Jane angguk yakin. Demi sebuah kebahagiaan, mereka perlu sentiasa mengorak langkah ke hadapan. Tidak usah menjeling ke masa silam.

Garis senyuman kembali terbentuk di bibirnya. Apa yang pasti, bersama Daniel, dia adalah dirinya. Dirinya yang dicintai tulus oleh lelaki ini.

Pandangan mereka kembali bertaut lama sebelum tangan Daniel membawa kepala Jane perlahan ke bahu kanannya. Seutas rantai dibawa keluar dari kocek baju Melayu, lantas dikalungkan ke leher isteri.

Jane terkesima. Kepala diangkat untuk mencari wajah Daniel yang pada ketika itu sudah berseri dengan senyuman mekar. Mata kemudian labuh ke rantai emas putih yang terukir dengan nama sendiri.

Jannah

“Supaya sayang tak lupa yang nama sayang cantik,” bisik Daniel ke telinga Jane.

Berkaca mata Jane saat mendengar tujuan rantai itu. Kali ini, Jane menangis kegembiraan. Akan dia jaga rantai ini sampai hujung nyawa. Pipi suaminya dibelai lembut.

Tangan Jane jatuh pula ke dada Daniel. Seperti dirinya, jantung Daniel juga kencang. Tatapan mata coklat itu lembut menyentuh pandangan mata hitam Jane. Nafas masing-masing tidak teratur.

Jane teguk liur. Perlahan-lahan wajah didekatkan ke sisi wajah suaminya. Di telinga yang nampak merah itu, suaranya terluah menggoda.

You’re my first kiss, abang...”

Daniel kelu. Tubuh mengeras. Matanya terkebil menanti kepastian Jane.

Jane angguk laju. “Ya. Abang orang pertama yang kiss Jannah. Jannah tak pernah izinkan sesiapa sentuh, itu aje yang Jannah mampu waktu itu,” luah Jane sebak.

Daniel kemudian tersenyum dan mengeluh lega. Tubuhnya sekali lagi mendekat kepada Jane.

“I love you, Jannah. I love you so much!” ucapnya berulang kali lalu kedua mereka tenggelam dalam lautan asmara percintaan mereka. Atas nama kekasih, moga ikatan ini diberkati.

Jane tersenyum bahagia. “I love you too, abang,” bisiknya perlahan.

●●●●●

MATA dibuka perlahan, terasa angin sejuk menyapa. Angin pantai yang lembut. Tidak puas menghayati indahnya ciptaan tuhan.

Ditoleh orang yang berada di sebelah. Ini juga ciptaan tuhan. Lelaki yang ditakdirkan untuk berkongsi hidup bermula dari semalam.

Pipinya tiba-tiba terasa kebas tatkala asmara indah malam tadi menari di fikiran. Jane mengigit bibir menahan rasa malu.

Daniel hanya pegun melihat pantai tetapi tangan mereka bersulam erat.

Tanpa Daniel sedar, Jane tunduk ke sisi kanannya. Jari menyentuh pasir pantai. Meloretkan sesuatu.

J Love D

Dua huruf itu bersama bentuk hati di tengah-tengahnya. Berhati-hati tingkahnya, risau jika suaminya mengesan perilakunya kerana tindakannya hanya sembunyi-sembunyi. Seketika dia kemam bibir mengawal senyum malu.

Tatkala tangan mahu memadam coretan itu ada tangan kekar sudah menggengam erat tangan kecil miliknya. Membuatkan Jane terjerit kecil kerana terkejut. Terasa hangat hembusan nafas Daniel di pipi.

Daniel tidak berkata apa-apa sebaliknya tangan kiri diletakkan di atas tangan isteri.

Jane telan liur. Kebas muka. Daniel dah nampak apa yang dia tulis.

It’s supposed to be D love J more,” bisik Daniel syahdu di telinga isteri. Lalu menukarkan kedudukan huruf D di depan dan memindahkan kedudukan huruf J di belakang.

Terkelip mata Jane. Kencang dadanya berombak. Cuba mengawal perasaan gemuruh.

But, J does love D more too. Can’t we just be equally loving to each other?” cadang Jane. Bergetar suaranya.

Mereka berdua saling bertatapan “Hmmm... I love you unconditionally, sayang. Izinkan abang untuk lebihkan cinta abang pada sayang.”

“Jannah pun nak buat benda yang sama...” Jane kedengaran sedikit merajuk.

Daniel senyum seksi. Bahu isteri dipaut erat. "Kalau macam tu jatuh cinta dengan abang setiap hari."

Jane menahan senyum. Tak perlu suruh pun, memang setiap hari dia dah tergolek dengan perhatian tulus daripada Daniel.

“Abang, terima kasih sudi ambil Jannah sebagai isteri,” ucapnya sambil merebahkan kepala ke bahu Daniel.

Daniel hanya tersenyum mendengarnya.
Dahi luas itu menjadi tempat berlabuh kucupan.

“Terima kasih juga sebab terima abang sebagai suami.”

Daniel mengintai ke sekeliling pantai. Apabila memastikan tiada orang melihat, kedua belah pipi isteri dikucup mesra.

“Dan... Terima kasih juga sebab dah balas cinta abang.”

Usai itu, tangannya mengusap ulas bibir Jane dengan perlahan. Wajah Jane yang merah padam tidak dihiraukan.

Remember, this is mine, forever mine,” ucapnya bersahaja lantas kembali melihat hamparan laut biru demi menutup rasa malu dan debarnya.

Jane termangu sendirian namun perlahan-lahan senyumannya terbentuk di bibir. Kepala kembali direbahkan ke bahu suami. Ya Allah, syukur untuk anugerah ini. Doanya di dalam hati.


TBC...







| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now