Bab 16

812 164 1
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

Akhirnya, mereka tiba di pintu masuk di bahagian barat daya istana Empayar Adoria. Ternganga mulut Azara melihat bangunan istana yang terpampang di hadapan matanya saat ini. Indah dan jelas kelihatan mewah. Ini baru bahagian dapur yang menjadi tempat santapan diraja disediakan. Belum lagi bangunan utama dan juga kamar-kamar istana ini.

Pasti jauh lebih indah dan menawan mata.

Jika tidak menjadi ahli keluarga diraja pun tak mengapa. Asalkan dapat duduk di dalam istana ini atau bekerja di dalamnya barangkali sudah cukup memuaskan hati.

"Maksudnya, Kai kerja dekat sinilah, kan?" Azara menyoal perlahan. Terus saja teringatkan lelaki yang tenang wajahnya dengan senyuman nipis itu.

Kai ialah tentera istana, dan Tuan Arrenth pula ialah anak jeneral agung Empayar Adoria yang sentiasa berada di sisi Tuanku Raja Raphello. Sudah tentu di sini juga Kai bekerja dan berlatih, kan?

Ah, untungnya! Barangkali lelaki itu juga sudah beberapa kali bertemu dengan golongan diraja di dalam istana ini. Mungkin Tuanku Aydan atau Tuanku Arzel?

Kalaulah Azara pun boleh berjumpa mereka, pasti a...

"Ara."

Namanya diseru dan lamunan gadis itu mati. Terus saja dia menoleh ke arah Lutadias yang kemudiannya melambungkan seikat bayam kepadanya. Lantas disambut cantik oleh Azara.

"Buat kerja. Nanti Tuan Vien nampak kau tak buat kerja, naya kau nanti." Lutadias berkata sebelum memasukkan sayur-sayuran di atas kereta kuda mereka ke dalam kereta sorong di sebelah tepi. Hendak diangkut masuk ke dalam.

"Lelaki tu sedang teruja berbual dengan ketua ruang masakan istana tu. Kau lihatlah." Azara membalas sebelum mulutnya memuncung ke arah suatu sudut. Lutadias mengangkat wajah kemudiannya dan kelihatan Tuan Vien sedang rancak berbicara dengan Ketua Ellova, ketua tukang masak diraja dan terkenal di seluruh Kota Grindwell.

"Mesti lelaki itu sedang cuba beramah mesra dengan wanita itu supaya nanti dia dapat minta tolong apa-apa dengannya." Azara berkata sambil dia juga memindah masuk sayuran ke dalam kereta sorong itu.

"Ketua Ellova dipilih sendiri oleh Permaisuri Fienda, bonda Tuanku Raja Raphello dulu sebelum permaisuri itu mangkat untuk menjadi ketua tukang masak istana. Mesti besar pengaruh yang dia ada. Apa lagi? Pastilah lelaki itu tak mahu terlepas peluang besar begini." Sierra kemudiannya menyertai mereka. Kereta sorong lain dibawa dan diletakkan di sebelah mereka.

"Carell sokong. Dari tadi Carell tengok, Tuan Vien bersungguh betul mengajak Ketua Ellova untuk berbual dengannya. Nampak macam Tuan Vien tu ingin mengampu Ketua Ellova. Mentang-mentang orang tu punya pengaruh besar di sini, terus saja diambil peluang," ujar Carell selepas itu.

KAIROSWhere stories live. Discover now