♤ BAB 60 ♤

62 3 0
                                    

SELANG beberapa ketika di kampung, hati Jane tidak betah untuk melakukan kerja seharian. Selera makannya tumpul, tidurnya tiada nikmat lena. Kelopak mata setiap kali dibuka waktu pagi sudah pasti membengkak kerana deraian air mata yang tidak segan untuk sentiasa mengairinya.

Hujan bertitis-titis di luar. Sekali lagi air matanya gugur menyaingi titisan air hujan itu. Dia rindukan Daniel. Dia ingin sekali berjumpa dengan suaminya itu.

Air mata yang mengalir lantas diseka, skrin telefon di sisinya dibuka. Namun, masih tiada khabar daripada Daniel. Suaminya itu tidak mahu untuk menerima panggilannya. Untuk membalas setiap pesanan risau atau maafnya.

Dada yang terasa senak diurut perlahan. Telefon dicapai lagi. Mahu mencuba lagi untuk menghubungi Daniel. Biarlah entah ke berapa kali pun. Janji dia dapat tahu khabar tentang lelaki itu.

Menunggu deringan untuk diangkat. Sentiasa sabar. Tetapi apabila si penjawab telefon merupakan voice mail, hati sekali lagi luluh.

Hari ini sahaja sudah beratus kali dia cuba. Dail dan dail lagi. Beberapa mesej dihantar namun tidak dibaca.

Keluhan lesu akhirnya terlepas jua.

Mak dan sepasang kembar itu sedari tadi mengintai setiap tindak-tanduk Jane. Hati tua mak berdetak risau namun apakan daya. Suami anaknya itu di barat, anaknya pula di timur. Bagaimana hendak menyatukan mereka kembali? Apatah lagi, keadaan sekarang benar-benar sedang kacau. Orang-orang yang mengata semakin galak menjelik anak sulungnya itu.

“Ana,” gamitnya perlahan sambil tangan menyelak langsir bilik.

Jane tidak menjawab tetapi hanya menatap wajah mak dengan pandangan sayu.

“Jom makan. Mak masak ikan singgang aya (tongkol). Makan dengan budu. Ana kan suka?”

“Mak makan la dulu. Ana takde selera,” jawabnya.

Mak tersenyum tawar. “Baiklah, nanti makan ya?” Dia tidak ingin memaksa.

Hanya anggukan sahaja yang Jane beri. Tangan sekali lagi mencapai telefon bimbitnya namun kali ini tatapan terhadap skrin itu sedikit lama.

Hati berdebar kencang. Menerima pesanan bergambar daripada nombor yang tidak dikenali. Tangan sudah mengenggam cadar katil.

“Sampai hati abang!” jerihnya bersama titisan jernih air mata.

Gambar yang diterima adalah gambar Daniel bersama Alia Annisa berada di sebuah butik pakaian pengantin.

Hati Jane remuk. Jadi, begini penamat takdir mereka?

●●●●●

JANE memerhati beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain-main di gigi pantai. Sambil tangannya bertasbih memuji Allah S.W.T, sambil-sambil itu bibirnya tersenyum melihat telatah kanak-kanak itu.

Hari ini dia telah keluar bilik setelah berkurung tiga hari lamanya. Desas-desus mengenai Daniel bakal berkahwin dengan anak seorang Tan Sri sedang diperkatakan di media sosial. Telefon sudah lama dimatikan. Dia tidak sanggup lagi membaca berita ‘gembira’ suaminya itu.

Sehingga hari ini dia tidak menerima sebarang pesanan atau panggilan daripada Daniel. Jane sudah tidak mahu mendesak lagi. Cukuplah tangannya sudah penat untuk mendail nombor Daniel bagi mendapat kepastian.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now