Bab 4

1.4K 219 3
                                    

•••••

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

•••••

Indah malam itu dihiasi dengan jutaan banjiran bintang bergemerlapan di dada langit sana. Sungguh kelihatan mempesonakan juga menenangkan. Luas langit malam pada ketika itu seakan-akan mampu melapangkan juga segenap ruang dada yang terasa sempit.

Betul kata Jeneral Feliz, dia sudah terlalu banyak mengisi kepalanya dengan ilmu yang berat. Sangkanya bahawa dia akan menjadi lebih terdidik jika dia terus berkecimpung dengan buku dan ilmu, rupa-rupanya dia masih memerlukan istirahat yang menenangkan begini.

Kerana dia masih seorang manusia.

Jatuh mata Tuanku Arzel ke arah sungai di hadapannya pula. Sungguh indah rupa sungai di Kota Grindwell ini. Sepanjang bahagian tepinya dipagari dengan tiang lampu, menerangi kawasan sungai yang selama ini gelap tanpa cahaya. Suara alam yang lembut menerpa telinga juga menambahkan lagi serinya yang tidak terzahir di mata, namun menghadirkan rasa lapang dalam jiwa.

Tuanku Arzel bersyukur dilahirkan di negara ini. Walaupun hakikatnya Adoria masih diambang bahaya dari pelbagai pihak, namun dia berasa lega kerana dirinya masih berpeluang menikmati keindahan ini.

Semoga ianya kekal.

Semoga suara alam yang diselangi dengan ceria gembira rakyatnya ini juga kekal sampai bila-bila.

Tertancap pula mata Tuanku Arzel ke arah pasar yang berada di belakangnya. Meriah sungguh dengan kehadiran ramai orang. Senyum tawa terukir manis, seakan-akan hidup mereka semua tidak pernah ditimpa beban nan berat. Hanya bahagia yang mengisi dada, duka dan kecewa tidak pernah menyinggahi jiwa.

Hakikatnya, mustahil jika tiada batu yang pernah menghempap dada.

Satu yang Tuanku Arzel harapkan.

"Ibu, mari pergi ke sana!"

Harapan yang tidak pernah luntur dari hatinya.

"Wah, tahniah! Kau sudah menjatuhkan semua botol itu, sahabat!"

"Aku boleh menangi wang itu, bukan?"

"Sudah tentu!"

Harapan yang selama ini dia pasakkan dalam fikiran semasa dia keluar berjuang di medan perang.

"Terima kasih. Datang lagi nanti, ya!"

Semoga Adoria, juga rakyatnya, tanahnya, merdekanya, suka dan bahagia mereka semua kekal sehingga ke akhirnya.

Namun, Tuanku Arzel tahu yang itu mustahil. Tiada pohon yang selamanya tegak muda di atas tanah. Tiada daun yang selamanya kekal tergantung di rantingnya. Sampai masanya, ia akan jatuh ke tanah jua. Kering dan layu, sebelum akhirnya hilang diterbangkan angin.

Dan Tuanku Arzel risau, kejatuhan itu akan berlaku jika takhta di istana itu ditukar pemiliknya.

Tuanku Putera Mahkota Aydaniell Emrin Philins Gin, mampukah lelaki yang sehingga kini bertongkatkan nafsu terhadap dara itu memimpin dengan baik? Sedangkan dengan dirinya sendiri juga dia tewas, mampukah dia untuk berjuang mempertahankan tampuk kerajaan ini dengan baik nanti?

KAIROSOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz