“Err... Boleh kau ulang balik? Tadi connection lost,” bohong Jane. Takpe tipu sunat! Suara yang makin kedengaran serak cuba dikawal. Dia tidak mahu nampak lemah di mata Helmi.

“Huh!” Helmi merengus lagi. 

“Dengar baik-baik! Petang nanti aku hantar dress baru. Hari ni, kau rehat lama sikit sebab esok orang dah request kau spesial deal. Pukul tujuh malam esok sharp dekat bawah. Aku sendiri datang ambik! Pakai wangi-wangi! Bagi nampak imej elok sikit dekat agensi aku. Aku dengar aje ada masalah siap kau!”

“Faham?” sergah Helmi.

Jane menggosok matanya. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Dia tak nak. Malas. Hati sudah tidak rela. Walaupun begitu, digagahkan juga suaranya untuk membalas pertanyaan Helmi. 

“Hmmm... faham!” Lemah sahaja suaranya. Apalagi yang boleh dilakukan selain mengikuti sahaja perintah lelaki itu. 

“Good girl! Ingat! Sharp pukul tujuh malam. Jangan lambat!” Talian dimatikan. 

Jane mengeluh lagi. Mak... Jerit hatinya

Wajah Puan Salina dan adik-adiknya kembali menari-nari di ingatan. Selimut ditarik. Bunyi daun pintu rumah dikuak tidak dihiraukan. Mungkin Qistina atau Saleha atau Laila dah balik agaknya. Fikirnya. 

Mata Jane makin tertutup rapat.  Dia keletihan. Apa nak jadi,  jadilah! Bisik hatinya. Dia pasrah. Akhirnya dia lena dalam kepenatan dan kerinduan kepada keluarga.

●●●●●

“NIEL, betul ke ni falkuti dia?” tanya Hariz sambil mendongak tinggi bangunan yang tersergam indah di depan mata dengan tulisan Hangeul. Nasib baik ada translate Inggeris, boleh la dia faham. 

Daniel angguk.

“Kau pernah datang sini?” soal Hariz lagi.

“Tak pernah. Lisa tak pernah bawak aku datang sini. Kami lepak tempat lain biasanya.”

“Habis macam mana kau tahu ni kolej dia?”

“Kalau ikutkan yang Lisa bagitahu, dekat sini la. Department Biological Sciences!”

“Bila dia bagitahu tu?”

“Empat tahun lepas!” kata Daniel spontan sambil bermain telefon di tangan.

Hariz tepuk dahi Daniel tanda geram. “Kau ni, empat tahun tu lama. Benda boleh silap! Baik kau call ajelah Lisa tu, takdelah kita tercongok kat depan ni!”

Daniel garu kepala yang tidak gatal. Sakit dahinya akibat tamparan Hariz dibiarkan.

“Kalau aku call dia, tak jadi suprise la. Kau ni, sabar la sikit. Kejap lagi dia keluar kut!”

“Tapikan, bukan ke hari ni hari sabtu? Cuti kan?” 

“Yelah kan, lupa pula aku. Takpe, aku try call.” Daniel mendail nombor telefon Melisa dan menunggu panggilan disambut.

Hariz merengus. Dia akhirnya diam sambil bersandar di besi penghadang tangga di depan bangunan tersebut. Daniel pula gelisah sementelah panggilan tidak berjawab.

“Kau tahu mana dia tinggal tak?” Soal Hariz kedengaran tidak sabar. Hampir satu jam juga mereka menunggu tetapi yang lalu lalang semua bukanlah orang yang dinantikan. 

“Tahu. Akulah yang tolong uruskan sewaan rumah tu. Tapi takkan kita nak terjah pergi rumah dia? Tak manis.”

“Habis tu sekarang macam mana?” Hariz hampir mengalah dan berura-ura untuk pergi tetapi Daniel tetap menahannya supaya menunggu untuk sedikit masa lagi.

Tidak lama kemudian, ada seorang jejaka muda menghampiri mereka dengan riak wajah yang sukar untuk Daniel tafsirkan.

“Assalamualaikum! Ni, abang Daniel kan? Boyfriend Melisa?” ujar lelaki itu.

Daniel dan Hariz menjawab salam itu dengan baik. “Macam mana...?” belum sempat Daniel habis bertanya, lelaki itu mencelah.

“Saya Alif. Classmate Melisa masa first year. Saya kenal abang sebab Melisa pernah cerita. Sebenarnya, saya nak bagitahu sesuatu dekat abang. Pasal Melisa.” Alif menjelaskan perkara sebenar.

Daniel diam. Dalam hati mula berdendang tidak sedap. Dia memandang Alif dengan pandangan kosong.

“Kau nak bagitahu apa?” Hariz bertanya bagi pihak Daniel.

“Saya hanya akan bagitahu Abang Daniel saja!” Alif tekan suara. 

“Melisa dekat mana?” soal Daniel pula.

“Boleh saya bercakap dengan abang dekat sana?” Alif tunjuk pokok rendang yang terdapat di hadapan department tersebut.

Daniel angguk dan menyuruh Hariz supaya menunggu di situ.

“Melisa, dia...” Alif terus menerangkan segala-galanya tentang Melisa kepada Daniel selepas mereka tiba di bawah pokok rendang itu.

“Kau jangan nak buat cerita. Aku kenal dia macam mana!” jerit Daniel sambil tangan menarik kolar baju Alif.

“Rileks bang! Kalau abang tak percaya, abang pergi sendiri apartmen dia!” Alif berusaha menolak tangan Daniel. Dan dia berjaya. Tercungap-cungap dia seketika.

Hariz dari kejauhan sedar akan keributan Daniel. Dia mula rasa tak sedap hati. Daniel memang pantang orang buat salah dengannya. Segera Hariz berlari menuju ke arah Daniel. Melihatkan wajah Daniel yang tegang, terus Hariz mencapai tangan Daniel untuk menenangkan lelaki itu.

“Kenapa ni?” tanya Hariz.

Senyap. Kedua-duanya tidak menjawab.

“Riz, bawak aku pergi apartmen Lisa sekarang!” suruh Daniel.

“Okey, tapi kau kena rileks dulu!” 

Daniel merentap kasar tangan Hariz dan terus berlalu menuju ke kereta. Menghempas pintu dengan amarah terbuku. Hariz tergamam sambil memandang Alif hairan. Alif pula hanya pamer wajah bersalah dan kemudian menyuruh Hariz agar menemani Daniel supaya tidak berlaku apa-apa.

Daniel di dalam kereta kepal buah penumbuk dan menggigit bibir menahan rasa.

TBC...

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now