♤ BAB 9 ♤

100 10 0
                                    

MELISA terkejut dengan sapaan daripada Daniel yang secara tiba-tiba, terus dia tegak berdiri menghadap lelaki yang merangkap bekas teman lelakinya yang belum pun sampai 24 jam.

Semua mata yang sedang lepak semeja dengannya juga terkejut dengan kedatangan tetamu yang tidak diundang itu. Wajah Melisa juga masam mencuka tanda tidak berkenan dengan kehadiran Daniel sekarang ini.

"Daniel, macam mana you boleh ada dekat sini?" Melisa panik tetapi cuba dikawal.

"Ini tempat awam. I boleh nak ada kat mana-mana yang I suka..." jawab Daniel tenang.

"You... cari I? Kita dah janji kan yang kita takkan jumpa lagi? It's over right?"

"I tak cari you. I just nampak perkara yang menyakitkan mata saja. Lisa, I hairan tengok you macam ni. Bersosial dan liar! I kesian dekat mama you. Macam mana kalau dia dapat tahu aktiviti you dekat sini? Hati dia mesti hancur. Anak yang dia hantar belajar jauh-jauh tapi mencontengkan arang di muka!" sindir Daniel.

Melisa memusingkan bebola matanya. Tidak terasa dengan sindiran Daniel.

"Hidup I, suka hati I la Daniel! You tak perlu nak masuk campur." Tegas suara Melisa kedengaran namun masih perlahan agar tidak merumitkan keadaan.

Daniel mengetap bibir. Dia terasa berang. Tidak pernah dia nak rasa semarah ini. Melisa memang dah berubah! Ayat Melisa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku! 'Hidup I' membawa satu erti yang selama ini Melisa tidak pernah terikat dengan sesiapa. Bukan dia dan bukan mamanya sendiri. Hal itu, betul-betul buat rasa hatinya naik angin.

"You memang anak tak kenang budi kan, Lisa? You tak kesiankan mama you ke kalau dia dapat tahu yang you hancurkan hidup you sendiri macam ni?" Daniel menjerit lantang. Bagaikan lupa di mana dia berada sekarang.

Hariz di sebelah sudah bimbang sementelah melihat kucing sudah berubah menjadi harimau. Sepupunya dah macam naik kemuncak gunung everest sudah amarahnya. Mana Daniel yang sentiasa nampak tenang? Yang lemah lembut bicaranya? Niel, kau dah kenapa tiba-tiba ni? Cuba menarik tangan Daniel agar berlalu dari situ namun Daniel enggan berganjak.

Daniel bersuara sekali lagi sebelum Melisa sempat membalas kata-katanya. Kecil besar sahaja Melisa pada pandangannya sekarang. Dia dah tak peduli. Kalau harus menengking pun dia sanggup agar gadis itu sedar akan kelakuan sosialnya yang salah.

"I nak you ikut I balik Malaysia. Tinggalkan negara ni! Sambung study kat sana!"

Ingatkan petang tadi tertunailah janji mereka yang tidak akan berjumpa lagi, namun hatinya kembali sakit pula setelah melihat Melisa santai-santai di kelab malam dan bukannya menyesal akan perbuatan diri malah makin liar pula kali ini.

Rasa marahnya kembali. Apa yang telah membuatkan gadis itu berubah seratus peratus pun dia tidak tahu. Menyedarkan hal itu, Daniel tahu yang dia kena buat sesuatu untuk hentikan kegiatan Melisa. Membawa Melisa pulang ke tanah air mungkin keputusan yang terbaik saat ini.

Melisa terkejut mendengar arahan Daniel. Baginya, Daniel cakap tak serupa bikin. Mereka berdua dah berjanji hendak buat hal masing-masing. Tetapi sekarang ni apa?

Permintaan Daniel baginya tak masuk akal. Amarah yang ditahan tadi nampaknya dah tak boleh duduk diam dalam hati. Tak! Dia tidak akan ikut semua suruhan lelaki itu lagi.

"Daniel, you ni dah kenapa? You sedar tak yang you dah tak ada hak nak suruh I buat apa-apa? I takkan balik!" tegasnya.

"You tak nak?" Daniel menyoal. Melisa mengeleng kepala.

"Nampaknya, I kena call mama you sekarang." Daniel mengeluarkan telefon bimbitnya. Melisa senyum mengejek.

"It's useless! You bagitahu dia pun I memang takkan ikut cakap you. Lagipun, mama I mana pernah nak peduli pasal I!"

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now