran mula menayang kembali akan hubungannya dengan Melisa selama empat tahun perkenalan mereka.

Perwatakan Melisa yang manja menjadi kegemarannya. Perkenalannya dengan Melisa bermula semasa dia berada di tahun akhir universiti iaitu sewaktu universitinya, menjadi tuan rumah Karnival Jom Masuk universiti.

Waktu itu, Melisa baru sahaja habis matriks. Walaupun jarak usia di antara mereka lima tahun namun dia amat menyenangi gadis itu. Rasa bahagia saat-saat bersama Melisa bila diingat kembali.

Wajah sirih bujur Melisa yang manis. Orang yang melihatnya akan menganggap Melisa bukan keturunan Melayu tulen malah ada yang menganggap dia bukan orang Malaysia. Wajah pan-Asiannya menjadi idaman para jejaka. Dan, jejaka yang paling bertuah adalah dia.

Masa itu, segala permintaan gadisnya akan cuba dia tunaikan. Dan, memang dari awal dia berniat ingin memperisterikan Melisa. Namun segala-galanya berubah setelah Melisa mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Korea. Pengajian Melisa juga dia tanggung separuh.

Dalam tempoh itu, tidak dinafikan masa di antara mereka semakin lama semakin terhad. Dengan dia yang sibuk menguruskan hal penubuhan syarikat. Melisa yang masih menyesuaikan diri dengan budaya Korea.

| C🐧|TOGETHER حيث تعيش القصص. اكتشف الآن