Bab 32

734 155 9
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

Perpustakaan diraja yang tadinya sunyi seiring dengan kesepian malam tiba-tiba berubah 180 darjah apabila Tuanku Arzel bertandang ke situ. Pengawas perpustakaan yang tadinya hampir terlelap terus segar-bugar mata mereka. Terus saja menyuruh pengawas lain di sebelah bangkit daripada tidur dan pergi memanggil pengawas lain di dalam perpustakaan ini.

"Tu... tuanku, apa yang membu..."

Arrenth mencelah. "Di mana hormat kau pada Tuanku Arzel?"

Terkedu pengawas lelaki itu sebelum terus menunduk hormat. "Ampun tuanku! Patik terkejut menerima kehadiran tuanku di sini sehingga terlupa untuk menyambut kedatangan tuanku. Ampunkan patik."

Tuanku Arzel hanya membisu dan membuang pandangan ke arah segenap ruang di dalam perpustakaan ini. Ribuan buku tersimpan di dalam Lewisdom yang terdiri daripada bangunan dua tingkat ini. Meski di dalam kepekatan malam, keindahannya yang bertemakan alam tetap dapat dilihat dengan jelas dan pastinya memukau mata.

"Beta ke sini kerana beta ingin mencari beberapa buku untuk bahan bacaan beta di waktu senggang. Usah bimbang, beta ke sini bukan untuk urusan kerajaan atau menerima aduan mengenai kamu semua," balas Tuanku Arzel dan pengawas itu dalam diam melepaskan nafas lega. Sungguh dia risau jika kedatangan lelaki ini disebabkan oleh hal yang tidak enak didengari.

Namun, jika ada urusan begitu pun, sudah tentunya lelaki ini akan bertandangan bersama-sama yang lain. Sekarang ini, hanya Arrenth yang ada dengannya.

Tak lama kemudian, 7 orang pengawas lain datang menghadapnya. Serentak kesemua mereka memberikan tunduk hormat kepada Tuanku Arzel, menyambut kehadirannya di situ.

"Salam sejahtera, Tuanku Arzel."

Dahi Tuanku Arzel berkerut halus. Dikira setiap pengawas yang ada di situ. 8 orang kesemuanya.

"Hanya kalian yang menjaga Lewisdom pada waktu malam?" soal Tuanku Arzel sebelum memandang ke arah pengawas yang tadinya berbicara dengan dia.

"Ya, benar, tuanku. Hanya kami dan lusa akan diganti dengan orang lain. Setiap tiga hari akan ditukar orang yang akan berkawal di sini, dan selebihnya bertugas pada waktu siang memandangkan waktu siang ialah waktu yang paling ramai Lewisdom dikunjungi orang," balas pengawas tersebut.

"Apa nama kau?" Soalan Tuanku Arzel membuatkan pengawas tadi terus mengangkat wajahnya. Detak jantungnya semakin laju apabila mata kelabu itu turut juga merenung. Ya Tuhan, mengapa mata itu kelihatan indah namun dalam masa yang sama, tampak misteri dan penuh rahsia?

"Na... nama patik Raden, tuanku. Raden Sienn." Pengawas Raden membalas selepas itu. Menggeletar suara Raden apabila memikirkan tujuan lelaki ini bertanyakan namanya.

"Kau ketua kumpulan yang berkawal ini, Raden?" soal Tuanku Arzel lagi. Raden menggeleng selepas itu.

"Bukan, tuanku. Patik bukan ketua untuk pengawas yang berkawal pada malam ini," balas Raden dan dahi Tuanku Arzel semakin berkerut. Kian tampak keruh dan membuatkan masing-masingnya mula tidak tenang melihat riak wajah tersebut pada lelaki itu.

KAIROSWhere stories live. Discover now