♤ BAB 71 ♤

71 3 0
                                    

“MACAM mana? Dah tahu lokasi dia? Daniel mana?” Bertalu-talu Ha-joon melontar soalan kepada Hariz selepas bergegas untuk menemui lelaki itu. Sepatutnya, hari ini dia akan pulang ke Korea namun, setelah menerima berita tentang Jane diculik, Ha-joon batalkan segala rancangan. Jane dan keluarganya lebih penting saat ini.

Keluhan Hariz terlepas. “Aku dah puas call Daniel tapi tak dapat. Risaulah! Takut Daniel masuk sorang. Location tu dah ada, tapi budak Kingen ni nak Daniel sorang aje datang sana. Kalau kita dengan polis terjah, mahunya dia tukar plan, bunuh diaorang pulak.” Hariz teragak-agak untuk ke lokasi yang tertera.

“Pedulikanlah ugutan bodoh tu! Dah kalau Daniel pun kirim lokasi ni, maknanya dia nak kita datang. Kat mana tempat tu?” gesa Ha-joon. Gigi digetap, rasa risau merajai. Moga-moga diaorang selamat.

“Kat bangunan terbiar!”

“Yelah, mana?”

“Shah Alam tapi kawasan tu terpencil.” Hariz raup wajah. Serabut!

“Dah tu? Tunggu apalagi? Jomlah!” gesa Ha-joon.

Mereka berdua mula bergerak ke kereta Hariz. Telefon Hariz berdering nyaring minta diangkat.

“Kami otw... jumpa inspektor dekat sana!” Talian dimatikan.

“Siapa?” soal Ha-joon sambil tangan menarik seatbelt.

“Inspektor Syakir. Diaorang dah ready nak gerak!” terang Hariz sambil menurunkan brek tangan lalu mula memandu.

Boek ah!”

“Waw, dah pandai guna slang sini!”

Ha-joon hanya sengih sebentar, sebelum wajahnya kembali serius. Moga-moga Jane dan keluarga dapat bertahan.

●●●●●

KELOPAK mata terasa berat hendak dicelik. Namun, setelah mata berjaya dibuka seluasnya, jantung serasa mahu melompat keluar. Mak dan adik-adiknya tidak sedarkan diri ada di sebelah. Tangan kemas terikat pada tiang di belakang.

“Mak... Akif... Arif...” rintihnya setelah melihat ketiga ahli keluarganya lebam-lebam dan berdarah. Mesti angkara Kingen itu.

Mata melilau sekeliling. Niat untuk mencari kelibat lelaki itu. Namun, keadaan sudah gelap ekoran malam yang bekerja. Tubuh cuba bergerak, untuk melepaskan diri tetapi kesukaran kerana tali yang membelitnya beberapa lapis.

Pandangan tertancap ke perut. Kesian anak mama... Ketat ikatan tali ini. Rasa sangat sukar untuk bernafas dengan tenang.

Kepala didongak ke atas sebelum kembali melilau ke kawasan yang memang nampak terbiar itu. Macam sebuah pusat sukan yang sudah lama tidak digunakan. Alatan-alatan sukan banyak yang terbengkalai. Tatkala kepala tertoleh ke kiri, matanya terbuntang luas.

Berderau darahnya kerana terkejut dengan apa yang dihidangkan. Walau dalam samar-samar dia masih boleh mengenali figura itu dengan baik.

“Abang!” raung Jane sekuat hati kepada suaminya yang tergantung secara terbalik di tengah-tengah kolam renang yang anggaran kedalamannya tiga meter. Tak semena-mena air matanya menitis melihat wajah kesayangannya terpejam kaku.

“Abang!” Sekali lagi nama itu dipanggil, namun Daniel tetap sepi. Menggigil seluruh tubuh Jane. Tolong jangan tinggal Jannah, abang! Tolong!

Mata Jane yang memerah mula meliar sekitar. “Kingen!” teriaknya bersama juraian air mata. Dada berombak laju.

“Jahanam kau Kingen! Kau dendam dengan aku. Dengan keluarga aku! Janganlah babitkan Daniel, kawan kau sendiri! Daniel takut kolam. Tolonglah turunkan dia. Tolonglah Kingen!” jerit Jane rambang. Air mata tak berhenti-henti mengalir.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now