Jane telan air liur. Moga Daniel tidak berandaian perkara yang bukan-bukan.

“Assalamualaikum, Daniel!” ucap Ha-joon sambil menghulur tangan kepada Daniel yang memandang tajam kepadanya. Senyuman manis turut dihadiahkan kepada Jane.

Teragak-agak sedikit Daniel untuk menyambut huluran tangan itu namun akhirnya disambut jua dengan perasaan berbelah bahagi. Sejak bila dia ni...?

Ha-joon faham akan pandangan Daniel itu. “Dah dua bulan lebih. Alhamdulillah!” Lalu dia pun melabuhkan punggung di kerusi di hadapan Daniel.

Daniel terangguk kepala namun mata masih mencari Jane yang diam di tangga dapur.

Jane tersenyum kelat sebelum kaki melangkah naik untuk ke bilik.

“Alhamdulillah. Aku tumpang senang,” ucap Daniel dengan nada gembira. Gembira untuk menerima saudara baru. Syukur tak terhingga hatinya.

“Macam mana boleh terdetik?” soalnya ingin tahu.

Ha-joon diam sejenak. Kepala teringat pada dua bulan yang lalu di mana dia mencari-cari akan makna kata-kata sosok yang bercahaya itu ketika dia masih dalam keadaan koma.

“Masa aku koma hari tu, aku alami banyak benda. Aku ingat aku akan mati tapi tak sangka dalam aku koma tu dia tolong aku untuk kembali.”

“Dia?” soal Daniel.

Ha-joon tersenyum pendek sebelum menerangkan. “Entahlah, tapi dia bisik aku sesuatu. Bila aku sedar aku terus cari orang yang pakar dalam mimpi tu. Sampai la aku jumpa imam masjid. Iman tu tafsir apa yang aku lalui dalam koma tu dengan hujah-hujah Islam dan buat aku tertarik untuk mendalami Islam. Aku pilih Malaysia untuk aku teruskan hijrah aku.”

Daniel angguk memahami. Tetapi ada benda yang dia masih kurang faham. Kenapa lelaki ini perlu ke rumah Jane jika hendak mendalami Islam?

Tangan naik menggaru kening. “Aku nak masuk bilik. Nak jumpa isteri aku,” kata Daniel sambil tersenyum pendek. Perkataan isteri dia tekankan. Lalu dia pun membawa diri ke atas rumah.

Ha-joon hanya menghantar Daniel tanpa riak namun siapa tahu hatinya memang perit. Seketika dia mengeluh berat. Jane sudah jadi milik Daniel.

●●●●●

“SAYANG tak cakap pun yang Ha-joon ada kat kampung ni. Sukalah kan dapat jumpa dia sebab tu tak nak bagitahu abang?” soal Daniel terus sebaik sahaja pintu bilik dikunci.

Jane yang sedang melipat kain menggigit bibir. Tengok? Belum apa-apa suaminya dah buat andaian!

Daniel melabuhkan punggung dan bersandar di kepala katil

“Awak yang senyap macam mana saya nak cakap,” ucap Jane bersahaja tanpa memandang Daniel.

Daniel meraup wajah lantas tubuhnya mendekat kepada Jane, memberhentikan kerja-kerja isterinya itu. Tangan isterinya diraih. Sedar bahawa isterinya masih berjauh hati.

Jane masih menunduk.

Daniel tersenyum pendek. Tangan memaut lembut dagu Jane supaya memandangnya.

“Abang tahu abang silap. Tak sepatutnya abang off handphone buat sayang risau. Tapi abang tak pernah lupa sayang, abang sentiasa rindu Jannah abang ni.” Tangan membawa kepala Jane ke dadanya membiarkan degupan jantung itu dirasai Jane betapa hatinya sentiasa berdegup untuk wanita itu.

Jane masih senyap namun matanya sudah berkaca-kaca. Dia menolak perlahan tubuh Daniel dan mula bangun untuk keluar dari bilik. Hatinya masih sakit mengenangkan berita itu.

Sekali lagi Daniel meraup wajah. Marah sangat ke Jane kepadanya?

“Sayang nak pergi mana?”

“Saya nak pergi tolong mak,” jawab Jane ringkas mengawal suara sebaknya.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now