Kening Daniel bertaut rapat. Tangan yang tersedia untuk mendail nombor tadi terhenti. Melisa dipandang tajam.

"Kenapa nak cakap mama you macam tu?" Suara Daniel sedikit keras. Baginya, Melisa dah salah menilai mamanya. Selama ni bukan Melisa yang sering bertanyakan khabar malah sebaliknya.

Mama Melisa, Puan Hasnani yang selalu ambil berat tentang anak gadisnya itu. Sering mengirim barang-barang yang Melisa pesan. Sering melefon dari jauh tetapi Melisa tidak pernah peduli. Sering menyuruh Daniel jaga Melisa baik-baik. Hampir setiap kali Daniel terbang ke Korea, pasti akan ada hadiah terbaik daripada Puan Hasnani untuk anaknya.

Kalau bukan baju kurung yang dijahit sendiri, pastinya akan dikirim sepucuk surat yang penuh dengan kata-kata semangat. Tetapi itulah, setiap kali semua barangan tersebut sampai ke tangan si penerima, ada yang selamat ke bawah katil, di dalam almari berbulan-bulan dan merata tempat. Jadi, celah mana ketidakpedulian Puan Hasnani yang Melisa tak nampak? Malah menuduh pula mamanya mengabaikannya langsung.

"Mama I tak pernah berusaha nak jadi orang kaya yang boleh buat I kagum untuk kenalkan dia kepada semua kawan-kawan I. Jadi, I anggaplah dia memang tak pedulikan langsung apa yang I nak!"

Daniel mengetap rahang. "Hey! That's your mom okay? Tergamak hati you cakap your mom macam tu?" marahnya.

"Suka hatilah you nak kata apa, Daniel! You and mama I sama aje! Ops, lupa. Sekarang dah bezalah sikit! You pun dah ada bisnes sendiri, mama I pula masih begitu. By the way, terima kasih sebab tanggung pengajian I walaupun sebenarnya I dapat seratus peratus biasiswa!"

"You tipu I? Selama ni you cuma gunakan I?"

"Unfortunately, yes!"

Daniel pegun selepas mendengar jawapan Melisa. Terdiam lama memikirkan peranannya dalam hidup Melisa selama ini rupanya hanya sebagai orang yang memberi kemewahan. Jadi, selama ini cintanya memang bertepuk sebelah tangan? Melisa tak pernah sekalipun mencintainya?

Mata memandang Melisa tajam. Kalau bukan disebabkan Puan Hasnani, nak aje dia biarkan perilaku Melisa ini. Dia tetap akan paksa Melisa pulang bersamanya. Lama dia berfikir sebelum buat keputusan itu.

Tangan kemudian cuba menarik tangan Melisa. Ingin memaksa gadis itu pergi dari situ. Kalau tak boleh cara lembut, cara kasar pun tak apa.

"And one more thing, we're broke up, dah tak ada apa-apa hubungan! Sekarang I bebas nak buat apa sahaja!" sambung Melisa lagi.

Usai ayat itu menyapa telinga, niat Daniel terhenti. Dia memandang ke sekeliling. Banyak mata sedang memandang ke arah mereka sekarang rupanya. Tak sangka hal ni jadi sebesar ini. Banyak di antara mereka sedang berbisik.

Daniel hembus nafas supaya bertenang. "I tak kisah pasal duit I. I kisah pasal you yang semakin hanyut. I ajak you balik Malaysia bukan saja-saja. I tak nak you terus hanyut dekat sini. Sekurang-kurangnya bila dah dekat Malaysia, dekat dengan mama you, terjaga sikit diri tu!"

Gelodak di hati Daniel sudah beransur normal. Masih berusaha untuk memujuk Melisa dan dalam masa yang sama cuba untuk tidak terlalu mencuri perhatian orang ramai.

"Nevermind! I tahu jaga diri I sendiri dekat sini. Dan pasal mama I, pandai-pandailah I uruskan! Haru juga ada boleh jagakan I." Melisa memandang Haru sekejap. Suaranya juga bertukar lembut. Dia nak sangat tamatkan perbincangan ini dengan kadar segera. Malu juga kalau-kalau kisah mereka tular sekampus.

Lagipun dia ada satu tahun lagi yang tinggal untuk dia tamatkan pelajaran. Tidak mahulah dipandang serong dan dipulaukan.

Haru di sebelah sudah mula berdiri ingin mempertahankan gadisnya.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now