“Kau dah buat laporan polis belum?”

“Dah... Tapi diaorang masih bebas. Aku tak tahu kat mana nak jejak. Aku stres sangat sampai aku tak sedar apa yang aku dah buat. Tapi bila aku dah sedar aku cepat-cepat istighfar. Agak-agak Allah ampunkan aku ke tak Ana? Aku berdosa sangat cuba ambil kerja dia. Aku berdosa...” Esakan Laila semakin menjadi-jadi.

Jane menggeleng kepala. “Tak, Ila. Allah tak tinggalkan kau. Pintu taubat masih terbuka. Allah tu maha pengampun. Dia masih beri kau peluang untuk tebus balik. Aku pun nak minta maaf, aku jarang cakna pasal kau. Aku selalu lupa nak tahu pasal kawan-kawan aku. Aku tak sangka kau menderita Ila. Maafkan aku Ila...” rintih Jane. Menyesal tak sudah dia kalau apa-apa terjadi kepada Laila ini.

“Kau tak salah Ana. Aku yang tak nak orang tahu. Aku malu orang nampak aku lemah. Aku malu dekat korang semua...”

“Jangan cakap macam tu, Ila. Aku ada. Saleha dengan Qis pun. Kami takkan tinggalkan kau... jangan... jangan buat lagi Ila. Tak sanggup rasanya aku nak hilang kawan lagi...” Jane pula yang teresak kuat.

Tangisan mereka berdua menyatu namun Laila kini makin tenang. Sungguh, dia perlukan Jane untuk kuat tetapi sebagai manusia yang beriman sememangnya kepada Allah tempat mengadu segala resah. Terima kasih Tuhan kerana engkau pinjamkan aku seorang sahabat pendengar yang baik. Terima kasih atas nikmat ini.

Jane meleraikan pelukan setelah mendengar telefon miliknya berdering minta diangkat. Ditarik telefon dari beg tangan. Seketika senyumannya terzahir. Kepada Laila dia beri isyarat.

“Assalamualaikum abang... tak siap lagi. Ada sesi kaunseling tadi.” Suara yang serak dikawal. Mata masih kepada Laila. Mengisyaratkan supaya Laila menyeka air matanya.

Laila hanya tergelak kecil namun tangan membuat apa yang dipinta.

“Abang nak datang dah ni... rasa dah lama sangat sayang pergi.”

“Sekarang ke?” Jane kerling jam tangan. Dah nak tengah hari.

“Yaaa...”

“Hmmm... rambut Jannah basah lagi. Dalam 30 minit macam tu abang bertolak boleh? Jannah cuba settlekan cepat sebab takut tak sempat nak jumpa Ha-joon kat airport.”

“Yelah... kalau gitu, dah siap call. Jangan potong pendek sangat yang. Sasau abang nanti rindu rambut sayang yang panjang tu...” Daniel buat muka kesian walaupun sang isteri tidak nampak.

Tergeleng kepala Jane. “Taklah... nanti kat rumah tengoklah sendiri. Suprise!”

Daniel sengih lebar. “Yelah... nanti abang sampai. Tunggu abang kat situ jangan keluar selagi abang tak sampai!” pesannya.

“Ya, Jannah duduk dalam ni aje. Assalamualaikum, jumpa nanti...” Tangan mahu mengesek punat merah namun kedengaran suami di talian menjerit memanggilnya kuat.

“Ya abang, kenapa?”

“Hehehe... lupa nak cakap. Abang cinta Jannah abang kini dan selamanya...” luah Daniel sambil pegang dada.

“Ingatkan apalah... Jannah pun cinta abang jugak. Jaga diri. Nanti bawak kereta elok-elok.”

Talian dimatikan tetapi senyumannya mekar berseri. Bahagia apabila ada orang sentiasa luahkan kata-kata sayang. Semoga anugerah ini berkekalan.

“Hmmm... banyaklah semut singgah salon ni nanti.”

Sengihan Jane melebar. Tubuh kembali duduk di depan cermin. Menyelesaikan apa yang patut.

“Ana, pasal Kingen tu betul ke kawan Encik Daniel sendiri?” soal Laila sambil tangan ligat merapikan rambut Jane. Serum rambut diratakan pada rambut hitam pekat itu.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now