“Lagi Jane! Lagi!” jerit Ha-joon. Semakin risau.

Jane mula meneran lagi. Rasa nak putus segala urat. Pada ketika ini, kepala bayi sudah kelihatan.

“Teruskan puan! Sikit lagi! Sikit lagi!” ujar doktor perempuan itu bersungguh-sungguh.

“Alhamdulillah, baby boy!” ucapnya lalu menyerah bayi lelaki itu kepada nurse di sebelah. Sudah banyak darah membasahi katil.

Ha-joon hanya bertahan daripada melihat cecair merah yang banyak itu. Jadi pening kepalanya kalau terus menatap.

Melihat baby lelaki yang tembam itu, membuatkan Ha-joon meraup wajah dengan sebelah tangan. Lega namun jantungnya kembali berdetak deras apabila melihat dada Jane berombak laju. Jane makin sukar untuk bernafas!

One more, puan! Push!” jerit doktor itu.

“Hah?” Terkejut besar Ha-joon. Wajah Jane yang kelelahan dikerling.

Push puan! Lagi! Satu aje lagi!” gesa doktor itu lagi.

Jane mengumpul kekuatan. Anak mama, tolong mama. Desisnya dalam hati. Dia dah tak larat dah. Mata hampir layu namun seorang lagi umat Nabi Muhammad S.A.W perlu dilahirkan.

Tangan kiri semakin mencengkam rambut Ha-joon, tangan kanan menarik cadar. Sehabis tenaga dia cuba dan apabila melihat seorang bayi perempuan selamat mendarat di atas gendongan doktor itu, senyuman sayu terukir di bibirnya yang kian pucat. Tubuhnya serta merta terasa ringan namun kepala semakin pusing. Mata perlahan-lahan mulai tertutup. Tangan ke atas rambut Ha-joon melorot turun.

“Abang...” serunya lemah.

“Jane!” Jantung Ha-joon berdendang laju.

“Doktor! Kenapa dengan dia?”

Wajah doktor itu juga nampaknya cemas. Diperiksa denyutan nadi Jane yang sudah terpejam. “Encik tunggu dekat luar. Kami akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan ibu.”

What do you mean, doc?” tempik Ha-joon. Tak berkenan dengan ayat lontaran doktor itu.

“Dia mengalami pendarahan yang banyak. Sila tunggu di luar, encik. Mudahkan urusan kami.” Doktor itu terus menolak tubuh Ha-joon sehinggalah pintu labour room tertutup.

Ha-joon mengigit bibir. Cemas hatinya. Janganlah terjadi apa-apa.  Mundar-mandir di hadapan bilik bersalin itu dengan perasaan tak senang hati. Fikiran kusut. Seminit berlalu rasanya bagai setahun.

“Ariq... Jannah macam mana?” Puan Salina tiba berkerusi roda ditolak oleh Akif. Arif juga ada di sebelah.

Wajah Ha-joon mendung. “Dia dah selamat melahirkan anak kembar. Tapi...” Mata tersorot pada pintu bilik yang masih tertutup itu.

“Tapi apa Ariq?” Puan Salina cuba berdiri tetapi ditahan oleh Ha-joon.

“Dia tumpah darah. Lagipun bahu dia cedera...” Ha-joon sayu. Kepala teringat akan Kingen. Amarah kembali membuak-buak dibuatnya. Sebab Kingen, Jane dan Daniel terlantar.

●●●●●

PUAN Nurjuwita jatuh melutut di dalam wad yang menempatkan tubuh Daniel. Menangis teresak-esak. Sejak menerima berita ngeri yang menimpa anak itu, hati tak pernah tenteram.

Melihat beberapa balutan kain putih di tubuh Daniel, merobek jiwa ibunya. Daniel difahamkan mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kedua-dua belah kaki, serta luka dalaman. Masih tidak sedarkan diri.

“Maafkan mummy, Niel! Maafkan mummy! Tolonglah sedar! Tolonglah bangun, sayang. Mummy sayang Niel. Mummy tak mahu hilang Niel!” rintih mummy di lengan Daniel.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now