Bab 33

698 142 4
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

Sunyi-sepi keadaan di dalam La Seff ketika itu. Tiada seorang pun yang bersuara, dan tiada seorang pun yang berani membalas tatapan kelabu di kerusi takhta itu. Masing-masing sudah menelan air liur perit. Berdebar kerana Tuanku Arzel juga masih tidak mahu berkata apa-apa setelah mereka tiba di sini, namun tatapan mata lelaki itu tepat memandang ke arah mereka.

Apa sebenarnya yang lelaki ini inginkan?

"Bagaimana dengan keadaan Lewisdom?" Akhirnya, Tuanku Arzel menyoal. Ketua Raed yang berdiri di hadapan barisan ketua kumpulan pengawas Lewisdom itu mengangkat wajahnya.

"Lewisdom berada dalam keadaan yang baik, tuanku. Setiap hari, Lewisdom akan menerima kunjungan daripada para cendekiawan negara yang semakin menambah jumlahnya dari masa ke masa. Kami juga menjaga segenap ruang Lewisdom dengan sepenuh jiwa dan raga kami, memandangkan Lewisdom ialah lubuk kecintaan para pencinta ilmu seperti tuanku." Ketua Raed membalas sebelum tersenyum kecil. Wajah Tuanku Arzel dipandang.

Namun, riak itu hanya kosong.

Pantas tertunduk semula. Kegusaran kian menggigit jiwa. Dapat dibaca dengan jelas yang lelaki di hadapan mereka ketika itu seakan-akan tidak berminat untuk mendengar ceritanya.

Apa kata-katanya tadi menyinggung hati Tuanku Arzel?

"Lewisdom sahaja yang kau pelihara sepenuh jiwa dan raga?" Tuanku Arzel menyoal lagi. Lantas, wajah Tuanku Arzel yang masih kosong itu dipandang dengan penuh tanda soal oleh Ketua Raed.

"Sudah tentu, tuanku. Hanya Lewisdom yang menjadi keutamaan kami, kerana kami diberi amanah dan kepercayaan untuk memeliharanya. Jika disuruh untuk kami mengorban nyawa juga, kami sanggup deminya." Ketua Raed membalas selepas itu. Getaran pada suara cuba disembunyikan sehabis baik. Tidak dapat dinafikan lagi akan kebimbangan yang semakin erat menjalar jiwa.

"Bagaimana pula dengan ahli-ahlinya?"

Terangkat kening Ketua Raed. Hairan.

"Bagaimana pula dengan kalian yang diarahkan untuk menjaga dan mengawal selia Lewisdom? Adakah baik-baik sahaja?" Tuanku Arzel menjelaskan lagi soalannya selepas itu.

"Kami semua sudah tentunya berada dalam keadaan yang baik, tuanku. Di bawah pemerintahan dan rahmat tuanku ke atas kami, bagaimana mampu untuk kami mengatakan sebaliknya?" Ketua Raed membalas selepas itu, dan kelihatan segaris senyuman terbit di wajah Tuanku Arzel.

Namun, senyuman itu langsung tidak menghilangkan bimbang. Malah, semakin menambahkan kerisauan.

Adakah senyuman itu terlakar kerana suka akan madah pujian yang dia berikan atau sebaliknya? Tiada sesiapa tahu itu.

"Kamu yakin, Ketua Raed?" Tuanku Arzel mengangkat keningnya. "Kamu yakin mereka semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja?"

"Sudah tentu, tuanku. Patik..."

KAIROSWhere stories live. Discover now