♤ BAB 55 ♤

93 4 0
                                    

JANE menanti dalam debar di birai katilnya yang dihias cantik itu. Air liur ditelan entah ke berapa kali, menunggu si suami memasuki bilik tidurnya. Hatinya tidak tentu arah kerana hari ini merupakan kali pertama bilik itu dikunjungi lelaki ajnabi selain adik kembarnya.

Pakaian yang dikenakan pada tubuh dipandang berkali-kali. Baju tidur berwarna peach bermaterial satin hadiah daripada ketiga sahabatnya itu digunakan untuk malam yang istimewa ini.

Kedengaran pintu dikuak dari arah luar membuatkan Jane perlahan-lahan berpaling ke arah itu. Tubuh Daniel muncul menambahkan darah panas di mukanya. Nafas ditarik berhati-hati. Liur diteguk untuk melegakan hati.

Dada tak usah dikata, sudah lama berdetak entah bila hendak berhenti. Senyuman diukir kepada suaminya, semanis yang baik.

Daniel melepaskan songkok di kepala lalu meletakkannya di atas meja solek kepunyaan Jane. Senyuman Jane turut dibalas manis sebelum kaki diatur berhati-hati untuk duduk di sebelah isteri.

Tangan naik mengosok pelipis kening bersama pipi yang mula terasa berbahang. Ah, hatinya malu.

Air liur ditelan. Halkumnya bergerak-gerak menahan kocakan jantung. Melihat isterinya masih menunduk, tubuh dibawa mendekat. Telinga ketika ini turut terasa panas namun bibir dibawa ke telinga Jane. Bau wangi yang hadir dari tubuh itu turut mengoncang imannya.

“Assalamualaikum, Jannah Abang,” ucapnya syahdu di telinga itu.

Jane kejung di kedudukan namun perlahan-lahan wajah dibawa menghadap Daniel. Bersama segaris senyuman indah, dia menjawab salam itu. Dia turut menyalami tangan suaminya.

Daniel turut tersenyum lantas tangannya mengangkat lembut dagu Jane. Kedua mata mereka saling bertatapan bersama debaran di dada yang kian hebat. Perlahan-lahan wajah keduanya mendekat. Lama mata mereka terpejam menghayatinya sehinggalah Daniel terkedu. Dapat dirasakan yang pipinya turut basah tertimpa air mata Jane.

Jane menunduk malu bersama esakan kecil.

“Kenapa ni?” soal Daniel risau. Risau kerana Jane tiba-tiba dalam keadaan begitu.

Jane masih hanyut. Wajahnya ditekup dengan telapak tangan.

Daniel mengenggam bahu Jane lalu tubuh itu didakap erat.

“Sayang, kenapa ni? Abang ada buat salah ke?” soal Daniel lagi.

Jane hanya menggeleng kepala. Dia cuba berhenti menangis. Tidak lama kemudian pelukan suaminya itu dileraikan.

“Saya tak pernah rasa kehangatan, sentuhan seorang lelaki seikhlas itu. Maafkan saya, abang. Saya jijik,” lirih Jane.

Kata-kata Jane membuatkan Daniel sayu mendengarnya. Lantas kedua pipi Jane dipegang lembut.

“Jannah... Selepas abang lafaz nama awak dalam doa abang tak pernah sekali abang rasa jijik dengan awak. Abang pilih awak sebab abang sedar kesucian hati awak. Kan abang dah kata, yang lepas biarkan ia berlalu. Sekarang, awak Jannah abang yang suci. Yang abang sendiri nak corakkan dengan didikan agama. Kita sama-sama lupakan hal yang telah lepas ya?” pujuk Daniel.

Air mata Jane menitis perlahan di pipi. “Kenapa abang terlalu baik?”

Daniel menggeleng kepala. “Abang tak baik. Abang pun insan berdosa, sayang. Seorang manusia takkan lepas daripada berbuat dosa. Abang nak kita jadi satu jiwa yang sentiasa memperbaiki ibadah kita. Jannah nak tak teman abang ke syurga sama-sama?”

Jane angguk laju. Dengan lelaki ini, dia sanggup.

“Jadi, kita buka buku baru. And, abang akan pastikan our next chapter is going to be amazing,” ujar Daniel.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now