Bab 61

799 159 19
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

Laju kudanya memacu ke depan. Badan Tuanku Arzel menunduk dan duduknya langsung tidak kekal di atas pelana kuda yang dipasang pada Rome. Saat itu, Imam Muadz yang menunggang kudanya di belakang langsung tidak terkejarkan Tuanku Arzel. Lelaki itu menunggangnya terlalu laju!

Perjalanan yang seharusnya memakan masa paling kurang 15 hari untuk tiba di Herendith dari Al-Qaaid, bertukar menjadi 11 hari. Di depan sana sudah terlihat kelibat kubu Kerajaan Herendith yang berdiri penuh gah. Perlahan-lahan, Tuanku Arzel memperlahankan langkah Rome dan menoleh ke arah Imam Muadz yang mendekatinya.

"Laju sungguh kau, Kai. Tak terkejar Imam dibuat kau." Imam Muadz berkata diselangi nafas yang turun naik laju. Kelihatan Tuanku Arzel tersenyum saja sebelum dia menuding ke arah kubu Herendith.

"Kota Sisten, kubu sebelah barat Herendith," ujar Tuanku Arzel dan Imam Muadz menoleh.

"Jadi, kita sudah tiba di Herendith?"

"Ya, 4 hari lebih awal daripada yang dijangka."

"Bagaimana tidak awal jika kamu tunggang kuda kamu sepantas kilat, Kai? Nasib baik Imam memang selalu menunggang kuda di Al-Qaaid sebelum ini. Tenaga orang muda memang menakutkan," balas Imam Muadz dan kali ini, Tuanku Arzel ketawa kecil.

"Jadi, bagaimana kita ingin masuk ke sana? Pasti mereka sudah mengecam wajah kau, Kai. Bahaya jika kita main redah saja." Imam Muadz berkata namun kelihatan Tuanku Arzel tersenyum nipis. Lalu, tangan Tuanku Arzel mengeluarkan sebuah plag berwarna emas dari kocek. Terangkat kening Imam Muadz melihatnya.

"Imam Muadz, saya perlukan Imam Muadz untuk menyamar menjadi utusan Adoria."



"Bukankah kita sudah berikan sejumlah pasukan askar yang besar untuk mereka? Apa yang mereka inginkan lagi?" Keras bicara Raja Vick yang sudah bangkit berdiri. Mendengarkan berita bahawa Adoria sekali lagi menghantar utusan untuk meminta lagi jumlah tentera ini mula menaikkan darahnya.

"Patik juga tidak tahu, tuanku. Namun, itu yang mereka sampaikan." Sille membalas sambil menunduk. Tidak berani menatap wajah Raja Vick yang kian menegang dari hari ke hari. Sejak hari di mana anak gadis tunggalnya meninggal di Adoria, emosi raja mereka bagai dipukul ombak. Kecewa dan marahnya bukan kepalang lagi.

Sehingga menjejaskan kesihatan lelaki yang kian ditelan umur itu.

"Tuanku, silakan duduk, tuanku. Tuanku harus kekal tenang demi kesihatan tuanku." Pengiringnya berkata, dan mempersila sang raja untuk kembali melabuhkan duduk. Keluhan berat dilepaskan oleh Raja Vick dan akhirnya punggungnya kembali direhatkan takhta singgahsana.

"Di mana mereka? Beta ingin pergi menemui mereka dan berbudi bicara dengannya. Jumlah yang kita berikan bukan main ramai lagi, sehingga pengawal istana juga berkurangan lebih daripada sepertiga untuk pergi menangkap pengkhianat durjana itu! Apa lagi mereka mahu?!" Raja Vick sekali lagi menempik, dan lantas ditenangkan oleh pengiringnya.

KAIROSWhere stories live. Discover now