♤ BAB 3 ♤

Começar do início
                                    

“Hmmm... Harap-haraplah!” balas Daniel. Dia sudah pun bersandar di kerusi.

By the way, romantik betul kau kan? Banyak gila barang kau beli!” Hariz menukar topik. Dia turut menyentuh beg tangan Gucci itu. Ingin rasa tekstur kulit mahalnya namun cepat-cepat Daniel menepis. Marah benar jika tercalar atau rosak.

“Mestilah! Benda sekali seumur hidup kan?” ujar Daniel bersahaja. 

Daniel kembali menyusun barangan tersebut dengan berhati-hati di atas meja. Penuh cermat. Mengelapnya kembali. 

Sambil-sambil itu, mata mencuri pandang gambar seorang gadis yang tersenyum mesra berada di sampingnya, Daniel tersenyum manis. Tak sabar nak laksanakan rancangan indahnya itu.

“Tapi kan, bukan ke kau nak buat benda ni bulan depan. Awal betul prepare?”

“Awal tak kalut bro?” ujar Daniel.

“Hmmm, apa-apa ajelah. Eh, lupa pulak. Aku masuk ni nak bagitahu yang semua orang dah tunggu kau kat bilik meeting!” kata Hariz saat melihat jam di tangan sudah menunjukkan ke pukul tiga petang.

“Apesal Khai tak inform aku? Dia pergi mana? Makan gaji buta ke?” marah Daniel kepada setiausahanya itu, Khairul Jamaludin.

“Wei, jangan marah dia. Aku yang suruh dia pergi dulu. Sebab aku nak jumpa kau nak bagi ni.” Hariz menghulurkan bungkusan plastik kepada Daniel. 

“Apa ni?” Daniel terkebil-kebil. 

“Ole-ole dari Korea. Eden bagi.”

“Oh, dia dah balik Malaysia? Thanks,” ucap Daniel seraya meletak bungkusan plastik itu perlahan ke atas meja.

“Lama aku tak one-on-one dengan dia!” ucap Daniel lagi. Dah lama rasanya tak jumpa kawannya sejak dari universiti itu. Kalau dulu pantang ada masa terluang pasti gelanggang Muay Thai dicari. Beradu aksi dengan kekuatan masing-masing. Sekarang dah kerja masing-masing jarang nak jumpa.

“Halah kau! Itu ajelah yang kau ingat pasal dia! Dengan aku tak nak?”

You’re out of my league bro!” kata Daniel sengaja mengejek.

“Cis! Aku bukan lembik tahu! Aku saja bagi kau menang selalu!”

“Alasan! Cakaplah takut kalah!”

Hariz gelak. Dia tak terasa pun dengan kata-kata sepupunya. Sekadar memeriahkan suasana sahaja kalau dia sertai perlawanan mereka. Sudahnya dia juga yang mengadu sakit-sakit badan.

Enough bro! Jom meeting! Mereka dah lama tunggu tu!” gesanya.

“Sajalah lah tu nak mengelak! Kau pergilah dulu, aku nak simpan semua barang ni kejap!” 

Hariz angguk.

●●●●●

“SAYA harap usaha kita berbaloi kali ini! Lepas dah berjaya produk kita ni, Insya-Allah pertengahan tahun ni ada bonus dan family day. Untuk volunteer, saya sangat berterima kasih kepada mereka di atas kesudian untuk mencuba produk baru kita ni.”

“Produk Beauty no Tales mungkin akan jadi produk yang paling memberi banyak keuntungan selepas banyak dana yang telah kita habiskan. Tak lama dah. Lagi sebulan lebih sebelum pelancaran. Saya harap semua orang akan beri komitmen yang terbaik untuk projek kali ini,” ujar Daniel petah dalam mesyuarat untuk memulakan penghasilan produk baru syarikat mereka.

Semua staf DH Beauty’s Holding bersorak gembira. Tidak sabar hendak menuntut janji bos mereka tentang bonus dan family day. Moga-moga berbaloilah usaha mereka selama setahun ini turun naik ke makmal, kilang bagi memastikan proses penghasilan set produk yang boleh menghilangkan parut boleh dijayakan.

| C🐧|TOGETHER Onde histórias criam vida. Descubra agora