♤ BAB 12 ♤

112 12 0
                                    

DANIEL menghenyakkan punggungnya di sofa sebaik sahaja tiba di bilik hotel yang ditempahnya untuk Jane sebentar tadi.

Hariz tidak ikut sama. Dia telahpun kembali ke biliknya di hotel yang sama. Mereka tidak ke apartmen sewaan Daniel atas alasan jauh. Jane di hadapan, Daniel pandang sekilas lalu mulut mengisyaratkan supaya Jane duduk di sebelahnya.

Jane menuruti suruhan Daniel tanpa bantahan.

Wajah gadis itu, Daniel perhati dalam-dalam. Lengan Jane yang berbalut sapu tangan miliknya dibuka perlahan. Kawasan yang terluka itu dibelek lembut. Dalam juga lukanya.

Tangan mencapai pula plastik barangan yang terdapat di atas meja yang tersedia di bilik itu. Nasib baik dia ingat hendak singgah farmasi membeli ubat luka dan pembalut. Segera luka di lengan itu dicuci bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Sesekali wajah Jane berkerut menahan pedih. Daniel tersenyum lucu. Usai membalut luka itu dengan bandage, muka yang tidak puas hati pula dipamerkan kepada Jane.

"Kenapa sampai ke sini cari kerja? Dekat Malaysia dah tak ada sangat ke kerja kosong?"

Jane mengeluh perlahan. Seperti jangkaannya, soalan seperti itu akan ditanya oleh Daniel. Hati belum bersedia ingin membuka lembaran cerita. Namun, tidak dibiarkan soalan tersebut tanpa jawapan.

"Saja!" jawab Jane ringkas.

Daniel terkejut. Tidak sangka jawapan itu yang keluar dari mulut Jane. Tetapi setelah melihat reaksi Jane yang seakan-akan tidak bersedia bercerita dia juga tidak ingin memaksa. Nanti-nantilah kalau dia rasa nak cerita, dia sendiri yang akan buka cerita. Bisik hatinya.

"Apa tujuan encik? Kenapa bayar saya?" Kali ini Jane pula mengutarakan soalan.

Daniel melepaskan keluhan kecil. Tak pasti jawapan apa yang benar harus dijawab. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa. Segala-galanya berlaku sekelip mata. Yang dia tahu, Jane harus dia selamatkan.

"Saja!" jawab Daniel juga selamba.

Jane mengetap bawah bibirnya tanda tidak berpuas hati. Aku seligi jugak mamat ni karang! Sajalah tu nak balas dendam! Bisik hatinya geram.

"Bagitahu la encik, kenapa sampai nak kena bayar saya? Adakah saya ni sebagai alat untuk buat girlfriend encik jeles?" soal Jane lagi.

"Biarlah rahsia..." Daniel menjawab malas. Dia sudah malas hendak berfikir apa-apa buat masa sekarang. Dia penat.

Tangan Daniel kemudian mencapai botol air mineral yang dibeli di kedai serbaneka sebelum ke hotel tadi lalu diberikan kepada Jane. Tidak ingin Jane terus menerus bertanya.

Jane semakin bengang dengan sikap tak endah Daniel pada soalannya sebentar tadi. Hatinya geram namun tangan mencapai jua botol itu lalu penutup dibuka dan rasa dahaga di tekaknya dipuaskan.

Daniel tersenyum senang melihatnya. Gadis itu tidak segelabah sewaktu pertama kali pertemuan mereka. Masih comel di pandangan matanya. Polos sahaja. Tetapi fakta tetap fakta. Ungkapan daripada Melisa mengenai Jane tetap mengecewakan hatinya.

Semasa sedang asyik meneguk air mineral tersebut, ekor mata Jane sedar akan panahan mata Daniel yang sedang ralit memandangnya. Seraya itu, dia menilik dirinya.

Baru Jane sedar yang dia dalam keadaan tidak sempurna sebagai perempuan Melayu Islam di hadapan seorang lelaki yang juga sama Melayu Islam. Tambah-tambah lagi mereka sedang berdua-duaan di sebuah bilik hotel. Kalau di Malaysia sudah lama dapat kahwin free. Nasib baik di Korea.

"Boleh saya tahu berapa yang encik habis untuk bayar lelaki tu?" soal Jane ingin tahu.

"Tak perlulah awak tahu."

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now