♤ BAB 64 ♤

73 3 0
                                    

JANE menyantuni Ummi Ruhila dengan berhemah. Kedua pipi wanita itu dilaga kasih. Mulut tersenyum namun hati yang berdebar tak siapa yang tahu. Hatinya risau yang Ummi Ila mungkin tidak mahu bertemu dengannya.

Sangkaannya, bagaimanapun tersasar jauh.
Ummi Ila masih menerimanya dengan baik! Senyumannya, pelukannya sungguh ikhlas bagi Jane.

“Ummi tak benci Ana?” soal Jane sebak. Entah mengapa soalan itu terpacul keluar. Yang jelas dia tidak mahu kehilangan kasih sayang wanita lemah lembut itu.

Ummu Ila menggeleng kepala. “Ummi sayang anak ummi ni. Ummi tahu, Ana diuji begitu. Kesian anak Ummi ni. Maafkan Ummi ya Ana? Sebab Ummi ambil masa nak jumpa kamu.”

“Ummi jangan minta maaf, Ummi tak salah. Ana yang salah. Patutnya, Ana bagitahu awal-awal pasal Ana. Kalau tak, mesti semua tak terkejut masa tu.”

“Akak... kami faham. Dan, kami pun tak kisah dengan siapa pun yang Abang Niel nak kahwin sebab kami tahu yang Abang Niel tak salah pilih. Abang Niel dah pilih akak sebagai teman hidup dia. Kami sebagai keluarga akan tetap sokong dia,” sampuk Atikah sambil tersenyum kepada abangnya yang berada di belakang Jane.

Daniel merapatkan diri kepada Jane. Terus pipi yang basah itu diusap lembut.

Atikah dan Ummi Ila tersenyum.

“Jom masuk. Dah lapar kan? Ummi masak laksa Johor. Gerenti bertambah!” ujar Atikah bersungguh-sungguh.

Jane tersenyum senang. Bahagianya hati menerima sambutan hangat daripada keluarga mentua sendiri walau hakikatnya ibu mentua sebenar belum ditakluki.

Keempat-empat mereka mula melangkah masuk untuk ke ruangan dapur namun terhenti setelah terdengar ada satu suara garau memanggil Daniel.

“Aduh, lupa!” Daniel menepuk dahi sendiri.

Jane hanya menggeleng kepala.

“Apa yang lupa?” soal Ummi Ila dan Atikah serentak namun mata mereka kemudian disinggahi dengan figura seorang lelaki kacak.

Atikah menelan air liur. Handsomenya!

Kang Ha-joon dari kejauhan sedang mengamit Daniel supaya menghampirinya. Sekilas mata memandang ke arah ketiga insan itu, dia hadiahkan senyuman manis.

“Siapa tu kak?” soal Atikah laju dengan mata bersinar-sinar.

“Oh, tu kawan akak dengan abang Niel. Dia orang Kore...” Bicara Jane tak dapat dihabiskan setelah melihat adik iparnya itu tidak fokus dan sedang memandang lurus kepada Ha-joon. Matanya turut menyoroti Ha-joon yang sedang mengelap peluh kepanasan.

Ummi Ila yang melihat keletah Atikah tak semena-mena mencubit tangan anak daranya itu. Gatal semacam!

“Masuk!” laung Daniel dari kejauhan kepada mereka berdua. Matanya turut dicerunkan, memberi amaran kepada Jane.

Jane dan Atikah menelan liur. Mendengar arahan seorang suami dan seorang abang memang tidak mampu dilawan. Terkocoh-kocoh mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Ummi Ruhila yang sedang terpinga-pinga.

●●●●●

“MAKAN Ha-joon. Maaf aunty tak tahu yang Daniel bawak kawan Korea jadi aunty masak makanan Melayu ajelah!” ujar Ummi Ruhila sedikit serba salah.

“Eh, takpe-takpe. Saya try. Lagipun, lama lagi saya kat sini, jadi tak salah kalau saya belajar makan makanan Malaysia,” ujar Ha-joon mesra sambil memegang sudu garfu.

“Duduk lama-lama pun takpe...” desis Atikah perlahan dan malu-malu namun butir bicaranya masih boleh didengari oleh penghuni meja makan.

“Ehem!” deham Daniel menghentikan perbuatan Atikah itu.

| C🐧|TOGETHER Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu